Friday 23 November 2012

PANAS! HADI AWANG KEMPUNAN JAWATAN PM



Pakatan Rakyat (PR) sepakat memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya PR membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nanti.

Teman heran kenapa banyak sangat ding dong ding dong pasal berebut jawatan PM, sekejap kata Anwar sekejap kata Hadi Awang.  Belum lagi dapat perintah Malaysia dah berebut-rebut.  Kalau diikutkan kehendak ahli PAS semasa Muktamar PAS tempohari, deme nak Hadi Awang jadi PM sebab deme Parti yang kuat.  PKR ada apa?  Hampeh je..heeeee...

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) sepakat memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya PR membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nanti.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Majlis Syura Pas juga bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri seperti mana yang diumumkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

“Ini hak masing-masing. Keputusan rasmi telah dibuat oleh Majlis Pakatan Rakyat dan diperkukuhkan dengan kenyataan Husam selepas Muktamar Pas Kali Ke-58 yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, isu Perdana Menteri dalam kalangan PR sama ada Anwar atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya polemik sahaja.

“Ia tidak perlu dibincangkan. Pendirian DAP seperti mana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Anthony berkata, PR fokus kepada PRU13 dan polemik tersebut perlu ditamatkan.

Teman Kutip Dari Sinar Harian
-

Ayuh! Parlimen Belia Suara Anak Muda @PortalSGB



Portal Parlimen Belia Belia Malaysia dilancarkan.  Teman tabik pada Kementerian Belia dan Sukan sebab mewujudkan Parlimen Belia Malaysia.  Suara anak-anak muda akan dapat lebih didengari dan ada platform khusus untuk anak-anak muda bersuara.  Bukan ditepi jalan dan berdemontrasi.  Anak-anak Muda diiktiraf sebagai pewadah bangsa masa depan.  Ayuh anak-anak muda, ini masa untuk memilih wakil bagi memastikan suara kome didengari..Moh kita daftar.

PUTRAJAYA — Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam telah melancarkan portal khas untuk Parlimen Belia Malaysia (PBM) sebagai medium utama pendaftaran pemilih, pendaftaran calon dan pengundian calon.

Hari ini, portal tersebut telah dibuka kepada umum dengan membuka sistem pendaftaran daftar pemilih yang mana belia yang berumur 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk mendaftar.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi ahli PBM pula, mereka perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti :-

 1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 30 tahun.

2. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.

3. Tidak muflis.

4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan yang diwakili.

5. Mempunyai seorang pencadang daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia atau pertubuhan bukan kerajaan yang sah berdaftar dari kawasan yang hendak diwakili.

PBM bakal dianggotai oleh seramai 222 wakil belia bagi setiap kawasan parlimen yang mana mereka ini akan dipilih secara atas talian oleh pengundi yang telah berdaftar di portal tersebut.

PBM dilaksanakan hasil daripada inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia dalam menjadikan Generasi-Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara malah bagi negara-negara luar seperti Australia, Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting dalam pembangunan belia.

Untuk capaian portal tersebut, sila klik http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/

Teman Kutip Dari Suara Generasi Baru
-

Anak Di Kandungan Beri Tuah Buat Fasha Sandha



Pelakon Fasha Sandha menyifatkan kehadiran bayi sulung yang dikandungkannya sepanjang empat bulan setengah itu memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata, walaupun dia sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.

"Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.

"Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar," katanya.

Tambah Fasha, tuah berkenaan turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

"Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.

"Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah," tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu.

Sementara itu, Fasha berkata, selepas bersalin nanti, dia akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari.

Dia juga percaya penjagaan yang rapi selepas bersalin amatlah penting untuk mendapatkan tubuh badan asal.

"Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik," ujarnya.

Teman Kutip Dari mStar Online
-

Thursday 22 November 2012

HOT!!! ZIZAN DAN NORAH DANISH MAIN PAPA MAMA DI TWITTER



Terkejut apabila membaca Twitter milik pelakon kecil comel, Nora Danish kelmarin dan semalam. Nora Danish ada menulis ‘All the best papa’ dan meletakkan hash tag #maharajalawakmega2012 kepada pelawak sensasi negara, Zizan Razak.



Tidak apalah jika mereka benar-benar mempunyai hubungan kerana masing-masing tengah solo. Tetapi janganlah membuat andaian terlalu awal, mungkin mereka hanya bergurau atau sekadar menjiwai watak lakonan. Siapa tahu kan? Apa-apa pun, tweet mereka itu boleh dikatakan romantiklah! 

Teman Kutip Dari melodi-online.blogspot.com dan SINI
-

SAH! KHALID IBRAHIM SEORANG PEMBOHONG



Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim  terpaksa mengaku bahawa bas mewah PKR dibeli olehnya dengan harga hampir RM 650,000.00 dan membayar ansuran bulannya RM 10,833.00 semasa menjawab soalan di DUN Selangor.

Teman piki-pikir la, selepas ni apa la Khalid nak pusing segala bagai.  Sekejap kata sewa dan sekejap kata beli.  Teman ghase selepas ni Khalid kata pulak dapat sumbangan daripada mana-mana individu.  Silap haribulan George Soros yang bagi..tak pun duit dari Tin MILO..heeeeeee..Begini la cara Pakatan Rakyat yang secara terang-terang menipu rakyat.  Deme ni memang kuat kaki PENIPU..tapi ada le pulak percaya bulat-bulat.gurrrrr...

Ceghiter lanjut kome baca le kat SINI








-

Wednesday 21 November 2012

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 Lebih Meriah #festivalbelia13



Teman teruja dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.  Sumbangan daripada sektor korporat dan swasta telah melimpah ruah nak bantu KBS menjalankan aktiviti-aktiviti anak muda Malaysia.  Teman berbangga sebab sektor korporat dan swasta tidak lupa menyumbangkan sedikit keuntungan bagi membangunkan modal insan khusunya untuk anak-anak muda Malaysia seperti tahun lepas.  Teman ghase geng-geng Pakatan Rakyat nak cari modal untuk spin isu ini macam-macam cagher.  Biasa la deme ni, ada aje yang tak puashati.  Deme ini sememangnya apa yang Kerajaan BN buat, semuanya tak betul.  Yang betulnya deme aje.  Lepas ni teman tak heghan kalau deme, Nik Aziz buat sembahyang hajat dan mendoakan pulak Festival Belia Putrajaya 2013 ini KO.  Sabor aje ler..tunggu kiokk deme ni je baru le deme berenti bercakap.heeeeeee...

KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut akan melebihi tajaan bagi acara yang sama sebelum ini iaitu RM20 juta.

“Saya percaya jumlahnya akan melebihi tajaan yang diperoleh pada tahun lalu berdasarkan respons yang diterima daripada penaja sehingga kini.

“Sebelum ini untuk mengadakan 500 acara agak sukar tetapi selepas tiga tahun dianjurkan, lebih daripada 500 acara sudah sedia untuk diadakan nanti,” katanya ketika berucap pada Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal Bersama Badan Bukan Kerajaan dan Swasta di sini semalam.

Bengkel tersebut turut membincangkan kelemahan dan kekuatan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 serta langkah untuk menambah baik aktiviti yang akan dilaksanakan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Mod Nadzri Yaacob.

Ahmad Shabery memberitahu, kementerian tersebut menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung bakal menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu.

Beliau juga memberi cadangan agar diwujudkan satu aplikasi khas bagi telefon pintar untuk acara itu seperti yang digunakan ketika Sukan Olimpik di London tahun ini.

“Sebagai contoh, aplikasi semasa Sukan Olimpik itu memudahkan pengunjung untuk mengetahui acara-acara yang sedang berlangsung dan lokasinya.

“Aplikasi itu nanti akan memudahkan pengunjung kerana mereka boleh mencari maklumat acara dan aktiviti melalui telefon pintar. Sudah tentu aplikasi itu akan memberi tarikan kepada karnival tersebut,” katanya.

Teman Kutip Dari Kosmo Online.
-

Azhar Sulaiman Beri Penjelasan Isu Murtad



Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."
Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.


Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.



"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?



"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.



Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.



Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.



"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.


Teman Kutip Dari Sinar Harian

-

KAKITANGAN KERAJAAN NAIK PANGKAT SECARA AUTOMATIK



KLUANG - Kerajaan mencadangkan kenaikan gred berdasarkan prinsip time-based kepada penjawat awam akan diperluaskan kepada semua sektor perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata, kira-kira 1.42 juta kakitangan awam di seluruh negara berpeluang  untuk menerima kenaikan gred berkenaan berikutan cadangan kerajaan untuk memperluaskan kenaikan gred secara automatik.
“Cadangan tersebut sedang diteliti kesesuaiannya sebelum dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam.
"Kita akan perkenalkan secara menyeluruh tidak lama lagi selepas kekangan terutama dari segi perbelanjaan dapat diatasi sepenuhnya, selain kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara.
“Bagaimanapun kita perlu menunggu laporan khas daripada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
“Ini kerana suruhanjaya khas itu juga sedang mengkaji cadangan berkenaan dan mereka akan menyerahkan laporan kajian mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam, 31 Disember nanti,” katanya semasa dalam sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di sini, semalam.
Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang menikmati kenaikan gred berdasarkan prinsip ‘time-base’ atau secara automatik tanpa perlu menghadiri temuduga.
Dalam majlis sama, Ali turut menasihatkan para penjawat awam supaya bijak menguruskan kewangan mereka terutamanya penggunaan kad kredit.

“Setakat ini, seramai 2,011 penjawat awam sudah diisytiharkan muflis dan antara faktor utama yang dikesan adalah penggunaan kad kredit yang tidak berhemah.

“Oleh itu, saya harap penjawat awam berhati-hati dalam penggunaan kad kredit ini,” katanya.

Teman kutip dari Sinar Harian


-

Monday 19 November 2012

Guan Eng Pula Pusing Kepala


Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menyatakan Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya yang akan datang.  Sudah menjadi pendirian bahawa calon Pendana Menteri adalah sewajarnya Ketua Pembangkang. (The Star)

Serabut betui teman, masing-masing kata nak jadi Perdana Menteri.  Belum lagi dapat memerintah, sudah berebut-rebut, sudah serabut.  PAS kata lain, DAP kata lain, Anwar kata boleh bincang.  Apa yang pusing-pusing lagi!  Kome nak kencing merata-merata biar la berpada.  Nanti dapat untut!!!  Kalau nak menipu pun, jangan la nampak sangat.  Bughok wehhh!!!!heeeee..

Adakah ini dinamakan persetujuan konsensus?  Tuntutan dan desakan Ulama dan Muslimat PAS supaya Presiden PAS jadi Perdana Menteri.  Hj Hadi kata nak jadi Khadam aje..Theeeee....
-

Sunday 18 November 2012

Muktamar PAS Jadi Muktamar KPOP


Kementerian Belia dan Sukan telah dikritik oleh pihak konservatif kerana membelanjakan sebanyak RM2.04 juta untuk membawa artis K-Pop seperti U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet ke Himpunan Sejuta Belia pada Mei tahun ini. (MalaysianInsider).

Teman jadi pelik. Tak pun kepala jadi pusing.  Tak ada isu lain ke nak bincang masa Muktamar PAS ni.  Ya lah.Mentang-mentang PRU13 pun dah dekat.  Masing-masing nak jadi hero, mana le tau kan, boleh jadi calon ke apa ke!!!heeeeee....Jadi, cari isu yang mendapat tempat dihati pemimpin PAS, moga-moga boleh tulis nama atas batu..haaaaaa...

Tiba-tiba isu KPOP semasa Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 tempohari pula didendangkan dan Kementerian Belia dan Sukan dikritik kerana didakwa berbelanja sehingga RM2.04 juta semata-mata untuk mebawa artis-artis KPOP dan JPOP.  Kenyataan Akhbar KBS bertarikh 1 Jun 2012 telah menjelaskan semua perbelanjaan adalah hasil sumbangan dan tajaan syarikat korporat dan swasta yang  bernilai RM28 juta yang berbentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksaan program.  Tak guna duit rakyat pun.


KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
SIARAN SEGERA
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.   
Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
1 JUN 2012


Keyakinan syarikat-syarikat korporat Keyakinan puluhan syarikat dan perniagaan untuk turut sama menjayakan perhimpunan ini melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (BOS) sama ada sebagai penaja, pemberi khidmat dan juga mengambil peluang mempromosikan berbagai-bagai produk mereka di HJB. Kejayaan HJB belia telah berjaya menarik penajaan yang besar (kalau ikut kenyataan media KBS) dalam bentuk tajaan tunai, barangan dan operator program sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak RM28juta.



Hah! Teman pun heran, kutipan duit Tin MILO tak pula dibangkitkan semasa Muktamar PAS ini.    Guna untuk bayar elaun ceramah pemimpin dan ustaz dan ustazah SEGERA, tak kecoh pun? Ada ke pernah di audit ke tak?  Banyak tu wehhh!....


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...