Monday 14 January 2013

Kenaikan Elaun Lebih Masa Kakitangan Uniform


Lagi minta kenaikan kadar elaun oleh CUEPACS. Teman rasa ini dah kali berapa, teman pun dah tak ingat. CUEPACS nak minta Kerajaan mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa. Pada teman adalah satu langkah yang baik jika kenaikan elaun selaras dengan produktiviti kakitangan badan uniform. Biarlah berpada dengan kerja dan elaun yang diberikan.

KUALA KANGSAR – Kerajaan perlu mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, elaun berkenaan dilihat tidak setimpal dengan bidang tugas kakitangan badan beruniform di negara ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan memerlukan mereka bekerja di luar waktu kerja.

Malah menurutnya, pelaksanaan kerja lebih masa ini juga perlu disusun semula demi tujuan penyelarasan cuti bagi semua kakitangan badan beruniform

“Elaun kerja lebih masa yang dihadkan sebanyak RM30 dilihat telah lari daripada dasar buruh antarabangsa berikutan kakitangan badan berunfirorm ini tergolong dalam kumpulan Gred 1 hingga 40. Jadi mereke memang layak untuk bekerja lebih masa tanpa had; bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan badan beruniform ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang. Perlu diambil kira dari segi kebajikan, keselamatan, beban tugas serta risiko bahaya yang bakal mereka hadapi ketika bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerajaan telah membentuk satu suruhanjaya mengkaji penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam. Laporannya dijangka diumumkan awal tahun ini.

Omar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Kangsar di Stesen Timbang JPJ di sini.

Sementara itu, Omar mencadangkan agar stesen timbang JPJ berkenaan dinaik taraf dengan menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Katanya, selain memberi kemudahan kepada penduduk sekitar, ia juga bakal menjadikan stesen berkenaan lebih komprehensif.

“Kita cadangkan agar cawangan JPJ di sini dinaikkan taraf sebagai cawangan penambahan bagi tujuan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan.

“Kita juga difahamkan pada hari ini, orang ramai terpaksa datang ke Ipoh atau Gerik bagi berurusan mengenai perkara berkenaan,” katanya lagi. (Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...