Saturday 19 January 2013

Kalimah ALLAH: Hasan Ali bidas Azmin Ali


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali membidas sikap angkuh dan biadab Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu kalimah ALLAH.
Hasan berkata, sikap Azmin menyanggah keputusan Majlis Syura menggambarkan kejahilan beliau Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai isu itu.

"Bagi saya, beliau gagal memahami perasaan, cita rasa, hati kecil serta komitmen ahli dan penyokong Pas yang sentiasa memperjuangkan kesucian Islam.
"Mereka juga patuh kepada keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan Majlis Syura," kata Hasan dalam kenyataan semalam.
Baru-baru ini media melaporkan Majlis Syura Pas memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam, namun kelmarin Azmin dilaporkan mengeluarkan kenyataan sebaliknya yang didakwa mewakili keputusan semua pimpinan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, Hasan mengajak semua pihak merenung beberapa perkara antaranya kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Pas yang sebulat suara menolak penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu serta bagaimana status dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah ALLAH digunakan.
"Isu ini besar serta mempunyai implikasi mendalam terhadap masyarakat Islam, jadi saya minta Pas dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian muktamad terhadap isu yang masih tergantung ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...