Sunday, 24 February 2013

Lima Tetap Diadakan Pada Mac Walaupun Ketika PRU13 Berlangsung



Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (Lima 2013) yang akan berlangsung pada bulan depan tidak akan terjejas sekiranya acara tersebut bertembung dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Kementerian Pertahanan memberi jaminan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad berkata Lima tidak akan terganggu walaupun Dewan Rakyat dibubarkann pada tarikh yang hampir dengan pameran dwitahunan itu berlangsung dari 26 hingga 30 Mac.

“Ini bukan kali pertama Lima dianjurkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan kerana ia pernah berlaku sebelum ini dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada pameran itu sekiranya jika ia berlaku,” katanya kepada pemberita pada hari terbuka Kementerian Pertahanan yang diadakan di sebuah pusat beli belah di sini pada Sabtu.

Kali pertama diadakan pada 1991, Lima edisi kelima pada 1999 bermula pada 1 Disember, satu hari selepas hari pengundian pada pilihan raya umum tahun berkenaan.

Ismail berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan berkata beliau mejangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas pameran Lima pada Mac. Abdul Aziz berkata demikian ketika diminat mengulas desas desus bahawa ramai peserta pameran Lima akan tarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara berkenaan berlangsung.

Tempoh akhir sesi Parlimen pada 27 April namun ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan bertemu dengan Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan perkenan bagi membubarkan Parlimen lebih awal bagi memberi ruang membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...