Thursday 17 January 2013

TERKINI : Pakatan Rakyat Setuju Kristian Guna Kalimah Allah


Ini apa dah jadi? Sekejap setuju sekejap tak setuju, sekejap boleh, sekejap tak boleh, sekejap lulus, sekejap tak lulus. eh!eh! Buat orang pusing jadi pening. Isu Kalima Allah masih belum ada penghujungnya. Walaupun Majlis Syura PAS sudah membuat keputusan tidak membenarkan pengunaan Kalimah Allah kepada agama Kristian dalam Bible versi Bahasa Melayu, namun PKR lebih berkuasa menentukan segala-galanya.

Terbaru, Azmin Ali menbuat kenyataan yang dipetik dari Sinar Harian, pihaknya berpegang pada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. "Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah.

"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR,"

Wah! Hebatnya PKR boleh menentukan semua keputusan walaupun untuk PAS sekalipun. Begitu hinanya PAS ditunggang sebegitu rupa oleh PKR dan DAP. Islam dihina oleh pemimpin DAP, PAs hanya berdiam diri. Tiada apa-apa kuasa bila pemimpin-pemimpin PAS membisu seribu bahasa. Inikah perjuangan PAS untuk menegakkan Islam? Hampas! Apa kata ahli-ahli PAS. Setuju je ek!heeee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...