Saturday 16 February 2013

PANAS BONTOT: Ambiga dan Anwar Bersatu dalam LBGT


Teman sebenarnya dah meluat dengan golongan golongan dan pendokong Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender.  Apabila Ambiga beriya-iya untuk memperjuangkan perhimpunan Seksualiti Merdeka yang menghimpunkan LBGT ni, bertambah terbukalah tembelang pemimpin-pemimpin PR yang secara jelas menyokong usaha Ambiga itu.

Teman sebagai rakyat Malaysia begitu bimbang dengan gejala yang mempengaruhi anak bangsa hingga sanggup mengamalkan cara hidup songsang ini. Ini satu perbuatan tak bertamadun dan lebih mementingkan keseronokan melalui seks songsang yang dimurkai oleh Allah S.W.T.
-

VIDEO BONGKAR! PAS ANJUR MAJLIS TARIAN SEPARUH BOGEL



Adeeh! ini apa cerita pulak. Aduhai PAS, orang sibuk-sibuk gangnam style, PAS pun nak buat jugak ke? Dah jenuh kutuk Kerajaan BN buat CNY di Pulau Pinang jemput Psy gangnam Style, PAS pulak buat. Itu la. Kutuk orang lagi, dah kena muka sendiri. Kesian..teringin jugak rupanya.heee 




-

PANAS: Treler Negara Berkebajikan Siapa Yang Taja?


Wow! Ini sudah bagus! Sebelum ini PKR guna bas mewah untuk Anwar berkempen serata Malaysia. Kali ini PAS pulak guna kenderaan Treler untuk berkempen. Treler Negara Berkebajikan tersebut dikatan hampir 90 peratis siap. Canggih weh!

Banyak jugak duit PAS ni beli treler ek. Maklum lah duit tabung tin milo banyak lagi. Tak habis pun. Kalau BN yang buat buat confirm jadi isu panas. Tapi nak tanya jugak, PAS guna duit mana beli treler tu ek! Cer cerita sikit! Heeee
-

Psy Gangnam Style BN CNY Ditaja Oleh Samsung?


Punya susah payah Pakatan Rakyat nak spin cerita penajaan Psy gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tempohari. Cai-cai PR jenuh spin macam-macam cerita bagi nak cari kesalahan BN dalam Majlis tersebut. Guan Eng pun jadi pening kerana kemeriahan CNY anjuran BN tersebut mendapat sambutan hebat dari rakyat Pulau Pinang. Guan Eng naik malu kerana kehadiran pengunjung CNY anjuran BN yang melebihi 80,000 orang telah mengatasi kehadiran CNY di 32 lokasi anjuran DAP hanya sekitar 2,000 orang  setiap tempat. Patut la!

Menurut sumber, syarikat gergasi dari Korea Selatan Samsung didakwa menjadi penaja kehadiran psy ke Malaysia. Difahamkan syarikat gergasi elektronik ini tidak mahu mendedahkan penajaan tersebut, mungkin dengan alasan-alasan tertentu. Pengurus Artis Korea tersebut, Scooter Braun Projects juga telah membuat kenyataan Kerajaan Malaysia tidak terlibat dengan pembayaran artis tersebut. Adeehh! Lagi Kantoi la Guan Eng..heee
-

PANAS! Gangnam Style Ala Gaza



Dalam usaha membendung kesedihan akibat ditindas tentera Yahudi, sekumpulan  pemuda  Gaza menari ala Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea, Psy dan merakamnya menerusi telefon berkamera.

Memetik laporan sebuah blog, Hidayatullah.com tarian itu diberi nama  'Gangnam Gaza Style' tetapi  ia bukan sekadar hiburan semata-mata. Sebaliknya  kumpulan pemuda berkenaan telah menyelitkan tarian itu dengan mesej kesedihan penduduk Palestin yang berterusan ditindas rejim Zionis.

“Mesejnya adalah mengenai penderitaan kami, tahanan, pengangguran dan semua masalah  kami,” kata salah seorang anggota kumpulannya, Walid Afghani.

Semua kesulitan warga Palestin digambarkan melalui tarian itu.  Misalnya, ada satu keadaan  di mana mereka sedang menolak sebuah kereta kerana kehabisan minyak.  Sambil meniru pergerakan Gangnam Style, setibanya di stesen minyak,  ternyata bahan bakar tidak ada.

Satu lagi pergerakan mereka  beramai-ramai menuju mesin ATM, tapi  pada mesin wang itu tidak ada wang. Begitulah antara gambaran kehidupan penduduk Palestin yang mereka adaptasikan mengikut pergerakan tarian Gangnam Style.

Secara menyeluruh, mesej itu bermaksud apapun tekanan hidup di bawah penjajahan Zionis Yahudi tidak selamanya harus dihadapi dengan tangisan oleh penduduk Palestin.

Dalam perkembangan lain, dua pemuda Palestin, luka parah  akibat tembakan tentera Zionis di timur Bethenun, sebelah utara Semenanjung Gaza.

Berdasarkan laporan Pusat Informasi Palestin, jurucakap jabatan kesihatan Palestin di Gaza, Asyraf Al-Qudrah memberitahu, salah seorangnya telah ditembak di dada dan kini diberi rawatan rapi di hospital  Al-Syifa,  Gaza kerana keadaannya yang kritikal.  Sementara seorang lagi mangsa diberi rawatan di hospital Bethanun.

Tentera Zionis turut melancarkan serangan ke atas petani di beberapa ladang termasuk tepi pagar sempadan dan tindakan mereka itu mencabul perjanjian gencatan senjata yang dibuat November tahun lalu.

Nampaknya kisah penderitaan di Palestin tidak berkesudahan. Satu demi satu ditimbulkan puak penjajah itu. Sampai bilakah ia akan berakhir? Hakikatnya, Israel tidak pernah mahu berhenti daripada melakukan kerakusan. Dan sanggupkah kita di sini sekadar memerhati segala tindakan zalim mereka itu?

Sumber
-

Azrul Wawa Kena Tikam Belakang


Siapa la punya angkara.Kesian...ada ke patut! Kes naya ni..Kesian sungguh-sungguh.Sampai boleh minta sedekah la kot. Meh kita buka tabung kemanusiaan bantu si Azrul Wawa. Kesian dia kena naya..hahaha.

Menurut Malaysianinsider, rakyat Malaysia menuntut supaya Bank Islam menarik balik penggantungan si Wawa ni. Seorang Pakar Ekonomi Bank Islam yang dah main belakang majikannya. Adeehh! Eh! Bila pulak rakyat Malaysia buat tuntutan ni? Yang teman ingat, kome je yang buh iklan kat The Sun hari tu. Kalau setakat nak bubuh iklan semua orang boleh buat pe!

Inilah pembangkang, sering menggunakan perkataan "rakyat" bagi menggambarkan sokongan pada Pakatan Rakyat. Tapi yang bersuara hanyalah beberapa kerat yang telah dibukti kroni-kroni parti dapat Pakatan Rakyat. Apa cer?
-

VIDEO! Lawak Bila Anwar Mahu Jual Negara Didedah


Hah! Kome kena tengok video nih. Memang best sangat. Macam mana parody "Sell My Country" menceritakan bagaimana Anwar China Doll menjualkan negara demi cita-cita peribadi. Disamping bersengkongkol PAS dan DAP menjanjikan sesuatu yang palsu dan cuba menipu rakyat demi undi. Adeehh! Lawak gila! Kome tengok la. Lirik disertakan.heee

Lyrics:

Verse 1:
DPM was my pangkat,
Nak jadi PM cepat,
But then I kena pecat,
Because I meli***.

Now I change my strategy,
Buat many empty janji,
Always kantoi but Rafizi,
He will lie for me.

Hook 1:
Promised PAS, DAP,
Timbalan Perdana Menteri,
They used to be my enemy,
Now they are my balaci!

Chorus 1:
Hey, sure u know me,
I'm power crazy,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

It's hard not to lie,
To the rakyat,
Once I'm the PM,
I'll sell my country,

Hey, sure u know me,
I'm power crazy,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

I use Pakatan,
For my own greed,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

Verse 2:
I promised minyak turun,
And there will be no more tolls,
PTPTN will be gone,
All of u can dream on

Bersih was huru hara,
We said EC tak terror,
DAP made some error,
They blamed the computer,

Hook 2:
It's not "Demi Rakyat",
It's actually "Tipu Rakyat",
Once I jadi Perdana Menteri,
I'll lead this country to bankruptcy!

Chorus 2:
Hey, sure u know me,
I'm power crazy,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

It's hard not to lie,
To the rakyat,
Once I'm the PM,
I'll sell my country,

Hey, sure u know me,
I'm power crazy,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

I use Pakatan,
For my own greed,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

Bridge 1:
Look at Selangor & Penang,
We run it so bad..
We run it so so bad.

Just look at Kelantan & Kedah
We run it so bad..
We run it so so bad.

Chorus 3:
Hey, sure u know me,
I'm power crazy,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

It's hard not to lie,
To the rakyat,
Once I'm the PM,
I'll sell my country,

I use Pakatan,
For my own greed,
Once I'm the PM,
I'll sell my country.

Bridge 2:
Look at Selangor & Penang,
We run it so bad..
We run it so so bad.

Just look at Kelantan & Kedah
We run it so bad..
And u should know that..

I'll sell my country!


-

Hot! Anwar Jatuh Longkang! Adeehhh!!


Kesian..Jatuh pulak Anwar China Doll. Itulah nasib ek! Kalau dah banyak sangat fitnah, maka Allah itu maha berkuasa, ditunjukkan siapa sebenarnya Anwar China Doll. Anwar China Doll ni terjatuh apabila ditanah Pengkalan Pegoh, Ipoh. Teman rasa lah, kemurkaan Allah kepada Anwar China Doll telah mula ditunjukkan. Jadi, fikir-fikirkan lah..


-

PANAS! Bukti DAP Penyokong Komunis


Teman tak tau la apakah sebenarnya DAP ni. Cuma teman bagi la sikit-sikit hint untuk kome baca ek! Gambar diatas dan dibawah ini menceritakan segala-galanya.kan.kan..Jadi fikir-fikir lah..heeee


-

PR Vs Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan PAS?



Beria-ia benar PAS melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.

Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman PAS khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan PAS berada dalam gabungan rapuh, PR.

Itu respons rasmi PAS terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura PAS hanyalah spekulasi murahan sahaja.

Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. PAS sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama PAS, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.

Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya PAS memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk PAS membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama PAS juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.

Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS malah sesetengah pemimpin PAS yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM.

Namun demikian, pada siapa PAS mahu menipu, walhal umum mengetahui status PAS dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.

PAS berlakon sehebat mana pun, hakikatnya PAS adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada PAS. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah PAS turut sama di badai ombak. Lainlah jika PAS yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.

Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah PAS patuh dan wala’ pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, PAS perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.

Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan PAS sekalipun selepas itu PAS kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.

Itu sudah lebih dari cukup membuktikan PAS kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama PAS pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong PAS dari menyedari hakikat kedudukan sebenar PAS dalam PR.

Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak.

Baik Harun mahupun PAS sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik PAS selagi mana PAS kekal dalam PR.

Sekiranya PAS benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama PAS keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.

Suara Generasi Baru
-

Elak Masjid Disalah Guna Menjelang PRU-13



Umat Islam di negara ini terutama pegawai masjid diminta sentiasa memastikan masjid tidak disalahgunakan untuk ceramah atau khutbah berunsur politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, imam masjid dan guru agama harus menjaga etika yang ditetapkan majlis agama negeri selain perlu menjaga pengisian khutbah agar tidak menyebut atau menyakitkan hati mana-mana pihak.

Katanya, tindakan menyalahgunakan masjid boleh mengurangkan jemaah ke masjid selain berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Imam-imam, saya pesan supaya dalam khutbah itu biarlah khutbah yang membangunkan masyarakat, yang mengajar. Tidak menyakitkan satu puak. Kita nak masjid ataupun mimbar khutbah ataupun sidang Jumaat itu mempunyai satu semangat yang sentiasa positif terhadap masjid masing-masing," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan guru-guru agama, takmir dan penyelaras masjid negeri di sini, Jumaat.

Beliau berkata, mimbar masjid atau sidang Jumaat perlu sentiasa menanamkan semangat positif terhadap masjid dan bukannya perpecahan berikutan tidak menyukai golongan tertentu.

"Ada yang tidak mahu ke masjid itu sebab tak suka kepada individu yang menjadi khatib atau tak suka bahasa yang digunakan. Akhirnya kita tidak menampakkan keindahan Islam, kita semakin kurangkan jemaah dan kita semakin melabelkan pelbagai orang dengan kelompok yang menyakitkan, bukan label menyenangkan akhirnya kita dilihat sebagai umat yang berpecah hatta dalam masjid sendiri," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, guru agama tidak seharusnya terikat dengan hanya mengajar subjek agama semata-mata, sebaliknya mereka perlu meningkatkan dakwah dalam membantu usaha kerajaan mengekang keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam masa kini.

"Dunia tanpa sempadan kini banyak disalahgunakan anak muda sehingga merekamudah terjebak dengan budaya barat seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Harus ada satu semangat dan kekuatan yang kita gemblengkan untuk pertingkatkan usaha dakwah kerana hari ini, LGBT semakin berkembang dalam masyarakat, contohnya semalam Perancis sudah luluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis," katanya.

Beliau berkata, kerajaan bimbang gejala ini menular dalam masyarakat negara ini memandangkan generasi muda kini semakin terdedah dalam dunia tanpa sempadan dan media baru.

"Anak-anak kita yang belajar di luar negara perlu kita kebalkan dengan kekuatan ilmu dan iman agar tidak mudah terjebak dengan gejala ini ketika berada di sana," katanya.

Jamil Khir berkata, bimbingan dan kaunseling dilakukan melalui kelab-kelabtertentu, Jabatan Penuntut Malaysia dan guru-guru agama Jabatan Kemajuan IslamMalaysia yang bertugas di luar negara seperti Mesir dan Indonesia. - BERNAMA
-

Rundingan Dengan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu Temui Jalan Buntu



Polis telah menyediakan rancangan lain berhubung insiden pencerobohan dalam rundingan dengan kumpulan bersenjata warga Filipina di daerah Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Jumaat berkata, rundingan sedang berjalan dengan para anggota kumpulan itu, yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai pengikut keturunan Sultan Sulu.

“Kami mempunyai rancangan lain,” katanya pada Jumaat ketika ditanya apakah yang akan berlaku sekiranya rundingan dengan kumpulan yang terdiri daripada 100 individu itu menemui jalan buntu.

Hamza berkata, beliau optimis bahawa keadaan itu dapat diselesaikan secepat mungkin dengan kumpulan itu akan kembali pulang.

Beliau berkata, polis datang untuk mengetahui kehadiran kumpulan itu, yang membuat tuntutan termasuk mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu pada 12 Februari.

Kumpulan itu juga menuntut bahawa bangsa Sultan Sulu di Sabah tidak akan diusir dari negeri itu.

Hamza berkata, seramai 32 individu tiba di Kampung Tanduao pada hari berkenaan dan polis segera mengepung kawasan itu.

Beliau berkata, kumpulan tersebut memilih kampung berkenaan, yang terletak di bahagian timur yang paling hampir dengan kepulauan Filipina iaitu Bungay dan Sibutu.

Kawasan itu sejauh 22 kilometer dari perairan antarabangsa, beliau berkata, kepulauan Filipina adalah jarak kira-kira sejam dengan menaiki bot.

Beliau menyatakan bahawa keadaan di kampung itu aman, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Malaysia turut berhubung dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario.

Sumber
-

Pemuda Umno Sokong Mufti Perlis & Dr Mohd Asri Bertanding PRU13



Pergerakan Pemuda Umno mengalu-alukan penglibatan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti negeri itu, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, PRU-13 kali ini bakal menjadi pilihan raya bersejarah jika benar kedua-dua ulama ini bertanding.

"Kalau mereka berdua bertanding untuk Umno, Alhamdulillah, kami mengalu-alukan penyertaan mereka. Namun jika mereka memilih parti lawan, kita perlu terima keputusan tersebut.

"Ia pasti menjadi pilihan raya bersejarah kerana kedua-dua ulama terpanggil untuk bertanding pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat berhubung dakwaan penglibatan kedua-dua tokoh agama itu dalam pilihan raya umum kali ini.

Jelas Khairy, penglibatan mereka bakal memberi laluan kepada para ulama menyertai bidang politik.

"Mereka membawa mesej yang mendalam. Mungkin tokoh-tokoh lain sedang menunggu 'wahyu' untuk buat keputusan sama ada bertanding atau tidak dan panji yang mereka nak bawa," kata beliau yang mengakui mengenali rapat kedua-dua tokoh ulama ini.
-

Friday 15 February 2013

GEMPAR! Haron Din Keluar PAS?


Ini berita yang baru gua terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Gua dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

Sumber
-

Mat Sabu Arah Timbalan Pengerusi SPR Letak Jawatan, Bingung!!

 

Adeeh! Mat Sabun memang jenis muka tak malu. Tengok aje lah isu Mat Indera pun boleh dia kata pejuang kemerdekaan. Inikan pulak saman Timbalan Pengerusi SPR. Suka-suka je Mat Sabun ni suruh orang letak jawatan. Macam la dia perintah Malaysia.ptuii!


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan memohon maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad yang sebelum ini didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk “Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”. Ye le tu Mat Sabun ooii! Cerita Normah apa cerita pulak! Boboy nak bongkar tu!!
-

Ulama UMNO Kena Bayar Untuk Fitnah?


Adeeeh! Kenapa la fikir macam bingung ni! Kalau sehari tak kutuk UMNO tak boleh ke? Atau dah tak ada modal nak bercakap! Selepas satu satu ke deme ni. Teman dah naik hairan apakah jenis manusia dan parti yang mendakwa Islam tapi mengamalkan perbuatan hasad dengki yang mendalam.

Apa masalahnya kalau ulama-ulama atau ustaz-ustaz menyebelahi UMNO? Salah kah? Berdosakah kalau ulama-ulama atau ustaz-ustaz mengkritik Parti PAS kerana jelas dah terpesong? Kerana ulama dan ustaz ini mengkritik PAS, maka dituduh sebagai ulama dan ustaz upahan UMNO. Tapi bagaimana pulak ulama-ulama yang menyebelahi PAS yang mengkritik UMNO? Bukankah itu sebagai upahan jugak? Kalau ada otak jangan letak kat kepala lutut.pirahhh!!!


-

FITNAH!!!!!!!!!!!!!


Hah! Ala! Kalau dah tak dapat tu sudah la. Jangan nak salahkan orang lain pulak. Itu perangai puak-puak Pakatan Rakyat yang asyik menyalahkan orang lain. Isu  pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand enggan melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar. Akhirnya Kerajaan BN yang salah yang didakwa menghalang Pakar Forensik tersebut. Adeehh! Malu la!

Teman rasa Dr Pornthip ni pun tau, helah Pakatan Rakyat. Hanya jadi alat politik Pakatan Rakyat, bukannya nak cari kebenaran sangat pun. Tak gitu!

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa portal berita yang memetik pemimpin PKR itu mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra berhubung bedah siasat kedua itu.

Surendran mendakwa ekoran daripada komunikasi itu, kerajaan Thailand memutuskan supaya Pornthip tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam kejadian pada 23 Jan lepas, Sugumar yang dipercayai mengalami masalah mental, dilaporkan mengamuk lalu merosakkan harta benda awam dengan menggunakan palang besi.

Menurut laporan media sebelum ini, Sugumar bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota polis dan digari sebelum dia tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Bernama
-

BONGKAR : Imam PAS Tak Baca Alfatihah Ketika SolatJumaat



INGAT DOK LAGI,EXCO NEGERI TIDAK BACA AL FATIHAH SOLAT JUMAAT DAN BUAT SUJUD SAHWI.

PERSOALANNYA BOLEHKAH RUKUN DIGANTI DENGAN SUJUD SAHWI?
SUATU PERISTIWA YANG PELIK TETAPI BENAR, tetapi ia adalah realitI yang benar-benar berlaku di MAJSID KAMPUNG LINGAI, DUN BATU RAKIT. 

Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang datang mengambil alih tugas Imam asal bagi mengimamkan Solat Jumaat di Masjid Pecah Rotan pada 15 September 2000 TIDAK MEMBACA AL FATIHAH dalam solat berkenaan.

Bagi penduduk dan para makmun yang menunaikan Solat Jumaat pada hari tersebut di masjid berkenaan tentu tidak lupa perkara tersebut. Mungkin kerana keghairahan dengan kemenangan dan terlalu gembira MENDAPAT KUASA, Ahli Dewan Undangan Negeri merangkap Exco Kerajaan Negeri  TERTINGGAL perkara RUKUN dalam Solat.

Itulah disebabkan kurangnya rasa syukur ke hadrat Allah dan sikap yang berpura-pura dalam 
beragama mengundang malu kepada Adun tersebut dan penyokongnya yang membuta tuli. Penulis yakin makmum yang hadir bukannya bodoh sangat dalam bab sembahnyang dan penulis juga percaya sangat orang yang benar-benar dibelakang imam (Adun) adalah imam yang asal. Adakah imam tersebut tidak tahu cara-cara menegur 'imam' yang tersalah lantas membiarkan sahaja kebodohan Adun berkenaan. 

Adakah imam asal tidak mengetahui yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Ngaji biar habis...jangan sampai nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana Adun yang hipokrit dalam sembahyang, tak sah sembahnyang semua makmum.

Sedangkan Bacaan fatihah adalah bacaan rukun di dalam sembahyang, ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad:لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب Maksudnya: Tidak wujud sembahyang yang sah bagi mereka yang tidak membaca fatihah dalam sembahyangnya

Seorang Exco Kerajaan lain yang bertaraf ‘Ketua Ulamak parti berkenaan” dalam satu Persidangan Dewan Undangan Negeri cuba mempertahankan rakannya  dengan mengatakan Adun  itu (yakni rakan sejawatnya) membaca al-Fatihah secara perlahan dan tidak didengari oleh makmun.

Tetapi sokongan dan usaha mempertahankan puaknya itu membawa rebah kerana beliau  tidak mengetahui bahawa rakan Exconya itu membuat sujud sahwi di akhir solat Jumaat itu- yang membawa makna benarlah Exco Kerajaan yang bergelar Ustaz itu tidak membaca Al-Fatihah.

Sama ada dibolehkan atau tidak sujud sahwi bila meninggalkan rukun dalam Solat itu juga menjadi persoalan?

Ini kerana menurut jawapan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu tahun yang diterbitkan pada tahun 1988, berkaitan perkara ini berbunyi: Maka sesuatu fardu(rukun) yang tertinggal dengan lupa tidak boleh diganti dengan sujud sahwi atau dengan lainnya daripada perkara-perkara sunat sembahyang, bahkan hukumnya kiranya orang yang sembahyang itu teringat sebelum salamnya wajib ia mengerjakan yang tertinggal itu dengan serta merta kerana hakikatnya sembahyang tidak sempurna tanpanya.

Ini bermakna...Adun atau Exco Kerajaan Negeri benar-benar tidak membaca Al-Fatihah rukun solat- dan bila beliau menggantikan dengan sujud sahwi pun tidak betul kerana hukum menetapkan tidak boleh sesuatu yang rukun atau fardhu diganti dengan sujud sahwi, hendaklah dibaca semula apabila disedari tertinggal.

-

PANAS! Dr Asri Jadi Calon Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang


Wah! Hebat jugak Dr Asri ni. Bekas Mufti Perlis dicanang-canang nak jadi calon Pilihanraya Umum ke 13. Kerusi yang disebut-sebut adalah di Pulau Pinang. Teman dah mengagak kerusi mana yang diidamkan oleh Dr Asri ni. Sudah tentunya di Parlimen Permatang Pauh, tempat kelahiran Dr Asri ni sendiri atas tiket PKR. Sebab PAS tak terima Dr Asri, khabarnya. Adeehh!!! 

Sebelum ini Dr Asri didakwa pernah mengadakan rundingan dengan Anwar China Doll untuk mendapat kerusi DUN Penanti tapi mungkin soal jawatan yang akan dipegang oleh Dr Asri sekiranya menang masih lagi diperbincangkan. Difahamkan Dr Asri minta Kerusi TKM Pulau Pinang dan Anwar China Doll secara dasarnya bersetuju untuk meletakkan Dr Asri menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Mansor. Maklumlah, Mansor dah kena terajang ke kerusi Parlimen Nibong Tebal sebab nak kasi Mansor ni kalah teruk. Guan Eng pun dah bengang! kehkehkeh..

Nak tanya gak! Pengundi DUN Penanti boleh terima ke Dr Asri ni ke?...
-

HOT! Rafizi Jambu Kantoi Menipu


Apa la nak gelar pada si Rafizi Jambu ni. Kalau pembunuh, boleh jugak digelar pembunuh bersiri. Tapi pada Rafizi Jambu ni elok digelar "Pemfitnah Bersiri". Kan elok. Suka sangat nak fitnah-fitnah Kerajaan BN yang dia sendiri tak tau punca apa yang dia tabur fitnah tu! Janji boleh bagi puashati pada Bos dia la kot. Kasi ampu sana, kasi ampu sini. heee

Rafizi Jambu pun tak ada apa-apa bukti yang boleh mendakwa bahawa BN menggunakan duit rakyat dalam membawa PSY gangnam Style ke Malaysia. Cakap aje semua orang boleh der! Lain kali cakap pandang-pandang der! Memang Rafizi Jambu ni kaki FITNAH! ptuii!
-

Wajah-Wajah Sebenar Pemimpin Pakatan Rakyat, Bawah Umur Jangan Tengok!


Bila difikir-fikir, ada benarnya perkataan Pakatan Rakyat (PR) dengan PoRno. Tak gitu. Cuba singkap balik satu persatu kisah-kisah pemimpin-pemimpin PR ni. Bukan nak tuduh tapi dah ada segala bukti dan nyata. Cuma Nik Ajis aje yang cakap bukti besi tak boleh jadi saksi. Nak buat camna kan.kan..




-

VIDEO : "Hang Tak Boleh Geng Aku Kalau Tak Ada 'KNOWLEDGE'..."! Mahasiswa WAJIB Tonton Video Ini!!



Setiap anak muda akan menempuhi alam persekolahan hinggalah ke peringkat yang tertinggi mengikut rezeki masing-masing. Zaman persekolahan hinggala peringkat Universiti adalah untuk menunjukkan sejauh mana mereka mengorak langkah untuk membina masa depan yang baik.

Pada mereka yang berjaya ke peringkat universiti adalah dari golongan yang bernasib baik. Pada yang kurang bernasib baik janganlah putus asa kerana banyak lagi peluang dan saluran yang pihak Kerajaan sediakan untuk mereka berjaya dalam hidup.

Pada mahasiswa, ambillah contoh MatLutfi90 ini kerana anak muda seperti inilah yang tahu tentang harga diri dan bersyukur dengan apa yang beliau kecapi hari ini. Bukan dengan memberontak melakukan demo jalanan yang boleh membawa kejayaan tapi usaha itu yang penting akan membawa diri kita berjaya dunia dan akhirat.

Pada saudara MatLutfi90, GR ucapakan tahniah kerana berjaya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda. Sikap usaha tanpa putus asa anda dan bersyukurnya anda dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia harus dijadikan contoh pada adik-adik yang sedang menuntut dan yang bakal menuntut ke menara gading. Jangan sibuk nak FREE EDUCATION, tunjukkan bukti dalam pelajaran itu lebih penting.

-

Bubar Parlimen Apabila Semua Sedia


Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia...sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).

"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN...satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, Khamis.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".

Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, Perdana Menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah daripada segi penyelarasan dan personaliti.

"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.

Mengenai calon BN pada pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.

"Kita mesti melakukan verifikasi daripada segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya. BERNAMA
-

Kerajaan Selangor Tidak Hormat Sultan Mahu Bubar DUN Awal


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Feb ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai pembubaran DUN.

"Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran DUN) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

"Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini...," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan DUN lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik di sini hari ini.

Beliau berkata hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Noh turut mencabar Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat pada tahun 1997 yang mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan aktiviti liwat.

Beliau berkata Karpal ketika itu mengutuk kerajaan, badan penguatkuasa dan Peguam Negara kerana tidak menyiasat Anwar.

"Kalau dia tak berani, dia memang hipokrit dan ada motif tertentu dalam usaha menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Selepas Anwar kini berada dalam pakatan pembangkang, Karpal pula yang beriya-iya menjadi hero dan peguam bela kepada Anwar?... pasti ada udang di sebalik batu," katanya. - BERNAMA
-

PKR & DAP Bertelagah Rebut Kerusi Parlimen Gelang Patah


DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terus bertelagah tentang parti mana yang lebih layak meletakkan calon di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

PKR Johor yang bertanding di kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, berkeras mahukan calonnya terus bertanding di kerusi Parlimen itu, tetapi pendirian mereka dibantah oleh DAP.

DAP mahukan di bawah sistem giliran, parti itu diberikan peluang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, selepas giliran itu diberikan pada PKR pada dua edisi pilihan raya umum sebelum ini.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, keputusan akhir tentang parti mana yang berhak bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah akan ditentukan pucuk pimpinan pakatan pembangkang.

Ditanya tentang kenyataan pemimpin tertinggi DAP bahawa anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong akan diletakkan sebagai calon Parlimen Gelang Patah pada PRU-13, Dr Boo yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai enggan mengulas mengenainya. Bagaimanapun komennya menerusi laman Twitter baru-baru ini mengatakan Liewsebagai anggota pembuat dasar yang muda dan bertenaga perlu diberikan peluang untuk bertanding di Gelang Patah.

Pencalonan Liew sebagai calon DAP di Gelang Patah diumumkan Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai baru-baru ini.

Dr Boo berkata kerusi Parlimen Gelang Patah itu secara tradisinya adalah milik DAP, tetapi dilepaskan kepada Parti Rakyat Malaysia sebelum ia bergabung dengan PKR di bawah sistem penggiliran.

"Kita hanya melepaskan kerusi (Gelang Patah) itu pada 1995 kerana menghormati bekas Ketua Parti Rakyat Malaysia Johor dan bekas ketua PKR Johor (allahyarham) Abdul Razak Ahmad," katanya kepada Bernama Khamis.

Kerusi Parlimen Gelang Patah itu dikembalikan semula pada DAP pada pilihanraya umum 1999, bagaimanapun di bawah sistem penggiliran, PKR diberikan kepercayaan untuk menandinginya pada pilihan raya umum 2004 dan 2008. Pada pilihan raya umum 2008, calon BN Tan Ah Heng mengalahkan calon PKR, Dr Zaliha Mustafa dengan kelebihan 8,851 undi.

Parlimen Gelang Patah mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri, Skudai dan Nusajaya.

Sementara itu Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mengambil sikap berdiam diri ketika dihubungi tentang keputusan DAP untuk meletakkan Liew sebagai calon di Gelang Patah.

"Biarkan mereka (DAP). Mereka boleh bercakap apa sahaja, inikan negarademokrasi.

"Perkara itu (isu kerusi Parlimen Gelang Patah) akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan rakyat," katanya.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR negeri juga enggan memberi reaksi balas terhadap pengumuman DAP tentang pencalonan Liew itu.

Setakat ini katanya, pucuk pimpinan pakatan pembangkang masih belum membuat keputusan tentang parti mana yang berhak meletakkan calonnya di Parlimen Gelang Patah.-- BERNAMA
-

Kumpulan Mendarat Di Lahat Datu 'Pewaris Raja Sulu'


Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggalkan (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu. "Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik.

"Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. -- BERNAMA
-

Thursday 14 February 2013

Pakatan Rakyat Runtuh!



Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja.

Kerjasama sesama PKR, Pas dan Dap semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan.

Antara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing.

Ambil sahaja isu kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina Dap.

Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci ALLAH sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan.

Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR, seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT.

Anwar sokong Guan Eng dalam isu ini untuk menarik undi di Sabah dan Sarawak di mana terdapat ramai penganut Kristian daripada kalangan ethnik Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya.

Anwar rela berdepan dengan kemarahan umat Islam di Malaysia asalkan beliau mendapat apa yang diidamkan iaitu menjadi Perdana Menteri.

Sokongan pengundi Kristian dianggap kritikal baginya sekiranya beliau mahu menawan Putrajaya tapi malangnya strategi tersebut ‘backfire’ atau memakan diri sendiri.

Walaupun Pas pada mulanya terpaksa tunduk dengan desakan Anwar, Lim Kit Siang, Guan Eng dan Karpal untuk menyetujui pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah ALLAH namun ia berpusing 180 darjah tidak lama kemudian.

Ini kerana Pas melihat sokongan terhadap parti itu sudah mula luntur dan terjejas teruk berikutan majoriti ahlinya tidak bersetuju dengan dasar tersebut.

Isu siapa mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU13 juga semakin merenggangkan hubungan PKR, Pas serta Dap.

Karpal sebagai Pengerusi Kebangsaan Dap bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri walhal pada masa yang sama beliau mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang liwat.

Melihat kepada keadaan ini, sokongan lisan yang disuarakan oleh Karpal hanyalah satu taktik politik yang tidak mempunyai makna.

Ini kerana Dap mahu menunggang atas pengaruh Anwar untuk mendapat lebih kerusi parlimen atas undi penyokong PKR dan Pas.

Pas pula mahu presidennya Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan beberapa kali.

Malah terkini Majlis Syura Ulama parti itu dikatakan telah menolak Anwar sebagai calon jawatan itu atas alasan moral yang rendah serta sikapnya yang pro-Kristian.

Rundingan Pakatan Rakyat dengan Parti Maju Sabah (SAPP) juga sudah terbengkalai.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan pintu rundingan dengan SAPP sudah ditutup kerana sikap keras kepala dan individualistik Yong Teck Lee.

Anwar pula menyanggah kenyataan anak emasnya itu dengan mengatakan pintu rundingan sentiasa terbuka untuk meneruskan rundingan dengan SAPP.

Pada hakikatnya pembangkang menipu diri mereka sendiri dengan berfikir kedudukan mereka adalah kukuh untuk menjadi kerajaan pusat PRU13 nanti.

Hinggakan Timbalan Pengerusi Dap Perak A. Sivakumar dengan angkuhnya mensasarkan pembangkang mampu merangkul 40 kerusi DUN di negeri itu.

Mungkin Sivakumar masih di alam mimpi atau fantasi melampau kerana sejak kerajaan negeri beralih tangan kepada Barisan Nasional pada Mach 2009, banyak perubahan sudah berlaku.

Mungkin pada awal episod pergolakan politik Perak, ramai yang terkeliru lalu marah kepada BN.

Ini adalah hasil dakyah dan fitnah pembangkang yang tidak memberi penerangan yang sebenar mengapa Pakatan Rakyat tumbang di Perak setelah hanya sebelas bulan memerintah.

Di bawah pentadbiran BN, banyak perubahan telah dilakukan bukan sahaja dalam skop pembangunan dan kebajikan rakyat tetapi juga dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Jadi jika pembangkang berfikir mereka boleh menang sebanyak kerusi yang mereka katakan, eloklah sedar daripada mimpi itu dan melihat kepada realiti politik di Perak kini.

-

GEMPAR: Kuil Nik Aziz Dijumpai?


Adeehh! Biar betul der! Jumpa kuil ke pulak dah! Teman tengok deme ni dah anggap Nik Ajis macam nabi je dah. Risaunya teman bila jadi macam ni. Boleh jadi taksub hingga memuja berlebih-lebihan mengalahkan tuhan. Teman pun tak pandai sangat bab hukum hakam agama, tapi setau teman boleh jadi syirik macam ni. (mohon pencerahan)

Inilah bukti ketaksuban pengikut PAS hingga Nik Ajis dijadikan idola sampai rumah sendiri dah macam kuil. Gambar Hadi Awang tak ada pulak! Kesian...Kome sendiri-sendiri la fikir..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...