Sunday 13 January 2013

Nik Aziz Kena Tempelak Dengan Minda Pondok Kelantan



Kalau sekolah pondok di Kelantan pun tak setuju dengan isu isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu, PAS tinggal sebatang kara terus bersengkongkol dengan DAP.  Terbaru, Minda Pondok, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai beberapa sekolah pondok di Kelantan, membuat laporan polis berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Teman dapatkan rasakan bagaimana kecewanya umat Islam di Malaysia apabila PAS melacurkan Islam demi mencapai cita-cita menawan Putrajaya. Tidak hairanlah Minda Pondok menentang sekeras-kerasnya penggunaan Kalimah Allah kepada agama Kristian.

Ini sebahagian kenyataan Minda Pondok di Bernama,
   
Antara lain, NGO itu menuntut tindakan tegas diambil terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta pemimpin Islam yang menyokong cadangan penggunaan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu tersebut.
   
Anggota Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff yang mewakili kira-kira 100 guru agama, berkata isu itu mengguris perasaan umat Islam dan tidak sepatutnya berbangkit selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
   
"Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan  orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Disember 1981 juga mengambil tindakan sama.
   
"Kami bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara berpanjangan di negara yang rakyatnya berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Binjai.
   
Beliau berkata Minda Pondok juga sangat sedih apabila Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan kalimah itu.
   
"Ini semua demi politik dan sanggup menutup mata meskipun sensitiviti agama dipermainkan. Kami guru-guru agama merasa sedih dengan pemimpin Pas ini," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. Buktikan jika terdapat kebangkitan ahli-ahli PAS di dalam isu ini. Nak undi lagi PAS ke tidak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...