Saturday 22 December 2012

WAJIB BACA: Melayu DAP Yang Murtad


Sejauhmana kebenaran, pastinya diketahui. Kemurtadan bangsa Melayu dalam DAP makin menyerlah.  Sejak kekalahan calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang kelmarin memberi tamparan hebat kepada DAP.  Agenda DAP untuk menarik sokongan dan undi orang Melayu sudah menjadi bayang-bayang hitam menyelubungi DAP.  Ahli-ahli Cina DAP secara terbuka menolak mentah-mentah calon Melayu untuk memimpin DAP.  Begitu rasis dan cauvanis Parti DAP tapi masih ada Melayu murtad yang me

Bagi menutup segala kelemahan DAP dan penolakan ahli-ahli Cina DAP terhadap Melayu, lantas DAP melantik dua orang Melayu yang kemaruk kuasa dalam anggota CEC, Senator Ariffin SM Omar dan Zairil Khir Johari.  Senator Ariffin dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi mendapatkan semula sokongan orang Melayu.  Sudah pasti Zairil Khir Johari tidak diletakkan di kerusi-kerusi berjawatan dimana kemelayuannya diragui.  Tapi sayang, setelah diberi rasuah politik oleh DAP, Senator Ariffin menempelak penjawat awam Melayu mengatakan terlibat dengan rasuah.  Bak kata pepatah, sendiri yang mencuri, dituduhnya orang lain mencuri.(eh!ada ke pepatah tu ek!).  Sendiri yang terima rasuah, dituduhnya orang lain terima rasuah.  Senator Ariffin ni lupa, dia jugak adalah bekas penjawat awam satu ketika dulu.  Dah makan kenyang, mike kutuk bangsa sendiri pulak.  Jika sebelum ada kuasa pun, orang Melayu dihina dan dikeji, apatah lagi apabila ada kuasa memerintah negara.  Habis Melayu dihalau seperti mana hasrat Lim Kit Siang mahu menghalau orang Melayu dari bumi Malaysia semasa Peristiwa 13 mei 1969.

Fikir-fikirkan lah..
-

SAH: Ronnie Liu Lindungi Judi Haram


Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.  Sepandai-pandai seseorang tu menyimpan rahsia, akhirnya terbuka juga.  Teman perhatikan beberapa kali Kerajaan PKR Negeri Selangor cuba melindungi kegiatan-kegiatan haram termasuk perjudian dan pelacuran. Terlalu banyak kegiatan haram ni dilakukan secara terbuka.  Yang diberi lesen, apatah lagi.  Bercambah macam cendawan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Ini pula pendedahan oleh Ketua Polis Selangor di Kosmo, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap 188 permohonan pihaknya supaya menyita premis mesin judi haram di negeri ini sejak Januari sehingga November lepas.  Menurut Tun Hisan, pihaknya kesal dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh PBT termasuk mendakwa ‘tidak mempunyai kuasa’ untuk menyita premis judi haram tersebut.

Bukti dah nyata, Kerajaan PKR Negeri Selangor sememangnya tidak mahu mengambil tindakan menyita premis-premis haram ni.  Kuasa untuk menyita adalah kuasa PBT dan apa alasan lagi.  Sah dan terbukti Kerajaan PKR Selangor melindungi tokan-tokan kegiatan haram ini.  Mana nak sorok lagi! Jangan salahkan pihak polis pulak!  Pandai la kome nak konar..cisss
-

Bintang Bollywood, Saif Ali Khan didakwa di mahkamah



Polis India kelmarin memfailkan pendakwaan terhadap bintang Bollywood, Saif Ali Khan atas tuduhan melakukan serangan sehingga menyebabkan hidung seorang ahli perniagaan Afrika Selatan patah di sebuah hotel mewah awal tahun ini.

Timbalan Komisioner Polis, Ravindra Shishwe berkata, Saif berdepan pertuduhan itu selepas ahli perniagaan terbabit, Iqbal Sharma membawa kes berkenaan ke mahkamah dengan mendakwa dia ditolak dan ditumbuk di bahagian muka oleh pelakon Hindustan tersebut di restoran Hotel Wasabi Japanese di Istana Taj Mahal pada Februari lalu.

“Polis Colaba memfailkan kes itu di mahkamah terhadap Saif kelmarin," katanya. - AFP

-

WAJIB BACA: Menyesal Tak sudah Masuk PAS


Ramai orang dah kata, PAS ni dah sesat.  Banyak menyeleweng dari yang betul.  Keluar lah macam-macam hadis nak bagi kuatkan hujah.  Bagi orang nampak, deme ni mengamalkan ajaran Islam.  Keluar la banyak fatwa sampai boleh kafirkan sesama Islam.  Amanat Haji Hadi samapai kafirkan UMNO.  Apa sahaja dari UMNO tu haram.  Ini kisah pengakuan seorang tua di Utusan Malaysia Zakaria Daud, 74, dari Kampung Awek Darau di sini mungkin salah seorang yang benar-benar kecewa dengan Pas setelah mensia-siakan sekian banyak masa dan tenaga sepanjang hidupnya untuk membantu parti itu.

Beliau yang menjadi kader parti sejak usia belasan tahun berusaha mewujudkan dua buah premis yang digelarnya 'masjid' di kampung dengan memerah keringat membinanya di samping berusaha mengumpulkan derma untuk menyiapkannya agar penyokong Pas boleh solat berasingan termasuk solat Jumaat.

Zakaria juga tukang sembelih bagi memastikan sembelihan halal setelah benar-benar diyakinkan oleh para pemimpin Pas dalam siri ceramah mereka tentang tahap keislaman dua parti Melayu yang bertentangan itu dan para penyokong mereka.

Terbongkarlah satu persatu mengenai siapa itu PAS.  PAS itu fasik dan munafik.  Nanti kalau orang kata khawarij, marah le pulak tapi setiap gerak geri PAS lebih cenderung kepada khawarij.  Apa nak kata kan..kan..Teman pun tak tau apa nak jadi dengan PAS ni.  PAS ni dah memang sesat sangat-sangat.  Bertaubat lah...
-

HOT : Maia Estianty Kena Madu Ahmad Dhani



BEKAS isteri penyanyi dan komposer terkenal, Ahmad Dhani, Maia Estianty, atau lebih dikenali sebagai Maia mengakui bahawa anak-anaknya iaitu Ahmad Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani masih mengharapkan agar dia dan Ahmad Dhani kembali bersama.

Maia yang merupakan bekas anggota kumpulan Ratu itu bagaimanapun tidak mampu memenuhi keinginan anak-anaknya.

"Saya tidak boleh lagi kembali bersama Ahmad Dhani kerana dia sekarang sudah ada yang punya, dan saya tidak mahu bermadu," ujarnya sambil tertawa.

Maia turut mengakui bahawa sehingga saat ini dia masih belum mempunyai niat untuk berkahwin semula disebabkan masih belum mendapat keizinan daripada anak-anaknya selain ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya.


-

Azizan Razak Masyukk Sebab Tu Tak Nak Batal Projek Balak, di Kedah


Giler ke! Nak main batal-batal projek yang masyukk juta-juta.  Lantak la apa orang lain kata.  Azizan Razak akan kata asalkan aku masyukk, kome peduli apa!  Aku punya kuasa, aku punya pasal la!eh! Azizan Razak cakap Perak la kome..heee..Kome dah nampak perangai PAS ni.  Jabataan Perhutan tidak bersetuju dengan projek penebangan balak untuk rancangan pembangunan tanah di kawasan tadahan air di Pedu di Kedah tapi deme masih berdegil. 

Apa tak nya.  Hasil balak pun boleh masyukk, projek pun boleh masyukk..Puak-puak PAS ni berebut-rebut la nak projek tu. Mengikut Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman di Utusan Malaysia,  "Memang dari segi pendirian kami di Jabatan Perhutanan tidak setuju dengan rancangan pembangunan di Pedu kerana kawasan tadahan dan disuarakan dalam mesyuarat bersama Exco, tetapi hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,"

Perhutanan Negeri dah bantah mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang munasabah.  Azizan Razak degil giler sebab masyukk beb!  Gila ke nak tolak projek tu! Juta-juta la beb!...Kome pikio la sendiri..
-

PANAS: Nik Aziz adalah Dajjal dan Bukannya Pewaris Nabi



Teman banyak terima komen-komen di entri-entri teman yang penuh dengan maklumat dan informasi.  Teman nak ucapkan terima kasih jugak kepada pengomen-pengomen, sekurang-kurangnya teman dapat sedikit maklumat dan infomasi yang teman tak ada.  Maklum la, teman bukan la tahu semua pun, rakyat biasa je..Ini ada satu komen dalam entri HOT: Nik Aziz Dah Kecut Telor.  Teman rasa kome kena baca komen yang bergelar dirinya nik aziz adalah dajjal dan bukannya pewaris nabi .  Panjang bebenor le yop ooi..Baru la kita sedar siapa itu Nik Aziz..Baca la kome..Banyak ilmu kat dalam ni..

Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.


Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.

Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .

Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

VS

Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.

Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
2. Petunjuk pancaindera – tahu.
3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.

Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.

Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.

Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.

Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. 

Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. 

Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. 

Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. 

Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara?

Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. 

Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. 

Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?

Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.

Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?

Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).

Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!

Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.

Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.

Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).

Sifat sahabat pula adalah siddiqin (yang membenarkan), solihin (yang berakhlak baik), syuhada’ (yang berjuang). Penampilan ini digunakan oleh Dajjal sedangkan Pewaris Nabi sendiri tidak menonjolkannya.

Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.

Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . 

Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.

Telah lahir Ulama' yang jahat

Telah lahir ahli ibadat yang jahil

Jangan jadikan ibadat sebagai alat

Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.

p/s: jauhkan di anda dari dajjal.. makna dajjal iala pendusta agama.. dan dajjal adalah musuh nabi muhammad s.a.w... seandainya anda kasih kepada habibullah.. sama2lah kita menolak dajjal.. salah seorang dajjal adalah nik aziz..

-

BONGKAR: Nizar Kantoi Lagi Beri Konsesi Balak Pada DAP


Kesian tengok Nizar ni meroyan. Bila MB Perak Zambry Abdul Kadir mendakwa Nizar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemberian konsesi balak ketika menjadi Menteri Besar sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak  Tiba-tiba cabar MB Perak Zambry melaporkan perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengulanginya ketika sidang media sebaik Sidang DUN berakhir. 

Berita Harian memetik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar didakwa menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar bagi meluluskan konsesi itu untuk beberapa syarikat tanpa terlebih dulu membawa permohonan itu ke Jawatankuasa Perhutanan Negeri, sekali gus menyalahi tata cara urusan pentadbiran kerajaan negeri.  Hah! itu apa?  Kome ni memang la penyamun besar.  Tak sedar diuntung.

Tapi yang bestnya bila Nizar kata, “Di mana salahnya saya meluluskan pemberian itu. Kita tidak pernah beri konsesi balak kepada syarikat yang sama, kita cabar, bila kita ada buat silap, sila dedahkan, lapor kepada SPRM,” eh ala..Kome ni bila bawak kat SPRM, kome kata SPRM tak ada wibawa.  Bila dah kena tuduh dengan SPRM, kome kata SPRM berat sebelah la, apa la, macam-macam lagi.  Bila kena batang hidung kome, semua orang salah.  Mahkamah pun jadi salah bila kena kat kome.  Kome je yang betul!.cisss..
-

PANAS: Pilihanraya ke 13 Awal Februari, Percubaan Yang Baik


Ramai dah dapat agak, bila nak Pilihanraya Umum ke 13.  Sebab tahun ini tak mungkin la kot.  Maka dah confirm tahun depan.  Utusan Malaysia dipetik DS Najib tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari tahun hadapan. Tahun Baru Cina akan disambut pada 10 dan 11 Februari depan, manakala tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada 28 April tahun hadapan.

Teman faham, ramai orang tak sabar nak tunggu Pilihanraya yang didakwa getir sesetengah pihak.  Teman tak nampak getir yang macamana.. Setahu teman la, Pakatan Rakyat ni bukanlah kuat mana pun.  Nampak gah dimata di media dikuasai oleh deme aje.  Cerita deme ni melambung-lambung punya la tinggi.  Kalau tengok dalam media deme ni, hampir semua 28 juta rakyat Malaysia sokong deme ni bulat-bulat.  Apa la!  orang bodoh boleh le kome konar..
-

HOT: Kontroversi Buat Hattan Sedih



Penyanyi terkenal, Datuk Hattan mengakui berita mengenai hal penceraian dan gosip cinta mengenainya telah menyebabkan emosi anak lelakinya, Adam Eiman, 14, terjejas.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin berkata, keadaan itu berlaku apabila anaknya sering disoal guru sekolah dan diejek segelintir murid-murid sehingga membuatkan anaknya itu berasa malu dengan kontroversi tersebut.

"Kesian juga dengan dia (Adam). Disebabkan saya, Adam diejek kawan-kawan sekolah. Bukan setakat kawan-kawan, cikgu pun bertanya juga.

"Setiap berita dan kontroversi yang dikeluarkan benar-benar mengganggu emosi dia.

"Sampaikan dia cakap 'Adam malulah dengan kawan-kawan'..." katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Hattan berkata, selepas dua kali gagal dalam alam rumah tangga, perasaannya menjadi lebih risau.

Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya, dia menginginkan seorang wanita yang dapat menjadi pelengkap dalam hidupnya.

"Seperti semua tahu, saya dah malas nak cari sesiapa untuk dijadikan isteri. tetapi siapa yang tak mahu beristeri bukan?

"Malah setiap hari selepas melakukan solat, saya minta kepada Allah supaya dijodohkan dengan wanita yang sesuai.

"Rasa sayu sahaja apabila melihat orang lain yang bahagia bersama keluarga, pergi bercuti di hujung tahun, manakala saya dan Adam terkontang-kanting bercuti berdua sahaja. Saya hanya inginkan sebuah keluarga yang lengkap," tuturnya.

Dalam pada itu, Hattan mengakui hubungannya dengan bekas isteri pertamanya iaitu Arianie Mohd Abidin masih rapat sebagai rakan baik demi kepentingan anak lelaki mereka itu.

Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Beliau juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah pada 12 Januari lalu iaitu dua bulan selepas bergelar suami-isteri.

Sumber
-

PANAS: Saifudin Nasution Telor Dia Masuk Dalam Seluar Anwar Ibrahim


Teman dah kata, mesti Pakatan Rakyat akan kecut telor.  Tak berani nak hantar nama calon Pilihanraya buat tapisan dengan SPRM.  Ini berikutan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.  Tiba-tiba aje Saifudin Nasution melatah.  Kenapa?  Tak berani ke?  Saifudin Nasution dipetik berkata di Sinar Harian, pihaknya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.

Pandai la kome buat alasan.  Bila kena batang hidung kome, kome mula la bagi alasan macam-macam.  Kalau bukan SPRM, dengan siapa lagi perlu buat tapisan. Ini Malaysia la.  Bukan Amerika, bukan Britain, bukan Singapura, bukan Indonesia.  Inilah satu negara kome duduk jadi warganegara, bermastautin.  Opps lupa pulak, kome tu bukan warganegara Malaysia, ye tak! Kome nak nak mintak negara asing buat tapisan untuk kome tu.

Kome tu bersih sangat ke? Sebab ada kotor yang tak berani tu.  Penyelewengan kome tu lagi dasyat. Lebih dasyat dari tsunami..heee 
-

HOT: Pakatan Rakyat Kehabisan Modal Spin Isu Calon



Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita akan merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.

Mengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri berkata apa jua perubahan yang dilakukan terhadap senarai calon itu nanti bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir. "Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan. "(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya.

Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, "Soalan lain... satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus." -BERNAMA
-

HOT: Anak-Anak Norish Karman Trauma



Pelakon Norish tidak mahu lagi melakonkan watak antagonis kerana ia meninggalkan kesan trauma kepada anak-anaknya.

Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 36, berkata, hasrat itu bagi memenuhi permintaan ketiga-tiga anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8, yang tidak menyukai ibu mereka kerap menggalas watak jahat.

“Anak-anak saya tidak suka ibu mereka membawa watak jahat dalam drama televisyen (TV) atau filem yang mereka tonton.

“Mereka kata saya bukan orang yang jahat kerana saya bertenaga, ceria dan kelakar terhadap orang keliling.

“Susah hendak saya jelaskan kepada mereka sehingga terpaksa berbohong kerana mereka sangat trauma,” katanya kepada mStar Online.

Justeru, pelakon filem Kahwin 5 itu berkata, dia berharap pihak penerbit dan pengarah dapat menawarkan watak yang variasi dan berbeza kerana dia berkemampuan untuk menterjemahkan pelbagai karakter.

“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi bawa watak antagonis. Masalahnya dengan industri kita, bila seseorang pelakon itu berkesan bawa sesuatu watak, dia akan terus diberikan karakter yang sama berulang-kali.

“Kalau kita tidak ambil, nanti kena gam pula. Peluang untuk melakonkan watak yang variasi sangat terhad,” katanya yang melakonkan watak komedi sebagai Monalisa dalam filem Kahwin 5 itu.

Norish berkata, senario itu terjadi kerana sikap penggiat industri yang tidak terbuka dalam menawarkan peluang lakonan kepada artis tanah air.

“Orang (penggiat industri) tidak terbuka dan mereka letakkan saya di tahap tertentu kononnya pelakon yang ada kelas tersendiri sehingga tidak mahu menawarkan watak-watak berbeza.

“Walhal, saya boleh melakukan apa sahaja watak dan sanggup belajar serta bereksperimen dengan pelbagai watak, cuma peluang itu tiada,” katanya.

-

HOT: Majlis Peguam Akan Selamatkan Mahasiswa Bingung



Sekumpulan mahasiswa bingung berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang bagi menuntut keadilan ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang lagi mahasiswa yang bodoh biul Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi.  Kumpulan samseng itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam tadi.

Teman nak pesan pada mahasiswa yang bingung-bingung ni, keputusan mahkamah berasaskan pendakwaan dan pembelaan.  Jika pendakwaan mempunyai bukti kukuh dan pegumbela gagal membuktikan pesalah tidak bersalah, maka hukuman yang setimpal akan dijatuhkan kepada pesalah.  Mudah sangat.  Kalau Majlis Peguam yang kata hebat tu, kenapa tak bantu berhujah di mahkamah bantu pesalah ni.  Ini tidak, Majlis Peguam nak provokasi je.  Kalau nak  minta tolong kat deme, minta maaf le.  No money no talks.  Deme gelakkan mahasiswa jadi bingung terutamanya mahasiswa Melayu.  

Itulah guna undang-undang.  Undang-undang digunakan untuk memastikan setiap warganegara mematuhi norma-norma kehidupan sejagat.  Jika tiada undang-undang, akan huru haralah sesebuah negara.  Kepada mahasiswa yang bingung yang berlagak pandai kome baca yang ini untuk pengetahuan, supaya jangan jadi bingung lagi.

“Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.” (wikipedia)

Udah!  Pergi la balik.  Belajar la.  mak bapak hantar pergi universiti suruh belajar, bukannya suruh berdemo.  Bingung!!!!..
-

PANAS: Mahasiswa Bingung Nak Masuk Penjara Ramai-Ramai


Bagus la macam tu, lagi ramai lagi bagus.  Kome nak masuk penjara sekali, silakan la.  Mahasiswa bingung buat Occupy Penjara pulak.  Itu sudah baik,  Boleh merasa bagaimana duduk kat penjara tu.  Makan tanggung berak tong.  Mahasiswa yang mengelarkan diri deme Solidariti Mahasiswa Bingung buat kerja bodoh dan mempertikaikan keputusan mahkamah.  Keputusan mahkamah pun kome tak boleh hormati, mak bapak kome lagi kome buat kurang ajar la kot.  Mahkamah tak ikut kehendak deme ni, deme protes.  Semua dah ikut kehendak laknat Anwar China Doll ke? 

Yang teman nak gelak, Ustazah segera PAS Abby Abadi buta sibuk nak populariti.  Agak-agak teman Abby Abadi ni nak keluarkan fatwa mahkamah yang jatuhkan hukuman tu sesat dan kafir la kot.  Buat la perangai elok sikit.  Asyik-asyik demo, asyik-asyik demo.  Kome tu mahasiswa.  Belajar je la.  cissss...
-

Friday 21 December 2012

GEMPAR: Penyanyi Pasang Bola Besi Untuk Kepuasan di Ranjang




Kalau dilihat dari gayanya, memang nampak ‘cool’ saja. Maka memang sukarlah hendak percaya dengan apa yang akan diperkatakan mengenai seorang penyanyi lelaki terkenal ini.

Penyanyi terbabit dikatakan memakai ‘sesuatu’ untuk kepuasan diri di ranjang. Apa yang pastinya ia bukanlah berkaitan dengan pil viagra atau gambir Sarawak, tetapi sesuatu yang bersifat kekal dan berbentuk fizikal. 

Dalam ruangan gosip sebuah akhbar tabloid hari ini menyebut cerita berkenaan timbul apabila seorang wanita mendakwa dia pernah ada skandal dan meniduri penyanyi lelaki itu. Namun yang tidak sesuai, diceritakannya pula kepada rakan-rakan lain perbuatan itu dengan rasa bangga. 

Kata sumber, wanita berkenaan berkata, dia terkejut apabila penyanyi lelaki terkenal itu rupanya menindik bahagian sulitnya dengan bebola besi.

Tidak hairanlah ramai peminat wanita begitu tergila-gilakan penyanyi itu dan dia sendiri asyik bertukar pasangan dari semasa ke semasa. 

Tak tahulah sama 'perbuatan' ini memang sudah jadi trend masa kini, atau pun telah lama dipraktikan ramai orang sejak dulu lagi - pasang bola besi untuk kepuasan di ranjang? 

Tapi diharapkan penyanyi itu akan sedar dengan perbuatannya itu kerana ia sesuatu yang salah dilakukan kerana ia bukan saja boleh memudaratkan diri sendiri, malah cuba mengubah ciptaan asal ke atas tubuh badannya itu. 

Kalau rasa tidak boleh sangat menahan nafsu kahwin saja cepat-cepat demi menghindari seks di luar nikah yang nyata salah di sisi agama. 

-

Bola kini berada di kaki Datuk K Rajagobal!


Buktikan Raja! Tegas sungguh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.  Komen Prof ni di Berita Harian, “Malu rasanya apabila lihat Singapura boleh menewaskan Thailand 3-1 (kelmarin) sedangkan kita tewas mudah 3-0 kepada Singapura dan tersingkir di separuh akhir kepada Thailand. Patutnya individu yang terbabit perlu berundur apabila kita gagal pada Piala Suzuki AFF 2012.

Peluang kepada Jurulatih Harimau Malaya membuktikan kebolehan K. Rajagobal memimpin pasukan. Ada dua aksi awal kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar dan Yaman pada 6 Februari dan 22 Mac depan seharusnya dijadikan penanda aras penting kepadanya untuk memenuhi sasaran itu selepas dua tahun mengharungi tempoh ‘bulan madu’ tanpa sebarang sasaran. 


Namun, andai tewas dalam kedua-dua perlawanan awal berkenaan, pengkritik sukan terkemuka negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat, Rajagobal perlu meletak jawatan serta merta!  Huh!  Apa lagi Raja! Peminat pun memerhati sejauhmana kehebatan mike mengendalikan pasukan Harimau Malaya..heee...

-

Tawaran Hebat Untuk Abby Abadi. Ada Berani?


Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan menghantar misi kemanusiaan ke selatan Filipina Ahad ini, bagi membantu mangsa taufan Bopha yang melanda wilayah itu baru-baru ini.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi itu akan membawa bantuan seberat lapan tan dan disertai 47 sukarelawan termasuk petugas media.

Bantuan yang meliputi makanan, ubat-ubatan dan produk nutrisi bayi itu akan dihantar menaiki pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM), katanya pada sidang media, di sini Jumaat.

Menurut Abdul Azeez, misi itu ke sana selepas KP1M mendapat segala maklumat yang diperlukan daripada enam sukarelawan yang dihantar ke kawasan bencana sebagai pasukan peninjau semalam.

Abdul Azeez yang akan mengetuai misi itu, berkata beliau telah bertemu Duta Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya yang memberi jaminan mengenai aspek keselamatan di kawasan terlibat.

Dalam misi KP1M dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan TUDM itu, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman akan bertindak sebagai ketua pasukan perubatan manakala Hanif Ahmad ketua bahagian keselamatan.

Sementara itu, Dr Alwi yang turut hadir berkata 14 pakar perubatan yang menyertai misi tersebut akan memberi rawatan kepada mangsa yang rata-rata mengalami masalah seperti cirit-birit dan jangkitan kulit.

"Kita akan berkerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan di wilayah itu dan tiga hospital bagi melancarkan proses bantuan perubatan," katanya.

Taufan Bopha yang melanda 3 Dis lepas dilapor mengorbankan lebih 900 nyawa manakala kira-kira 1,000 mangsa masih hilang dan 80,000 mangsa hilang tempat perlindungan. - BERNAMA
-

PAS Kena Jawab Soalan Cepu Emas ni


Teman berterima kasih kat kawan-kawan yang beriya-iya untuk membongkar satu persatu kegagalan PAS dalam menangani isu-isu rakyat.  Banyak sangat agenda pusing-pusing dan konar baring PAS denga alasan-alasan yang tak masuk akal.  Kome cuba perhati betul soalan-soalan cepu emas PAS.  Macamana PAS jawab..Kome tengok..




-

GEMPAR: Julia Perez Akan Dikena Tindakan



SALAH tetap salah! Demikian reaksi Presiden Persatuan Seniman terhadap penjelasan yang dikeluarkan pihak penerbitan filem Sentuhan Malam Pertama berhubung permit seorang pelakon Indonesia yang membintangi filemnya itu.

Kelmarin, Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) menjelaskan kedatangan Julia Perez ke Pulau Pinang hanya untuk berbincang tentang karakternya bukan berlakon tetapi sebaliknya penggambaran dijalankan tanpa pengetahuan pengurusan NSK.

“Bila mereka dah jelaskan macam itu, yang salah tetap salah. Kalau sudah minta maaf, salahlah maksudnya.

“Jadi, kalau dah salah, mesti kena hukuman. Apa guna penguatkuasaan undang-undang?” kata Zed Zaidi kepada Sinar Harian Online.

Zed Zaidi juga menjelaskan bahawa pihak penerbit sudah membelakangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Seniman.

“NSK membelakangkan Finas dan persatuan. Mereka memohon kelulusan permit dari Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) terlebih dahulu.

“Sepatutnya, mereka perlu mendapatkan kelulusan Finas terlebih dahulu dan mendaftar artis mereka di bawah Seniman, kemudian baru dapatkan kelulusan Puspal,” katanya yang bertegas Julia Perez masih belum berdaftar dengan Seniman sehingga hari ini.

Tambahnya, “baru mohon, belum lulus tetapi sudah menjalankan penggambaran,dalam hal ini,  jelaslah Julia Perez menyalah gunakan pas lawatan sosialnya.”

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak bertanggungjawab agar tidak menutup mata terhadap perkara-perkara seperti ini.

“Pihak bertanggungjawab, silalah ambil tindakan. Jangan kerana dia artis, tak boleh kena hukum. Artis manusia juga,” katanya yang tidak teragak-agak ‘membuat bising’ jika perkara sama berulang lagi.

“Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1993.

“Finas juga boleh merampas semua peralatan penggambaran,” jelasnya.

-

PANAS : FAUZIAH LATIFF NIKAH VIP?



Penyanyi Fauziah Latiff menepis khabar angin yang bertiup kencang ketika ini kononnya dia telah berumah tangga dalam diam dengan seorang lelaki berstatus VIP.

Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 42, berkata, berita itu merupakan gosip semata-mata dan dia sendiri mengakui ada mendengar perkhabaran tersebut.

“Tak betul berita itu. Saya juga ada dengar orang bercerita kononnya saya sudah kahwin. Demi Allah saya tak kahwin lain,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Jee, dia agak terkejut apabila berita berkenaan turut disampaikan oleh sepupunya yang mahukan penjelasan adakah benar dia mengambil langkah berkahwin senyap-senyap.

Bagaimanapun ujar Jee, dia hanya ketawa selepas diberitahu mengenai khabar itu kerana sememangnya ia tidak terjadi.

“Pada dasarnya saya memang pernah terfikir untuk berkahwin lain tetapi buat masa ini saya masih belum bersedia. Saya selesa dengan kehidupan saya untuk membesarkan dua orang anak saya,” katanya.

Jelas ibu kepada Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12, ini, walaupun mungkin ada yang akan menganggap hidupnya sunyi tanpa suami tetapi dia gembira kerana mempunyai kawan-kawan yang dapat mengubat kesepiannya itu.

Selain sibuk menguruskan studio latihan bersama rakannya, Jee juga lebih selesa memberi tumpuan dalam membesarkan anak-anaknya.

Kata Jee, jika bekas suami iaitu Johan Indot banyak memberi penekanan kepada aspek pendidikan kepada dua anaknya itu, dia pula berperanan mengajar mereka mempunyai sifat hormat di antara satu sama lain.

“Anak-anak kita sekarang membesar dalam dunia yang berbeza. Kita tidak boleh nak stres pemikiran mereka dengan banyak benda. Kita perlu memberi pendidikan yang seimbang iaitu dalam konteks dunia moden selain turut menekankan sikap hormat-menghormati,” katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk aktif dalam dunia lakonan selepas terlibat dengan tiga buah dram sebelum ini iatu Kudrat Iman, Gelora Di Hati Sarah dan terbaru Ke Pintu Bahagia, Jee tidak akan menjadikannya sebagai bidang yang serius.

Walaupun mendapat beberapa tawaran berlakon, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menilai terlebih dahulu skrip yang diberikan supaya ia mempunyai mesej yang baik dan berkaitan berkekeluargaan.

Sumber
-

DEDAH: Pemimpin Pakatan Rakyat adalah Warga Asing


Percaya atau tidak, terpulang kepada penilaian kome.  Teman percaya adalah agenda tertentu Pakatan Rakyat untuk menajdi Malaysia sebuah Negara Republik.  Banyak pendedahan telah dilakukan oleh beberapa blogger mengenai siapakah deme ni.  Bagaimana susurgalur kelahiran deme ni didedah satu persatu.

Kali ini, Blogger My Massa mendedahkan kesahihan Zairil Khir Johari sebagai Melayu tulin.  Hasil pendedahan mendapati Zairil Khir Johari tiada ber"BIN" seperti anak melayu yang lain dalam semakan pemilih.  Persoalan, samada Zairil Khir Johari anak Tan Sri Khir Johari.  Adakah Zairil ini Melayu?  Sepanjang pengetahuan teman, nama yang tanpa ber"BIN" di Malaysia adalah bukan Melayu dan Bumiputera. jadi, apakah bangsa Zairil Khir Johari. Ada khabar-khabar angin mengatakan Zairil ini adalah "anak tak masuk buku" tapi kesahihannya teman tidak dapat dipastikan.  Harap-harap kome faham le..

Timbul pulak tanda tanya mengenai kod kad pengenalan "71" yang menunjukkan Zairil bukan lahir di Malaysia.  Mungkin Singapura atau Indonesia.  Begitu juga dengan beberapa pemimpin PKR yang berkod "71" di nombor kad pengenalan masing-masing.  Mungkin deme ni "Alien"..heeee

Kome baca seterusnya DISINI
-

Surat Terbuka Kepada Kekanda Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas



Ini satu lagi tatapan yang harus dibaca.  Sesuatu yang perlu difikir dengan semasak-masaknya bagaimana DAP dapat memerintah negara.  Satu surat terbuka yang dituju khas buat Nik Aziz yang teman kutip dari satu artikel kolumnis Utusan Malaysia, Zaini Hassan.

SAYA menerima sepucuk surat melalui e-mel daripada seorang sahabat. Saya mengenali beliau lama dulu semasa saya masih menjadi pemberita muda puluhan tahun lalu. Semasa itu beliau ialah Dekan Fakulti Pergigian di Universiti Malaya. Sehingga kini kami masih bersahabat karib. Dari masa ke masa kami keluar minum bersama, serta mempunyai minat yang sama iaitu melukis.

Nama beliau ialah Dr. Hashim Yaacob. Semua orang mengenali beliau. Beliau juga ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya.

Hashim Yaacob berasal dari Kampung Batu Hitam, Tanah Merah, Kelantan.

Bapa dan ibunya penoreh getah yang tidak pernah bersekolah. Dia belajar di Tanah Merah dan Kuala Krai, Kelantan dan mempunyai kawan daripada berbilang bangsa dan tidak pernah meminggirkan kawan-kawannya itu.

Sebagai pelajar kampung yang tidak pernah memasuki sekolah-sekolah besar seperti MCKK, RMC dan Alam Shah, beliau akhirnya diberi peluang menjadi doktor pergigian, dekan, profesor dan Naib Canselor Universiti Malaya.

Ini ialah kerana jasa kerajaan Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu yang serba ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

Sewaktu Hashim Yaacob menjadi Dekan, beliau pernah melantik orang Cina dan India menjadi Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan. Sewaktu beliau menjadi Naib Canselor, beliau pernah melantik orang Cina dan India menjadi Dekan, Pengarah dan Timbalan Dekan.

Ramai pelajar di Universiti Malaya tidak mengira bangsa memanggilnya ‘Ayahanda’.

Begitulah Hashim Yaacob yang tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.

Sangkanya bangsa lain pun begitu juga terhadap bangsa Melayu. Tetapi dalam pemilihan jawatankuasa pusat DAP minggu lepas ternyatalah bahawa bangsa-bangsa lain telah menunjukkan ketidakpedulian mereka terhadap bangsa Melayu yang telah banyak membantu mereka kerana tidak seorang pun bangsa Melayu yang telah diundi untuk menduduki jawatankuasa itu.

Kebimbangan beliau ialah: Kalaulah parti itu nanti berpeluang untuk memerintah negara, apakah akan terjadi kepada bangsa Melayu?

Belum pun DAP berkuasa, sudah nampak ketiadaan toleransinya kepada bangsa Melayu. Apakah orang-orang kampung seperti Hashim Yaacob akan terbela dengan sifat DAP yang sebegitu?

Orang bandar pun tidak akan terbela kerana sikap mereka yang meminggirkan orang Melayu.

Jawapannya tuan-tuan sendirilah yang menjawabnya. Tidak ada gunanya kita menjadi manusia yang taksub mengenai sesuatu pandangan walaupun hakikat tidak menyokong pandangan itu.

Kalau orang DAP telah bersatu sebegitu kental, orang Melayu mestilah bersatu padu demi kesinambungan ‘Bangsa dan Agama’. Itu adalah harapan beliau.

Sila baca surat terbuka beliau kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terlalu taksub dalam perjuangannya dengan DAP, demi politik dan kuasa.

-

PADAN MUKA: Gatal Sangat Ikut Perangai Pakatan Haram


Teman gelihati dengan perangai budak-budak mahasiswa tunjuk lagak jadi hero.  Lawak la yop!  Sibuk-sibuk sangat mengikut telunjuk Anwar China Doll, kan dah kena penjara.  Kena denda pulak lagi.  Padan muka!  Mahkamah Magistret telah menjatuhkan hukuman 1 bulan penjara dan denda RM1000 dua budak hingus yang bergelar mahasiswa kerana menghalang pegawai DBKL menjalankan tugas dalam edisi yang didakwa "Gerakan Mahasiswa".  Sibuk sangat nak "Occupy Dataran" dah kena.  Ye la..Ada orang tolong bayarkan denda, tapi penjara tu pulak macamana?

Teman rasa elok jugak bawak semua yang terlibat dalam Occupy Dataran tempohari ke mahkamah dan biar PKR yang bayar saman budak-budak tu!  Biar PKR jenuh nak bayar saman.  Kira lah berapa orang.  Sekurang-kurangnya jadi pengajaran pada budak-budak bergelar mahasiswa ni.  Sumbat dalam penjara sekejap.  Biar deme rasa.  Lepaih tu, buang deme mahasiswa kaki busuk ni dari Universiti.  Biar deme merempat mintak sedekah dengan Anwar China Doll.  Baru deme tau, langit tinggi rendah.
-

HOT: Janda Jadi Gundik 11 Tahun



Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin.

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.

-

HOT LAGI! Anwar serang Hadi Awang Kerana Dicadang Jadi PM



Ini cerita lawak!  Itu la, lain kali kalau nak bercakap tu fikir la dulu.  Jangan main sedap mulut je bercakap.  Ini Tuan Ibrahim Tuan Man sibuk buat kenyataan di Sinar Harian, 

SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM. Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.

Weh!  Otak letak kat mana?  Lantak la Hj Hadi Awang ni nak PM ke apa ke?  Siapa ada peduli.  PAS bukannya komponen parti BN.  Apa kaitannya dengan UMNO.  Yang takut sangat Hadi Awang nak jadi PM ni Anwar China Doll.  Habis la peluang dan cita-cita Anwar China Doll ni nak jadi PM sebab Hadi Awang jadi penghalangnya.  Kome tu dalam satu pakatan katakan.  Mengapa pulak orang lain yang kome tuduh.  Ada akai ka?..Yang betul nye, Anwar China Doll yang rancang untuk jatuhkan Hadi Awang.  Kome konar pulak tuduh UMNO.cisss..
-

PANAS: Hadi Awang Akan Dikenakan Tindakan



Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak berwajib perlu menyiasat dengan lebih teliti amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang membawa kepada perpecahan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata siasatan tersebut perlu dilakukan dengan segera agar tidak berlaku kekeliruan dan keraguan di kalangan orang Islam itu sendiri.

"Maklumlah bila ada kepentingan politik kadang-kadang agama diperalat oleh pihak tertentu dan kita tak ingin perkara ini berlaku hingga timbul kekeliruan dan perpecahan umat Islam," katanya kepada pemberita, Khamis.

Mohd Shafie berkata disebabkan amanat tersebutlah menjadikan orang PAS yang taksub sanggup tidak mahu solat berimamkan orang Umno, tidak mahu makan masakan yang dimasak oleh Umno dan ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Himpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kedah dan Pelancaran Jom P Karnival Niaga Napoh dekat sini. - BERNAMA
-

GEMPAR: Artis Kahwin Lari , Apa Punya Perangai la



Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

-

LAGI KANTOI: Ngeh Koo Ham Jadi Paderi Gereja


Macam best je.  Kome baca kenyataan Nga Kor Ham “Seumur hidup saya saya tak pernah beri  satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan. Itu respons  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan. (Sinar Harian). Best nye bunyi.  Alasan pernah memimpin Gereja tak cukup la.  Mahkamah jugak la yang boleh menentukan betul atau salah.  

Kalau nak diikut cerita, adik beradik kurang ajar DAP ni nak saman Blogger Pisau.net.  Apa lagi ditunggu.  Ada berani ke?  atau kecut telor kerana takut rakyat tahu tembelang sebenar.  Tak ada siapa-siapa pun nak tuduh sesuka hati kalau tak ada bukti.  Bila dah kena kat kome, mula la menuduh orang memfitnah.  Bila kome tuduh pemimpin BN, kome tak kata fitnah le pulak.  Dengan tanpa bukti, kome main sedap mulut kome je..Apa la!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...