Thursday 17 January 2013

Inikah Yang Anda Mahu Berlaku di Malaysia, Nauzubillah


Ya Allah! Teman mengucap panjang. Nauzubillah. Simpang Malaikat 44. Teman tak tau nak kata apa dah! Speechless dan mengutuk sekeras sekeras sekeras sekeras sekeras sekeras-kerasnya perbuatan songsang ini. Bukan apa, teman risau akan terjadi pada anak bangsa kita khususnya kepada Umat Islam di Malaysia. Perkara songsang itu pun sudah pun berlaku tapi masih lagi tidak secara terbuka. Walaupun ada, tapi bukan melibatkan yang beragama Islam.

Ini kisah pasangan gay selebriti, Sir Elton John dan David Furnish, akhirnya mengesahkan yang mereka telah memperoleh anak lelaki yang kedua melalui ibu tumpang. Akhbar tabloid Britain The Sun melaporkan, dalam surat beranak anak lelaki mereka itu, David Furnish telah dinamakan sebagai ‘ibu’ manakala Elton John sebagai bapa. Apa ni? Ya Allah. Songsangnya hidup deme ni.

Apa yang menjadi kerisauan yang amat sangat, kebimbangan tentang penularan budaya songsang ini di Malaysia. Budaya-budaya ini menular melalui kaedah  asas kebebasan bersuara dan hak asasi manusia melalui NGO-NGO yang ditubuhkan macam cendawan tumbuh selepas hujan.  Penyerapan keahlian golongan ini ke dalam parti-parti politik pembangkang menjadi titik tolak asas perjuangan menuntut kebebasan bersuara dan kesamarataan. Malangnya masih ada umat Islam yang terpengaruh dengan agenda tersembunyi parti-parti politik ini dengan dibayangi slogan-slogan agenda perjuangan rakyat. Sedarlah wahai Umat Islam. jangan terpedaya tipu helah pembangkang jika anda tidak mahu budaya songsang ini berlaku di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...