Showing posts with label Kakitangan Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kakitangan Kerajaan. Show all posts

Friday, 1 March 2013

PM umum berita gembira kakitangan awam 11 Mac?

Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya, penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

"Ia menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang bersiaran semalam.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.

Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh.

Beliau yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara kerajaan.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

"Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya.

Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.

Katanya, tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. - Bernama
-

Wednesday, 27 February 2013

Graduan Kelas Pertama Diberi Keutamaan Berkhidmat Dalam Sektor Awam


Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya khidmatan Awam (SPA) Datuk R. Segarajah.

Beliau berkata lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau kerajaan negeri juga diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temuduga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi SPA bersama ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hilir Perak di sini, Selasa.

Sekiranya tidak mahu berkhidmat dalam sektor awam, mereka dibenarkan bekerja di sektor swasta melalui pengurusan Talent Corporation Malaysia Berhad, katanya.

Katanya, setakat ini seramai 100 lulusan cemerlang dari pusat pengajian tinggi luar negara ditawarkan untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Beliau berkata perkhidmatan sektor awam di negara ini tidak banyak kekosongan kerana umur pesaraan telah dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun dan ini sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang bersara.

"Berikutan itu, mereka yang ingin bekerja di sektor awam hanya untuk jawatan baharu yang ditawarkan sahaja bukannya untuk mengisi kekosongan penjawat awam yang telah bersara," katanya. BERNAMA
-

Saturday, 23 February 2013

(VIDEO EKSKLUSIF) Perdana Menteri Umum Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam....



Tahniah admin ucapkan kepada sebahagian besar kakitangan awam yang akan menerima berita gembira daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak berapa lama lagi.

Sungguhpun begitu, ternyata Pakatan Rakyat adalah satu entiti yang perlu diberikan lebih perhatian kerana mereka dilihat lebih pro aktif berhubung isu- isu seperti ini.

Bagi memenuhi hajat dan keperluan rakyat, Pakatan Rakyat amat berbesar hati untuk meniru serba serbi dari Singapura dan sanggup untuk menetapkan gaji minima sehingga RM 4,000 untuk setiap individu bekerja di negara ini.

Bagi yang masih sangsi akan keadaan yang bakal menimpa kita sekiranya itu terjadi, admin hidangkan pembaca dengan klip di bawah untuk memudahkan kita membuat penilaian.


Dengan keadaan sebegini, apakah mungkin mimpi yang disajikan disiang hari seperti menurunkan harga kereta dapat dicapai? Malahan pada pandangan admin, sekiranya ianya benar terjadi maka taraf hidup semua kita akan semakin menurun.

Baca lagi DISINI
-

Wednesday, 20 February 2013

Skim Lebih Baik Bagi Penjawat Awam Sebelum Pencen


Kerajaan bercadang menetapkan had persaraan minimum pada Gred 54 untuk pegawai perkhidmatan awam berprestasi tinggi bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.   


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, cadangan tersebut masih diperingkat kajian dan beberapa perkara seperti implikasi kewangan, tahap kecemerlangan pegawai terlibat dan skim gaji perlu diteliti terlebih dahulu.

"Kita sedang melihat cadangan ini yang mana ia membabitkan implikasi kewangan besar. Tujuannya ialah supaya penjawat awam akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada negara.

"Kecemerlangan pegawai terbabit mesti menepati piawaian dan berkemungkinan persaraan sebegini akan dilaksanakan mengikut skim demi skim. Kita sasarkan cadangan ini dapat dilaksanakan pada akhir tahun ini selepas kajian mengenainya selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penjawat awam negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ali menggesa pembangkang supaya membuat penilaian secara adil terhadap profesionalisme penjawat awam selaku pelaksana dasar kerajaan.

Beliau berkata, tindakan pembangkang yang sering menghentam penjawat awam setiap kali wujudnya salah laku membabitkan kerajaan adalah tidak wajar.

"Kita tidak boleh terus pergi kepada kesimpulan mudah dan terus membuat kenyataan umum yang mana membabitkan semua penjawat awam. Ini adalah tidak wajar dan saya fikir ia tidak perlu.

"Membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara adalah kerja mudah. Kita perlukan bukti jika ada dakwaan salah laku seperti rasuah dan sebagainya...sebab itu kita ada badan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali menasihati penjawat awam supaya lebih sensitif kepada persekitaran dan cabaran baharu terutama melibatkan pelanggan yang mementingkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan diberikan.

Beliau berkata, penjawat awam kini tidak boleh mengekalkan corak pengurusan kerja dan perkhidmatan yang diamalkan sejak sekian lama kerana rakyat sudah bijak untuk menilai perkhidmatan yang diberikan.

"Rakyat kini sedar akan hak mereka untuk mendapat layanan yang lebih adil dan munasabah daripada agensi-agensi kerajaan. Oleh itu, adalah penting setiap janji yang ditetapkan oleh agensi dan jabatan ditunaikan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai," katanya.

Ali turut memuji sesetengah agensi kerajaan yang telah mula mengorak langkah melakukan penambahbaikan dan merekayasa dalam perkhidmatan masing-masing yang dilihat membantu dalam meningkatkan kedudukan daya saing negara di mata dunia. - Bernama
-

Sunday, 10 February 2013

BONGKAR! Pegawai Kerajaan Belot


Terang dan nyata. PAS sudah ketandusan modal untuk berkempen. Macam hampas aje. PAS jugak dah ketandusan pemimpin yang boleh menarik sokongan rakyat. Jalan terakhir, digunakan pulak bekas-bekas pegawai kerajaan bagi menabur fitnah dan menghasut rakyat.

Bekas-bekas pegawai kerajaan ini sebenar kecewa dengan kerajaan BN. Memang betul! Sebab deme ni kecewa kerana tak diberikan projek dan jawatan dalam GLC selepas deme ni pencen. Dijadikan cerita, bekas-bekas pegawai kerajaan ini mulalah masuk parti pembangkang dan jaja fitnah kata kerajaan BN penipu dan seleweng. Pencen Kerajaan BN ambik jugak bagi anak bini makan. Tak malu ke?

Tapi yang menghairankan, mengapa semasa dalam kerajaan tidak dilaporkan kepada SPRM. Kenapa diam aje. Setahu teman, deme ni la yang kuat makan rasuahnya sebab berjawatan tinggi dalam kerajaan. Tak gitu?
-

Kajian Elaun Penjawat Awam Disegerakan



Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup disambut baik oleh Cuepacs. Teman yakin ini adalah satu berita gembira bagi penjawat awam. Kesemua elaun-elaun tersebut hampir 80 jenis sudah lama tidak dikaji dan dibuat semakan semula.

Teman yakin kerajaan telah mengambil segala usaha untuk memastikan semua kadar elaun adalah relevan dengan keperluan masa kini. Mungkin ada berita baik akan diumumkan dimasa terdekat. Cuma teman nak berpesan supaya penjawat awam mengekalkan dan menambahkan produktiviti dari masa ke semasa.

Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dilihat bertepatan dengan masa sekarang, kata Cuepacs.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beberapa perkara berkaitan penjawat awam perlu disemak termasuklah skim gaji baru, peluang kenaikan pangkat dan gelaran nama jawatan.

Katanya, “kesemua elaun itu sudah lama tidak dibuat semakan dan tidak begitu relevan diguna pakai sehingga kini terutama sekali skim gaji baru, skim kenaikan pangkat dan insentif-insentif lain perlu dibuat semakan secara menyeluruh dan segera."

"Lagipun sudah terlalu lama elaun penjawat awam tidak disemak," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjawat awam bakal menerima berita gembira daripada kerajaan tidak lama lagi.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa turut mengumumkan  lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan.

Dalam masa sama, Omar turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh kerajaan kerana pengumuman yang dibuat itu memang dinantikan oleh semua penjawat awam yang telah lama mengharapkan perkara itu berlaku.

Menurutnya, semakan semula secara menyeluruh terhadap elaun perlu dibuat secepat mungkin bagi memastikan hak penjawat awam diterima secara sama rata.

Beliau juga berkata, elaun-elaun insentif ini perlu dibuat semakan secara komprenhensif.

"Sudah lama penjawat awam ini menunggu penambahbaikkan elaun-elaun mereka.

"Memang sudah sampai masa kerajaan membela hak penjawat awam ini, dan saya yakin kerajaan telah pun mengkajinya dan perlu disegerakan," katanya. (Sinar)
-

Saturday, 9 February 2013

80 Jenis Elaun Kakitangan Awam Dikaji Semula



Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini.
Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Katanya, penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, katanya, satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.
"Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," katanya.
Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat. - Bernama
-

Monday, 14 January 2013

Kenaikan Elaun Lebih Masa Kakitangan Uniform


Lagi minta kenaikan kadar elaun oleh CUEPACS. Teman rasa ini dah kali berapa, teman pun dah tak ingat. CUEPACS nak minta Kerajaan mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa. Pada teman adalah satu langkah yang baik jika kenaikan elaun selaras dengan produktiviti kakitangan badan uniform. Biarlah berpada dengan kerja dan elaun yang diberikan.

KUALA KANGSAR – Kerajaan perlu mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, elaun berkenaan dilihat tidak setimpal dengan bidang tugas kakitangan badan beruniform di negara ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan memerlukan mereka bekerja di luar waktu kerja.

Malah menurutnya, pelaksanaan kerja lebih masa ini juga perlu disusun semula demi tujuan penyelarasan cuti bagi semua kakitangan badan beruniform

“Elaun kerja lebih masa yang dihadkan sebanyak RM30 dilihat telah lari daripada dasar buruh antarabangsa berikutan kakitangan badan berunfirorm ini tergolong dalam kumpulan Gred 1 hingga 40. Jadi mereke memang layak untuk bekerja lebih masa tanpa had; bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan badan beruniform ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang. Perlu diambil kira dari segi kebajikan, keselamatan, beban tugas serta risiko bahaya yang bakal mereka hadapi ketika bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerajaan telah membentuk satu suruhanjaya mengkaji penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam. Laporannya dijangka diumumkan awal tahun ini.

Omar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Kangsar di Stesen Timbang JPJ di sini.

Sementara itu, Omar mencadangkan agar stesen timbang JPJ berkenaan dinaik taraf dengan menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Katanya, selain memberi kemudahan kepada penduduk sekitar, ia juga bakal menjadikan stesen berkenaan lebih komprehensif.

“Kita cadangkan agar cawangan JPJ di sini dinaikkan taraf sebagai cawangan penambahan bagi tujuan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan.

“Kita juga difahamkan pada hari ini, orang ramai terpaksa datang ke Ipoh atau Gerik bagi berurusan mengenai perkara berkenaan,” katanya lagi. (Sinar Harian)
-

Monday, 7 January 2013

Jangan cabar saya tetapi Nizar tak nak ambil nasihat


Kakitangan kerajaan yang membocorkan rahsia kerajaan harus diambil tindakan. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Cari dalang-dalang disebalik kebocoran maklumat ini. Memang tak ada intergriti langsung. Amanah yang diberikan kepada kakitangan kerajaan ini boleh dianggap mengancam keselamatan negara. 

Tidak hairanlah perkara pembocoran maklumat oleh kakitangan kerajaan ini telah diberi perhatian serius oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir“Bagi saya ia merupakan satu perkara serius, ini bukan kerana soal `wisel blower’ ataupun kerajaan BN takut, ia adalah kerana prinsip berkerajaan sama ada kerajaan BN mahupun kerajaan bukan BN.

“Seperti di negeri-negeri lain dari segi amalan berkerajaan perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, sebab itu wujudnya Ordinan rahsia atau Akta Rahsia Rasmi yang harus dipatuhi..kalau tidak habislah negara.

Pada pandangan teman,kakitangan kerajaan ini seharusnya merasa malu dengan diri, keluarga dan masyarakat serta hukum Allah S.W.T. Kerana wang ringgit dan ketaksuban,sanggup menjual maruah diri dan keluarga. Kakitangan yang sebegini harus didedahkan supaya masyarakat dapat melihat siapakah mereka ini. Biar dia malu. mana nak sorok muka. Kan bagus! Baru padan muka.
-

HOT:Pegawai Kerajaan Pecah Amanah Kerana Taksub Pada Amanat Hj Hadi

Kalau nak dikata parasit, rasanya sesuai la jugak. Kalau nak katakan pacat, ish..hisap darah le pulak, Dah macam drakula pun ada. Terpulang pada kome nak gelarkan apa pada kakitangan kerajaan yang macam ni. Pada teman, deme ni bagai duri dalam daging. Gaji disapu tapi kerja tak mau. Tak bersyukur kepada orang yang memberi anak bini deme makan, dikutuk dan dihina dah menjadi kebiasaan. Apa jenis manusia yang nak digelar ni.

Memang sering kita dengar kakitangan kerajaan menyokong secara terbuka ataupun secara tertutup kepada parti pembangkang. Itu tidak boleh dinafikan. Keterbukaan dan hak masing-masing untuk menyokong dan mengundi mana-mana parti dalam pilihanraya tidak pernah dinafikan dalam sistem demokrasi negara. Akan tetapi apabila telah menjadi kakitangan kerajaan, harus diingat dasar-dasar kerajaan harus dilaksanakan kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah. Kerja itu sebagai ibadah. 

Teman tak nak pertikaian sangat tentang ketaatan kakitangan kerajaan kepada kerajaan yang memerintah, cuma tugas dan amanah yang dipikul itu harus dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. Mana mungkin sekiranya dasar-dasar kerajaan sampai kepada rakyat sekiranya kakitangan kerajaan yang berpaksikan sokongan kepada pembangkang menyekat segala kemudahan dan bantuan kepada rakyat. Akhirnya, kerajaan jugak lah yang akan menerima tempias yang dituduh melakukan penyelewengan. Sedangkan kakitangan kerajaan yang telah diberi amanah ini sengaja mengsabotaj dasar-dasar kerajaan demi menjaga kepentingan parti yang disokong.

Agenda jahat ini telah diserapkan kepada kakitangan kerajaan ini supaya mudah pembangkang menyerang dan mendakwa sebagai "penyelewengan parti pemerintah". Cerdik tak? Yang lebih menyedihkan, dokumen-dokumen kerajaan yang dikategorikan sebagai sulit dan rahsia dengan mudah berada ditangan pembangkang akibat ketaksuban kakitangan kerajaan ini kepada pembangkang. Teman anggap kakitangan kerajaan sebegini tidak amanah dan akan dicela Allah S.W.T.

Blogger Anak Jati Malaya ada cerita kakitangan kerajaan tersebut DISINI.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...