Tuesday 15 January 2013

PAS Lacurkan Islam, DAP Kristiankan Islam. Kome Mahu?


Isu Kalimah Allah telah menjadi polemik yang besar. Sejak berbangkitnya isu ini atas desakan Guan Eng menuntut penggunaan Kalimah Allah untuk Bible versi Bahasa Melayu, berbagai-bagai komen balas positif dan negatif yang timbul. Pada awalnya PAS telah menerima dan bersetuju untuk penggunaan Kalimah Allah digunapakai oleh agama Kristian, tapi kemudian ditarik balik oleh Majlis Syura PAS yang masih jadi tanda tanya.

Teman terpanggil untuk memetik sedutan kenyataan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya mengenai isu Kalimah Allah yang dituntut oleh Guan Eng dan DAP. Ujar UFB di Sinar Harian, DAP yang memperjuangkan demokrasi, seharusnya melihat majoriti umat Islam dan menghormati sensitiviti sebelum mendesak kerajaan membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.


DAP juga perlu merujuk kembali berkaitan hal ehwal agama yang dikuasai Raja-raja Melayu terutama Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakannya yang membentangkan cadangan dan pendapat itu sama ada kepada Majlis Raja-raja atau Yang di-Pertuan Agong seolah-olah tidak menghormati dan membelakangkan ketua agama.

“Mereka tidak hormat institusi raja dan meletakkan keputusan dan melakukan gesaan serta desakan ke atas umat Islam dalam negara ini,”

Kebimbangan UFB mengenai pengaruh pluralisme akan meresap dalam masyarakat seterusnya konsep kesamarataan akan menjadi amalan songsang hingga ke isu-isu kesamarataan agama. Jika berlaku, anggapan semua agama adalah sama akan menjadi budaya sesat dan menyongsangkan khususnya bagi umat Islam..Fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...