Wednesday 16 January 2013

Matematik Ubah Rocket Gangnam Style, Ubah Lagi



Hah! Apa cerita ni? Masyarakat India protes proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Ramai yang tak setuju stail matematik ubah Rocket Gangnam Style ni..Masyarakat India dalam DAP pun protes gila supaya pemilihan dibuat semula. Nak kira undi yang sikit tu pun tak betul, lepas tu nak kutuk SPR tak pandai kira undi yang berjuta-juta. cissss..

Sekumpulan masyarakat India Parlimen Batu Kawan, hari ini, mengadakan demonstrasi bagi menuntut DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) itu yang disifatkan tidak adil. 

Ia berikutan kekalahan teruk pemimpin India dalam pemilihan itu pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang, Disember lalu termasuk Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy. 

Presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), M V Mathialagan berkata, beliau hanya mewakili pemimpin tertinggi DAP menyuarakan ketidakpuasan hati itu selepas mereka meminta pertolongannya untuk berbuat demikian. 

Beliau yang enggan mendedahkan siapa pemimpin DAP itu berkata, mereka takut untuk mendedahkan diri kerana bimbang dikenakan tindakan disiplin oleh parti. (Berita Harian)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...