Sunday 13 January 2013

Najib Dipaksa Letak Jawatan?


Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan. (Malaysia Chronical)

Weh! Lawak la cerita Portal Malaysia Chronical ni. Kalau ada pertandingan portal terlawak atau Portal Maharaja Lawak, Portal Malaysia Chronical confirm jadi juara. Top gila! Macam-macam cerita lawak di Portal propaganda tu. Biasa la, dah tak ada modal, mula la reka cerita yang bukan-bukan nak menjatuhkan kredibilit dan imej Najib. Hanya berniat untuk melaga-laga Najib dengan Muhyiddin serta Tun Mahathir.

Pakatan Rakyat dah mula bimbang kejayaan dasar-dasar baru kerajaan BN yang dibawa oleh Perdana Menteri DS Najib Razak telah mendapat respon positif dari rakyat. Slogan 1 Malaysia telah menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia membuatkan Pakatan Rakyat menjadi sakit hati yang amat dasyat. Hinggakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tak tidur lena dan asyik mereka-reka fitnah untuk mengaburi kelemahan sendiri. Isu Kalimah Allah dan Amanat Haji Hadi menjadi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat yang rata-rata rakyat beragama Islam begitu marah yang amat sangat yang akan menyebabkan kehilangan sebahagian kerusi Pakatan Rakyat akan berpindah kepada BN. Akhirnya cita-cita menawan Putrajaya akan berkubur buat selama-lamanya. 

Pakatan Rakyat sudah membaca kerusi yang dimenangi setelah Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka tidak mencapai sasaran yang diharapkan. 1 juta tak sampai, hanya lingkungan 40,000 hingga 45,000 beruk-beruk yang hadir. Tak sampai 10 peratus pun daripada sasaran perhimpunan tersebut. Mula lah muka-muka mengelabah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan rangkaian media dan portal online untuk mengalihkan kegagalan agenda Pakatan Rakyat dan mencipta dan mereka fitnah yang bukan-bukan. Propaganda yang bodoh yang senang dibaca oleh sesiapa pun.

Rakyat akan menilai mana intan dan mana kaca...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...