Monday 14 January 2013

Anwar Ibrahim Mesti Bara Bila Baca Ni!


Sambil mengucapkan "terima kasih kepada pembangkang", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung secara aman, anjuran Pakatan Rakyat (PR), di Stadium Merdeka Sabtu lalu, menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dipetik Bernama, Najib berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.

"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini, hari ini.

Buat pertama kali satu perhimpunan anjuran pihak pembangkang diadakan di Stadium Merdeka. Penganjur menyasarkan penyertaan kira-kira sejuta orang. Ia dipercayai dihadiri sekitar 100,000 orang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali dengan kod #KL112 dibenarkan oleh polis dengan 27 syarat manakala pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan hadirin tidak melebihi 30,000 orang.

Ia yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang berakhir dengan pengisytiharan deklarasi 10 perkara. (Continue Reading Here)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...