Saturday 16 March 2013

UPDATED: VIDEO Op Daulat di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu

Video ini menunjukkan beberapa aktiviti ketenteraan di Kampung Tanjung Batu dan keadaan semasa di sekitar kampung tersebu termasuk kisah 2 beradik berkurung 12 hari dan bersembunyi daripada Pengganas Sulu.

Terdapat beberapa kelongsong peluru dan beberapa kerosakan kenderaan awam dan rumah di sekitar..Ikuti video ini..

KLIK SINI
-

BONGKAR! Rancangan Pengganas Sulu Dengan Dalang Kucar Kacirkan Negara Selepas Parlimen Bubar Didedah


Hari rancangan Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo semakin terdedah satu persatu.  

Menurut akhbar Utusan , kumpulan  dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.
Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Akhirnya persoalannya mengapa sekarang baru pengganas Sulu mahu masuk ke Sabah telah terjawab dan ini berkait rapat dengan PRU 13 .sebaik saja  Najib membubarkan Parlimen .

Kalau ia berkait rapat dengan dengan Parlimen  bubar , adakah ini sandiwara dirancang  kerajaan seperti mana dituduh Tian Chua ?  Kerajaan tak untung pun jika negara berlaku huru-hara dan kucar kacir ketika PRU 13

Yang untung adalah pembangkang supaya boleh meraih sokongan dengan menabur kebencian rakyat kepada rakyat . Jadi , tuduhan media & perisikan Filipina mendakwa pembabitan pihak Pembangkang di Malaysia dalam isu pencerobohan ini terbukti ada asas  .

Dakwaan Wisma Putra semalam ada  pihak ketiga a.k.a Dalang disebalik pencerobohan ini memang saha dan mereka mahu negara ini kucar kacir di waktu menjelang PRU   dengan mengunakan pencerobohan pengganas Sulu.

-

GAMBAR (5) : Senjata Pengganas Sulu, Siapa Penaja dan Pemberi Dana?

Menjadi tanda tanya, siapakah yang menaja Pengganas Sulu ini? Jika diperhatikan senjata-senjata yang dirampas dan dikutip oleh anggota keselamatan menunjukkan bukan calang-calang harganya hingga ada mencecah ratus ribu ringgit sebuah. Menurut laporan, Jamalul Kiram III bukan jenis yang berduit. Dia seorang boleh dikategorikan sebagai papa kedana. Musykil!!!!..
Persoalan? Siapakah penaja? Siapa pemberi sumber dana? Adakah dalang yang disebut-sebut dalam krisis Lahad Datu sebagai penyumbang dana? Mungkin sedikit masa lagi ada jawapannya. Rakyat sedang menunggu laporan risikan Kerajaan Filipina tentang dalang tersebut. Kita nantikan..

 

-

ADEEH! Anwar Nafi Tapi Gambar Macam Dia Je! Macamana ek?



Adeeh! Macam serupa! Tak mengaku! Mungkin silap orang la kot! Wajah dalam video ni mirip-mirip je. Perutnya buncit sikit dan punggungnya tak berisi pun! Bukan dia..mesti bukan..Sebab apa? Sebab dia dah nafi, jadi bukan la. Adusss! Senang je! Kome nilaikan lah..Orang yang buat aksi ngeri dan geli dalam video ni pun UMNO yang salah. Sandiwara je tu!heee...

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau lelaki di dalam gambar yang disiarkan beberapa blog awal minggu ini, kononnya diambil dari sebuah video seks.

"Saya sudah katakannya (saya menafikannya).

"Ini adalah gimik politik jijik yang dilakukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Kelab Anwar Ibrahim di Hotel One World pada Sabtu.

Anwar menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memburuk-burukkan beliau bagi tujuan politik.

Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata beliau akan membiarkan peguamnya untuk memutuskan mengenai perkara itu.

"saya tidak tahu lagi. Saya akan biar peguam saya menguruskannya," kata Anwar.
-

GEMPAR! Facebooker PR Dakwa Kuala Lumpur Akan Bergolak Pula!


Apakah jenis rakyat yang tidak bertanggungjawab ini? Tindakan dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat amat mengecewakan teman. Apakah tindakan yang boleh diambil? Tulisan dan posting yang berniat jahat ini akan menjadikan negara huru hara akibat tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. 

King Jason ini adalah facebooker tegar Pro Pakatan Rakyat yang dikenali yang kerap membuat posting-posting menghasut. Teman rasa Polis Diraja Malaysia harus menyiasat satu dakwaan daripada facebooker ini kerana ada unsur-unsur hasutan. Tujuan yang tidak baik dan cubaan mencipta isu yang menakut-nakutkan rakyat. Dia mengatakan bahawa akan berlakunya sesuatu keganasan sebelum atau selepas PRU13 ini yang melibatkan senjata. 

Credit To Facebooker
-

BREAKING NEWS : Bekas Peguam Akan Dedah Dokumen Sulit Anwar


Bekas pembantu kepada pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Yuktes Vijay, 25, mengesahkan beliau memiliki beberapa dokumen penting berkaitan kes tersebut.

Malah, peguam itu sekali lagi mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana banyak mendedahkan ‘cerita dalaman’ mengenai kes liwat menerusi dua pucuk surat tersebut bagi membolehkan dokumen berkenaan didedahkan di mahkamah.

Jelas Yuktes, tindakannya membuat pendedahan menerusi dua pucuk surat itu disebabkan tidak boleh lagi menerima permainan politik Anwar demi memastikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

“Saya mengakui ada menyimpan beberapa dokumen penting berkait kes liwat itu dan sebagai pihak yang terlibat dalam pasukan peguambela Anwar, saya lebih tahu cerita sebenar. Tetapi apabila mereka mula membawa bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim ini, sudah melampau.

“Inilah bapa yang sebelum ini merayu supaya kes Mohd. Saiful dibawa ke Mahkamah Rayuan, tetapi kini mendakwanya sebagai konspirasi. Memang saya menyokong Anwar, tetapi bukan begini politik yang saya ingin saksikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Yuktes yang juga pembantu kepada peguam Sankara Nair dalam kes liwat itu bertindak menghantar dua pucuk surat kepada beberapa portal berita propembangkang dan mendedahkan beberapa ‘cerita dalaman’ yang sebelum ini dirahsiakan.

Menerusi surat itu, Yuktes mendakwa, Anwar tidak ada keberanian memberi keterangan di mahkamah, sebaliknya memilih tidak memberi keterangan secara bersumpah walaupun sepanjang masa mendakwa tidak diberi perbicaraan adil.

Selain itu, Yuktes turut mempersoal mengapa Mohd. Saiful Bukhari diberikan layanan cukup istimewa seperti bilik sendiri dan mengikuti Anwar ke luar negara sedangkan beliau hanyalah kakitangan baharu.

Dalam pada itu, adakah bersedia dituduh dibeli oleh UMNO ekoran pendedahan itu, Yuktes berkata, pihak yang berfikiran sedemikian diminta membuat kenyataan terbuka.

“Saya minta mereka membuat kenyataan secara terbuka supaya mudah diambil tindakan undang-undang. Bukan semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit sebaliknya kesedaran ini timbul akibat perbuatan Anwar sendiri,” tegasnya. (UTUSAN)
-

PANAS! Azmin Ali Cari Aiskrim Lagi Dalam Jamban! Adeeh!!


Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan Polis dalam masa terdekat adalah merupakan  satu sandiwara terbaru pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara dan mengalih perhatian umum dari isu sebenar yang mengancam negara ketika ini.

Seperti biasa ‘golden boy’ Anwar ini akan cuba merancang dan mencanangkan kononnya Anwar akan diberkas atas peristiwa berdarah Lahad Datu. Jika diamati ia sebenarnya hanyalah sandiwara murahan semata-mata, kerana ianya merupakan usaha terakhir Pakatan untuk memanipulasikan isu di Sabah demi kepentingan politik mereka.

Penulis menggesa pihak berkuasa Filipina segera melakukan siasatan termasuk mengemukakan sapina terhadap Anwar untuk proses soal siasat berhubung dakwaan agensi berita antarabangsa dan media-media negara tersebut yang jelas mendakwa penglibatan Anwar sebagai dalan.

Anwar dan pengikutnya perlu berdepan dengan hukuman yang sewajarnya sekiranya benar-benar terbukti melakukan kesalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa itu. Isu ini sebenarnya memakan tuannya sendiri iaitu Anwar dan kini menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) mereka berada dalam keadaan yang amat terdesak dan tersepit. Ibarat anjing yang tersepit, mereka kini menyalak sekuat hati untuk melepaskan diri.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, taktik Azmin Ali yang membuat kenyataan kononnya  Anwar Ibrahim akan ditahan dalam masa terdekat, bukan sesuatu yang baharu dan mengejutkan kata Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor

Malah bekas pemegang diari merah Anwar itu menyifatkan, tindakan seperti itu merupakan sesuatu yang biasa dilakukan Anwar serta konco-konconya bagi menarik simpati rakyat dengan menggambarkan diri mereka sebagai mangsa kezaliman.

“Ini memang taktik Anwar sejak dulu. Sebagai bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, saya dididik bagaimana untuk mendapat simpati orang ramai kerana menurut Anwar, orang Melayu mengundi berdasarkan emosi. Disebabkan itu, emosi mereka perlu dimainkan.

“Kini tiada isu yang mampu menarik simpati orang ramai kepada Anwar, jadi perkara ini ditimbulkan. Dikatakan beliau sebagai mangsa fitnah, tetapi siapa yang setiap malam memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melalui siri-siri ceramah?

“Bagi yang tidak tahu, inilah sikap hipokrit Anwar yang sukar ditandingi sesiapa pun,” kata Ezam.

Penulis berpendapat dengan pengumuman seperti ini, Azmin dan Anwar khususnya berharap akan mencetuskan kebencian, demonstrasi dan rusuhan di kalangan penyokong mereka maka Anwar akan merasakan dirinya terselamat  sekaligus diangkat sebagai  ‘hero’  di kacamata penyokong mereka.

Melalui rusuhan ini juga, maka tertutup segala fakta mengenai penglibatannya dalam pencerobohan di Lahad Datu ini.Taktik ‘pre-empting the public’, yang sering digunakan untuk meloloskan dirinya dari isu kritikal sebelum ini cuba digunakan dalam isu Lahad Datu.

Suara Generasi Baru
-

HOT NEWS : Fuziah Salleh Kena Tipu Dengan Anwar! Adeeh!!


Benarlah dakwaan yang dikatakan sebelum ini, kebanyakan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah merupakan satu strategi untuk menipu rakyat, kononnya perjuangan mereka bukan agenda politik. Terbaru, wakil NGO yang dikenali sebagai ‘Himpunan Hijau’ dilaporkan akan diberikan satu kerusi untuk bertanding di di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck yang sebelum ini pernah membuat kenyataan untuk membakar Lynas sekiranya masih bertegas untuk meneruskan operasi, terus menyatakan pendirian untuk bersetuju dengan Anwar. Ia ekoran dari laporan yang mengatakan dia akan diberikan untuk kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar sebelum ini mengeluarkan kenyataan, Lynas yang ditempatkan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan akan dibiarkan untuk terus beroperasi sekiranya terbukti ia selamat dari sebarang pencemaran radiasi.

Begitulah mudahnya pemimpin ‘musang berbulu ayam’ ini ‘korner baring’ sedangkan sebelum ini mereka juga yang menghasut rakyat khususnya di Pahang untuk menyerang kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional.

Mungkin merasakan seperti diperbodohkan oleh ketuanya, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bertindak pantas mengeluarkan kenyataan balas yang mendakwa Pakatan Rakyat akan TETAP menutup kilang Lynas sebaik saja pembangkang membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU13.

Fuziah yang juga merupakan Naib Presiden PKR itu turut menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia. Malah, katanya jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng.

Walaupun ada dikalangan pimpinan PKR negeri Pahang, yang merasakan tindakan Fuziah ini adalah merupakan satu tindakan yang biadap kerana mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan pendirian Anwar. Namun menurut satu sumber yang rapat dengan Fuziah mengatakan, kenyataan itu terpaksa dilakukan demi menjaga survival politiknya di Kuantan.

Masakan tidak, sekiranya dia bersetuju dengan Anwar, para pengikutnya akan merasakan semua usaha yang dilakukan oleh Fuziah sebelum ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar menutup loji penapisan tersebut sebagai satu sandiwara.

Ia secara tidak langsung akan menyebabkan dirinya berdepan dengan risiko besar ditolak pengundi Kuantan pada PRU13 dan sekaligus menamatkan kariernya sebagai seorang wakil rakyat yang gah dengan gelaran Yang Berhormat.

Namun Fuziah boleh menarik sedikit nafas lega, apabila Ahli Jawatankuasa Himpunan Hijau, Clement Chin juga menyuarakan pendirian yang selari dengannya. Clement mengatakan kecewa dengan kenyataan dan pendirian Anwar yang jelas bertentangan dengan pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Anwar sebelum ini bersama dengan kita menentang Lynas dan dalam manifesto pembangkang juga menyebut akan menutup kilang itu jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

“Begitu juga dengan Wong Tuck, tetapi kini dia sama dengan Anwar yang bersedia menyokong kilang itu pula. Ini yang saya takut, sekejap tidak sokong, sekejap sokong,” katanya.

Ketua Umum PKR itu semasa berucap di himpunan hijau tahun lalu bertegas dan memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut apabila berkuasa kelak.

Kesimpulannya, semakin hari semakin ramai yang dapat melihat dengan jelas tembelang dan sandiwara sebenar pemimpin Anugerah Tuhan itu. Semoga semakin ramai lagi sedar dan terbuka mata dan hati untuk menilai semula makluk sesumpah yang bernama Anwar Ibrahim.

Suara Generasi Baru
-

PANAS! Otak Fuziah Kena Radiasi Lynas


SEJAK Anwar tukar pendirian dalam isu Lynas ini, orang Pakatan cukup kelam kabut mencari apa alasan sesuai nak digunakan untuk menjawab dengan rakyat.

Maklumlah, yang berjalan dari Kuantan ke KL, yang mogok lapar, ikan kepala dua dan semua benda-benda bodoh lain dah dibuat dah demi nak menegakkan pendapat bahawa Lynas ini kilang merbahaya.

Alih-alih Anwar tukar lidah.

Harap pada Pengerusi Himpunan Hijau pun tak berguna juga sebab dia terlalu teruja dicalonkan DAP di Bentong sehingga dia pun turut sama bersetuju dengan Anwar – buat U-Turn yang besar, walhal dulu dia juga jaguh nak Lynas ini ditutup.

Jadi nak tak nak, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh terpaksa tampil dengan kenyataan yang sangat kedengaran ganjil ditelinga semua orang - Pakatan akan tetap tutup Lynas kalau berjaya merampas Putrajaya dari BN.

Dari orang pening dengan flip flop Anwar, dah tambah pening dengan statement Fuziah pulak. Ini mana satu betul, mana satu nak percaya?

Kalau ikut hieraki, sudah tentulah percaya cakap Anwar pasal dia tuan punya PKR dan Pakatan, banding dengan Fuziah yang hanya bertaraf ahli Parlimen cabuk.  Tapi alasan Fuziah kukuh juga, dia kata dalam Manifesto sudah tulis!!

Tapi balik pada persoalan asas, kenapa Anwar tukar fikiran pulak kalau hujah Fuziah boeh diguna pakai? Itu yang pelik tu. Satu parti tapi cakap lain-lain.  Dalam masa yang sama cakap Fuziah tu tak boleh ditolak juga sebab dia Ahli Parlimen Kuantan, walaupun duduk di Bangi.

Sebetulnya tak pelik pun. Saja penulis bangkit semua persoalan itu untuk rakyat berfikir Pakatan haram ini ada wibawa atau tidak.  Pakatan itu tak berdaftar, siapa pun boleh dakwa dia bercakap bagi pihak Pakatan, tak siapa boleh saman.

Toksah sebut DAP dan PAS lagilah, sama-sama dalam PKR pun huru hara juga.

Ini belum jadi kerajaan, kalau dah jadi kerajaan tak tahulah. Nasib baik persekitaran sekarang semuanya pro BN, jadi taklah pening kepala rakyat nak pangkah mana satu dalam pilihanraya nanti.

Undilah BN.  Penulis bukan nak kempen, tapi undilah BN.

Suara Generasi Baru
-

UPDATED 4.00 PM : Pihak Berkuasa Ekstradisi Azzimudie


Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.

"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.

"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini Sabtu.

Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar bersama di Kota Kinabalu semalam, berkata Azzimudie dipercayai telah melarikan diri ke Filipina. - BERNAMA
-

EDISI KANTOI : Jacel Kiram Tersilap Cakap! Adeh! Bodoh Rupanya!


Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook hari ini telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Pendedahan itu dibuat oleh anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram hari ini.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'pajakan kekal' tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British.

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook hari ini.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.
-

BREAKING NEWS 2.00 PM : Seorang Lagi Pengganas Sulu Ditahan


Pasukan Keselamatan menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek yang ditahan pada pukul 6.30 pagi itu akan disiasat mengikut Seksyen 13 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

-

GEMPAR! Harakah Buang Berita Anwar Bercumbu Dengan Lelaki


Alahai! Patut la teman godek-godek portal pro Pakatan Rakyat tak jumpa berita gambar panas ni, Rupanya dah dibuang. Adeeh! Haramkah adalah portal yang terawal menyiarkan berita bertajuk " Gambar Anwar bercumbu dengan lelaki mula beredar". Berita tu dah tak ada. Hilang entah kemana. macam chipsmore pulak!

Takut ke kena saman dengan Bang Nuar. U Ulang, I Saman U! Kesian ek! Takut jugak! Ingatkan hebat sangat sampai tak takutkan Tuhan..

-

VIDEO PANAS : Video Aksi Panas Mirip Ketua Pembangkang Pula Tersebar!

Adeeh! Dah jadi bualan hangat sejak semalam di alam maya. Gambar panas yang menjijikkan aksi hubungan sejenis sesama lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang tersebar hangat di pasaran.

Terkini video aksi tersebut pula tersebar di ruang maya. Mari kita ikuti bibit-bibit aksi jijik lelaki-lelaki yang nabi tak mengaku umat! Jauhi la pemimpin ini jadi PM..ptuii!!!
-

BREAKING NEWS : Filipina Temui Bukti Kukuh Dalang Insiden Lahad Datu


Tu dia! Terkini laporan Bernama menyebut, kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

Hah! apa lagi, dakwa je. Tangkap dan jangan takut dengan demontrasi puak-puak macai dalang laknat merosakkan negara hingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara. Ayuh!!!!
-

VIDEO PANAS! Portal Pakatan Rakyat Siar Full Version, Ada Berani? U Ulang I Saman!

Teman perhati-perhati dan singkap-singkap akhbar dan portal online milik dan pro Pakatan Rakyat, tiada satu pun mengulas tentang isu gambar mirip Ketua Pembangkang yang tersebar sejak semalam lagi (KLIK SINI). Teman pun hairan deme ni tak nak pertahankan Bos deme ke? Habis semua facebook, twitter dan blogdihujani dengan gambar-gambar jijik hubungan sejenis lelaki sesama lelaki bertebaran di alam maya.

Teman rasa la, deme dah tak larat nak pertahankan Bos deme ni sebab memang perkara jijik tu terjadi . Bukan direka-reka. Video tu besi der! Tapi mahkamah tak kira tu der! Bos deme pun tak berani nak bersumpah laknat. Nanti takut jadi macam P Bala yang terus kojol sebab termakan sumpah..adehh!!!
-

UPDATED : Lagi Ramai Pengganas Sulu Mati, Patut La Kiram Cabut Lari! Adeeh!!


Teman rasa pengganas Sulu ini dah tak tahan dengan serangan bertubi-tubi anggota keselamatan negara. Menurut laporan, semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan bergolak tersebut.

Sebelum ini, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina. Ketua pengganas ini pun cabut lari tinggalkan pengikut-pengikutnya. Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.


Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Cara pengganas mahu menutup aib dengan menanam rakan-rakan mereka supaya tidak diketahui oleh anggota keselamatan negara. 
-

PANAS! Tian Chua Kena Halau Macam Anjing Di Pulau Pinang!


Tu dia! Semua orang dah marah! Kehadiran Tian Chua di Pulau Pinang disambut dengan bantahan rakyat. Siapa yang tak marah! Tapi tak apa, semua itu sandiwara je kan..kahkahkah

Menurut laporan Utusan, kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan.

-

HOT! Muka Wong Tack Bertukar Warna! Adeeh!!


Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu. "Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong," katanya yang juga Pengerusi BN Negeri.

Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, Jumaat. Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia 'ada udang di sebalik batu'. "Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang.

"Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini," katanya.

Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen - Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN - Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN. -BERNAMA
-

Bala Mati Pun Salah UMNO Juga, Gila Punya Pakatan


UNDI PKR hilang satu hari ini bila penyiasat persendirian, Mendiang P Balasubramaniam atau Bala, ditimpa ‘bala’ dan meninggal dalam kebalaan itu kerana diserang sakit jantung.

Baru sahaja mendiang dikeluarkan dari hospital kerana serangan jantung yang pertama 13hb lalu, sekarang sudah mati.  Sepatutnya tidak ada pihak lain yang patut dipersalahkan melainkan Pakatan, sebab depa yang duk usung kawan tu berceramah ke hulu ke hilir, tak bagi peluang langsung berehat.

Patutnya orang baru kena heart attack dibiarkan berehat beberapa hari, ini tidak pagi keluar hospital, malam dah diusung kawan tu berceramah.

Maklum sajalah, duit keluar banyak dah sponsor mendiang dan keluarga duduk di luar negara bertahun-tahun, takkan nak biar mendiang duduk diam, sudah tentulah diperah cukup-cukup kawan tu untuk kepentingan politik mereka.

Apa sekali gol terus. 

Logiknya (Bala mati sebab keletihan mengikut program Pakatan) begitulah, tapi yang buat penulis hairan ni, UMNO pulak disalahkan kerana Bala mati?  Alasan ‘kukuh’ sebab dua ke tiga hari semasa Bala ditahan di Hospital, Chegubard dalam satu ceramah kata Bala sakit kerana disihir.

Itu saja hujah, terus UMNO dikaitkankan dengan kematian Bala.  Apa punya bebal lah otak puak kera ni ya.

Yang lebih menarik, penulis sudah lihat plot ‘drama Tamil’ berhubung kematian ini akan bermula.  Ura-ura kematian Bala ini adalah konspirasi pihak tertentu dan bukan kerana serangan sakit jantung, semakin hebat diperkatakan sekarang.

Ekceli, babak pertama dah mula dah bila keluarga mendiang sudah minta diadakan post mortem, walaupun ada khabar menyebut Bala mati dipangkuan Sivarasa ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buluh setelah diserang sakit jantung.

Apa Sivarasa buat disisi mendiang sebelum kematiannya, itu adalah satu cerita lain untuk hari yang lain juga.

Babak kedua, penulis yakin, plotnya lebih kurang sama macam beberapa kematian ‘selebriti’ politik Pakatan sebelum ini – keluarga tolak keputusan post mortem dan mahukan pandangan yang lebih bebas, alasan untuk bawak pakar forensik selebiriti Pakatan, Dr. Pornthip dari Thailand dengan guna wang rakyat Selangor.

Babak ketiga, koroner, Babak ke empat, Suruhanjaya Diraja dan seterusnyalah, rasa semua orang pun tahu.

Sampai bila nak habis pun tak tau.

Apa pun rakyat diharapkan jangan termakan dengan drama terbaru yang bakal diarahkan Anwar lanjutan dari kematian Balasubramaniam ini.  Yang rakyat perlu tahu, Anwar tak akan ‘lepaskan’ Bala walaupun setelah dia mati.  Seperti disebut di atas, duit dah banyak habis menaja Bala di luar negara, pulangannya tak seberapa.

Jadi apa pun dia cakap dan ulas tentang kaitan kematian Bala dengan UMNO, kita buat tak tahu sudah.  10 askar dan polis terkorban di Lahad Datu dan Semporna, langsung tak dipedulikan Anwar, pasal takdak untung politik, selain lanun itu semua pun Anwar juga yang biaya dan jemput datang sini.

Tapi Bala ada.

Silap-silap, ABIM akan bagi anugerah keberanian ambik dari nama sahabat Nabi pada Bala, macam dia buat dengan Wan Azizah dulu lah.

Mykmu.net
-

Eksklusif Isu Lahad Datu-Sulu oleh Asree Sug


Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu) berdasarkan persoalan orang awam yang telah diambil secara survey di laman sosial facebook.

6 soalan terpilih yang diajukan kepada Asree Sug adalah:

1. Siapa Asree Sug?
2. Apakah perbezaan antara Tausug & Suluk?
3. Kenapa Tausug tidak mengaku diri mereka Filipino?
4. Apakah keunikan buku yang ditulis oleh Asree Sug?
5. Apakah komen Asree Sug berkenaan isu Lahad Datu-Sulu?
6. Apakah ada penyelesaiannnya dari kaca mata Asree Sug?




-

ESSCOM & Kepentingannya Kepada Sabah


Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM ( Eastern Sabah Security Command).

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini.

Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.

Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.

Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.

Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.

Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.

Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.

Jering Daily
-

Enggan Sepakat Punca Umat Islam Ditindas Musuh


RASULULLAH buktikan hanya ketakwaan senjata paling berkesan pertahan agama, tanah air Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi.

Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas. Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa.

Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam.

Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan.

Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri.

Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain.

Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam.

Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.

Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.

Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam.

Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.

Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam.

Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud:

“Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8) Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini.

Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti.

Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina.

mStar
-

Misi 'Trek For A Cause' Berlepas Ke Pergunungan Annapurna Nepal


Dua belas orang pendaki amatur Malaysia pada Khamis telah berangkat ke Kathmandu Nepal dalam misi menawan Laluan Thorung atau Thorung Pass di Pergunungan Annapurna, setinggi 5,416 meter.

Tetapi misi mereka ini bukan sekadar satu aktiviti riadah biasa.

Pasukan yang menamakan diri mereka sebagai The Monyets and Yaks atau The MY meletakkan misi untuk menawan salah satu laluan tertinggi di dunia itu dengan objektif tersendiri iaitu bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang tidak bernasib.

Mereka menamakan misi mereka ini sebagai 'Trek For A Cause'.

Misi ini dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.


Misi Trek For A Cause ini berhasrat mengumpul dana sebanyak RM100,000.

Dan mereka menegaskan, kos pendakian dan misi mereka ini ditanggung sepenuhnya oleh diri mereka sendiri.

Hasil kutipan dana dari projek ini akan disalurkan sepenuhnya bagi tujuan membantu meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak yang tidak bernasib baik termasuk anak Orang Asli.

Sehingga kini program Trek For A Cause telah berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 dari pelbagai pihak yang amat memahami tujuan misi ini dilaksanakan.

Salah seorang peserta projek, Azree Anis Zubedy, 42, berkata, misi ini amat penting bagi memastikan objektif sebenar mereka tercapai.

"Mungkin sebelum ini banyak program amal dilakukan, tetapi dalam pelbagai bentuk.

"Tetapi program kali ini dibuat bagi mengutip dana dan sekaligus disalurkan kepada tiga bahagian berlainan yang melibatkan pendidikan kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Ia hanya fokus kepada satu tujuan sahaja iaitu pendidikan kanak-kanak yang tidak bernasib baik dan bagi saya ia adalah amat penting," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui di LCCT, Sepang pada Khamis.

Azree yang mengendalikan syarikat perundingan pemasaran kepada individu atau organisasi berkata, pengalaman ini amat bermakna baginya kerana inilah buat pertama kali dia ke Nepal bersama pasukan The MY sejak mula aktif dalam aktiviti lasak ini dua tahun lalu.

"Sebelum ini saya pernah mendaki di Fuji dan Gunung Kinabalu dengan pasukan lain.

"Kali ini saya dapat rasakan perasaan agak lain sedikit kerana kali ini kami mendaki dengan satu misi penting," jelas Azree.

Menurut Azree, sebelum berangkat ke Nepal, dia telah menjalani persiapan bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

"Biasanya saya akan melakukan latihan di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Ia sekurangnya-surangnya mampu mengekalkan tahap kecergasan yang mana kita tahu ia penting bagi aktiviti seperti ini," tambahnnya.

Turut menyertai program kali ini termasuk salah seorang peserta dari Pulau Pinang, Casey Ngo Saik Peng, 35 tahun.

Casey yang baru setahun mula aktif dalam aktiviti 'outdoor' ini amat teruja untuk menyertai "Trek For A Cause" kerana ia pengalaman pertama kali menawan laluan yang dianggap mencabar ini.



Tetapi pada masa yang sama, saya sedar tujuan untuk ke Nepal dan saya yakin program ini mampu menarik minat orang ramai bagi membantu pendidikan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

"Mungkin banyak cara lain untuk membantu mereka, tetapi saya gembira kerana kami memilih dengan cara ini," jelasnya yang telah menjalani latihan di Penang Hill sebelum ke Nepal.

Seorang lagi peserta, Fong Chuen Fat yang mula menyertai pasukan ini pada tahun 2010 berkata, misi ini amat penting bagi memastikan masa depan kanak-kanak tidak bernasib baik diberi perhatian.

Chuen Fat yang bertugas sebagai Perunding Alam Sekitar turut memuji orang ramai yang sedar tentang kepentingan program ini.

"Dengan sokongan orang ramai yang turut menghulur bantuan, ia sekurang-kurang membuatkan kami lebih bersemangat bagi mencapai objektif program ini.

"Saya semenangnya menyukai aktiviti outdoor ini dan ia dianggap masa yang tepat untuk sama-sama membantu," jelas gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.

Mengimbas kembali aktiviti mendakinya sebelum ini, Chuen Fat berkata, pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ketika berda di Himalaya pada tahun 2011.

"Dengan cuaca dan pemandangan indah yang pernah saya lalui sepanjang hidup saya. Ia sukar digambarkan kerana panoramanya sangat cantik," jelasnya teruja.

Selain itu, Sathyabama isteri kepada ketua pasukan merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Perunding ERE, Dr G.Balamurugan turut menyertai program kali ini.

Sathyabama merupakan 'orang lama' dalam pasukan ini dan menganggap misi kali ini berbeza dengan program yang disertai tahun-tahun sebelumnya.

"Setiap program yang kami anjurkan mempunyai misi tersendiri dan peserta-peserta yang mengikuti kami adalah orang yang berlainan.

"Kami melakukan kerja-kerja amal tanpa paksaan dan saya gembira kerana program ini mendapat sambutan positif.

"Trek For A Cause ini adalah satu misi yang dianggap berlainan kerana kami bekerjasama dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

"Sumbangan yang kami terima daripada orang ramai ini disalurkan terus kepada yayasan tersebut.

"Kami gembira dengan sumbangan setakat ini walaupun sasaran belum mencapai jumlah yang disasarkan," jelas Sathya.

Jelas ibu kepada dua anak ini, bersesuaian dengan minatnya dalam aktiviti outdoor ini, program ini diharapkan berjalan lancar.

"Kami akan berada di Nepal selama 17 hari dan berharap semuanya berjalan seperti yang dijadualkan.

"Setakat ini semua peserta berada dalam keadaan baik dan segala persiapan telah dibuat mengikut keperluan masing-masing.

"Malah saya sendiri juga turut menajalani persipaan fizikal dengan persiapan di Bukit Gasing, berenang, berjalan dan juga latihan gimnasium," tambahnya.

mstar




-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...