Friday 18 January 2013

Selamat Bersidang Majlis Belia Malaysia


Kepimpinan Majlis Belia Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia kali ke 61 yang bermula pada 18 hingga 20 Januari 2013 bertempat di Summit Hotel USJ Subang. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi. Seramai 390 orang perwakilan dari 39 buah badan gabungan MBM akan bersidang dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi sessi 2012 - 2013.

Teman ingin mengambil kesempatan menyingkapkan kembali kejayaan-kejayaan besar Majlis Belia Malaysia (MBM) di bawah kepimpinan sedia ada diketuai oleh Presidennya Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Teman susun mengikut point-point tertentu,

1. Banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.

2. “Highlight” terbesar kepimpinan sedia ada tentulah kejayaan penganjuran Hari Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan yang telah diberi nafas baru dan mewujudkan gelombang keghairahan luar biasa sejak dua tahun kebelakangan ini.

3. Wisma MBM dapat dipertahankan dan tidak dijual seperti cadangan sebelum serta dihidupkan kembali dan digunakan sepenuhnya sebagai cybercafe dan hostel yang menjana pendapatan MBM.

4. Kerajaan telah mengiktiraf MBM dengan menaikkan peruntukkan pentadbiran RM500,000 kepada RM1 Juta. Banyak tu! Ini termasuk kenaikkan peruntukkan pentadbiran Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah yang telah diperjuangkan kepimpinan sedia ada.

Teman lihat banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta mula melihat MBM sebagai satu wadah penting kepada golongan belia. MBM juga mendapat pengiktirafan daripada NGO luar negara melalui kerjasama beberapa program yang dijalankan.

Jadi teman berharap perwakilan akan memilih pemimpin yang tepat dan benar-benar  terbukti berkebolehan memimpin MBM demi memacu kejayaan belia Malaysia keseluruhannya. Selamat Bersidang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...