Showing posts with label kenaikan elaun. Show all posts
Showing posts with label kenaikan elaun. Show all posts

Monday, 11 March 2013

HOT NEWS! Penjawat Awam Dapat 1 Kenaikan Gaji


Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020’, di sini.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).— BERNAMA

-

Sunday, 10 February 2013

Kajian Elaun Penjawat Awam Disegerakan



Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup disambut baik oleh Cuepacs. Teman yakin ini adalah satu berita gembira bagi penjawat awam. Kesemua elaun-elaun tersebut hampir 80 jenis sudah lama tidak dikaji dan dibuat semakan semula.

Teman yakin kerajaan telah mengambil segala usaha untuk memastikan semua kadar elaun adalah relevan dengan keperluan masa kini. Mungkin ada berita baik akan diumumkan dimasa terdekat. Cuma teman nak berpesan supaya penjawat awam mengekalkan dan menambahkan produktiviti dari masa ke semasa.

Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dilihat bertepatan dengan masa sekarang, kata Cuepacs.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beberapa perkara berkaitan penjawat awam perlu disemak termasuklah skim gaji baru, peluang kenaikan pangkat dan gelaran nama jawatan.

Katanya, “kesemua elaun itu sudah lama tidak dibuat semakan dan tidak begitu relevan diguna pakai sehingga kini terutama sekali skim gaji baru, skim kenaikan pangkat dan insentif-insentif lain perlu dibuat semakan secara menyeluruh dan segera."

"Lagipun sudah terlalu lama elaun penjawat awam tidak disemak," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penjawat awam bakal menerima berita gembira daripada kerajaan tidak lama lagi.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa turut mengumumkan  lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan.

Dalam masa sama, Omar turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh kerajaan kerana pengumuman yang dibuat itu memang dinantikan oleh semua penjawat awam yang telah lama mengharapkan perkara itu berlaku.

Menurutnya, semakan semula secara menyeluruh terhadap elaun perlu dibuat secepat mungkin bagi memastikan hak penjawat awam diterima secara sama rata.

Beliau juga berkata, elaun-elaun insentif ini perlu dibuat semakan secara komprenhensif.

"Sudah lama penjawat awam ini menunggu penambahbaikkan elaun-elaun mereka.

"Memang sudah sampai masa kerajaan membela hak penjawat awam ini, dan saya yakin kerajaan telah pun mengkajinya dan perlu disegerakan," katanya. (Sinar)
-

Saturday, 9 February 2013

80 Jenis Elaun Kakitangan Awam Dikaji Semula



Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini.
Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Katanya, penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, katanya, satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.
"Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," katanya.
Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat. - Bernama
-

Monday, 14 January 2013

Kenaikan Elaun Lebih Masa Kakitangan Uniform


Lagi minta kenaikan kadar elaun oleh CUEPACS. Teman rasa ini dah kali berapa, teman pun dah tak ingat. CUEPACS nak minta Kerajaan mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa. Pada teman adalah satu langkah yang baik jika kenaikan elaun selaras dengan produktiviti kakitangan badan uniform. Biarlah berpada dengan kerja dan elaun yang diberikan.

KUALA KANGSAR – Kerajaan perlu mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, elaun berkenaan dilihat tidak setimpal dengan bidang tugas kakitangan badan beruniform di negara ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan memerlukan mereka bekerja di luar waktu kerja.

Malah menurutnya, pelaksanaan kerja lebih masa ini juga perlu disusun semula demi tujuan penyelarasan cuti bagi semua kakitangan badan beruniform

“Elaun kerja lebih masa yang dihadkan sebanyak RM30 dilihat telah lari daripada dasar buruh antarabangsa berikutan kakitangan badan berunfirorm ini tergolong dalam kumpulan Gred 1 hingga 40. Jadi mereke memang layak untuk bekerja lebih masa tanpa had; bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan badan beruniform ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang. Perlu diambil kira dari segi kebajikan, keselamatan, beban tugas serta risiko bahaya yang bakal mereka hadapi ketika bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerajaan telah membentuk satu suruhanjaya mengkaji penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam. Laporannya dijangka diumumkan awal tahun ini.

Omar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Kangsar di Stesen Timbang JPJ di sini.

Sementara itu, Omar mencadangkan agar stesen timbang JPJ berkenaan dinaik taraf dengan menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Katanya, selain memberi kemudahan kepada penduduk sekitar, ia juga bakal menjadikan stesen berkenaan lebih komprehensif.

“Kita cadangkan agar cawangan JPJ di sini dinaikkan taraf sebagai cawangan penambahan bagi tujuan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan.

“Kita juga difahamkan pada hari ini, orang ramai terpaksa datang ke Ipoh atau Gerik bagi berurusan mengenai perkara berkenaan,” katanya lagi. (Sinar Harian)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...