Showing posts with label Ngeh Koo Ham Nga Kor Ming. Show all posts
Showing posts with label Ngeh Koo Ham Nga Kor Ming. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

PANAS! DAP dan PSM Berebut Kerusi di Jelapang



Itulah Pakatan Rakyat. Namanya berpakat tapi berkelahi jugak. Ada ura-ura Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan komunis akan meletakkan calon bertanding di DUN Jelapang. Ini bermakna, wujud pertandingan 3 penjuru antara DAP, PSM dan BN.

DUN Jelapang telah dimenangi oleh DAP pada tahun 2008 oleh Hee Yit Fong dan telah keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN. Sebelum ini PSM bertanding di satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum 2008, dan bercadang untuk bertanding dalam kerusi lagi iaitu di Jelapang. Saraswathy (Gambar Atas) adalah calon yang disebut-disebut akan diletakkan oleh PSM. Adeeh! Komunis dah masuk!

Jeyakumar telah menggesa Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada calon namun hingga kini PSM sendiri bukanlah rakan sekutu rasmi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat masih lagi berdolak dalih untuk menerima PSM dalam sekutu kerana Pakatan Rakyat sendiri takut akan menerima impak negatif dari rakyat apabila PSM dikaitkan dengan agenda Komunis. Mat Sabun macamana pulak? Bukankah Mat Sabun antara penyokong komunis? Kesian..

Tidak mungkin DAP Perak akan melepaskan kerusi DUN Jelapang semudah itu. PSM bagai peminta sedekah untuk mendapat simpati. Jadi berkelahi lah sampai berebut-rebut kerusi. Pada Pakatan Rakyat, berpolitik sepanjang masa tapi masalah rakyat masih lagi tidak dipedulikan...

Cuba baca petikan dibawah daripada DAP Insider,

Tetapi panglima perang DAP Perak berhujah bahawa Jelapang adalah kerusi majoriti Cina dan oleh itu seorang wakil DAP akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada bahagian pilihan raya itu. Tetapi di mana adalah bahawa semangat 1Malaysia dalam DAP - sesuatu yang Kit Siang terus mencemuh dan menghina Muhyiddin Yasin. Dan tidak Hannah Yeoh mahu Anak Malaysia? - Yang kuat disokong oleh Lim Guan Eng sendiri. Jadi, apabila ia datang kepada amalan sebenar politik keras, prinsip-prinsip ini seolah-olah terbang keluar tingkap dan kita kembali kepada hujah-hujah perkauman. Justifikasi hanya seolah-olah bahawa kerusi itu adalah di kawasan majoriti Cina.

Secara realiti bahawa dalam DAP, kita sebenarnya tidak mahu blok mengundi India tetapi sebaliknya meletakkan beberapa personaliti India untuk memenuhi penampilan pelbagai kaum? 

Secara ringkas, DAP hanya menggunakan kaum lain sebagai alat untuk mencapai cita-cita. Lakonan demi lakonan dicipta untuk meraih undi kaum lain. Kome fikir-fikirkan lah..


-

Wednesday, 9 January 2013

Nga Kor Ming Terkangkang dengan Blogger Pisau.Net


Punya la lawak! Macam mana Nga Kor Ming boleh kena main dengan Blogger Pisau.Net. Teman ingat hebat sangat la Nga ni. Nak suruh orang lain pulak yang cari Blogger Pisau.Net. Kalau hebat, Nga cari la sendiri. Ini siap main upah-upah la pulak.


Nga Kor Ming dilapor menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net. Nga dikatakan sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan. Sebelum ini Nga dikata telah memetik di laman facebook di dalam berbahasa Cina memberi upah RM1000 kepada sesiapa yang menjejaki Blogger tersebut.

Teman nasihat Nga supaya merujuk kepada Polis dalam apa-apa tindakannya. Jangan nak memandai-mandai buat undang-undang sendiri. Dikuatiri akan menjadi satu bentuk ugutan atau mengancam keselamatan seseorang mungkin akan tersilap sasaran yang sepatutnya. jangan la nak tunjuk samseng tak tentu hala..ptuiii!!!!
-

Tuesday, 8 January 2013

PANAS: Lagi Blogger Pro UMNO Di Saman


Tu dia! Saman! Jangan tak saman. Macam tu lah Pakatan Rakyat. Kalau nak menutup kesalahan sendiri, saman aje lah yang deme tau. Kalau dah salah, mengaku aje lah. Ini tak, berkokok macam ayam berak kapur. Akhirnya nak salahkan UMNO.Ish!ish! Itu lah kerja deme ni. Sendiri yang bikin, sendiri yang kaya raya, sebab UMNO yang salah. Pencacai-pencacai pun melalak macam anjing sokong Cina DAP ni. Bagus!Bagus!

Sokong punya sokong, kampung sendiri tergadai. Sokong punya sokong, cina DAP ni sapu tanah-tanah kat Kelantan. Bagus kan..Pencacai-pencacai ni sokong dapat apa? Dapat taik aje lah..hahaha..Terbaru, Ngeh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa laman blog dan media yang mengeluarkan berita fitnah mengenai isu ini. 

Saya mahu saman beberapa lagi laman blog dan media yang menyiarkan berita palsu berhubung isu ini dalam masa terdekat,”

Teman pun malas nak cakap apa-apa dah! Cara Pakatan Rakyat nak menutup kesalahan masing-masing, ini lah cara yang deme selalu buat. Paling tak lebih pun, buat demontrasi tuduh pulak kerajaan BN kejam dan zalim. Sebab apa? Sebab bongkar penipuan dan penyelewengan yang deme buat..Tak ke lawak tu!heeee..
-

Monday, 7 January 2013

Apabila Mulut-Mulut Ahli PAS Tergangga

Tengangga la mulut-mulut ahli-ahli PAS apabila mendengar penjelasan  Nik Aziz dpada ceramah isu Gadai Tanah: Menjawab Fitnah Umno di Kelantan Trade Centre (KTC) semalam. Lalat-lalat melangau keseluruh pelusuk dewan tersebut dengan takbir yang tak sepatutnya dibuat. Maka lalat singgah masuk ke dalam mulut-mulut ahli-ahli PAS. Apa lagi, ditelan habis kerana lalat-lalat itu dikatakan "Anugerah Tuhan".

Begitu hebatnya Nik Aziz membicara tentang apa yang didakwa "Akhbar UMNO Kutip Apa Sahaja Di Atas Jalan". Memang hebat sungguh kata-kata yang menusuk kalbu yang didakwa ribuan yang hadir memenuhi dewan hingga ada yang terpaksa berdiri dibelakang. Wah! Bukan lagi ribuan malah jutaan umat membanjiri Dewan KTC. Berapa ramai yang muat ek?

“Inilah perangai suratkhabar Umno mengutip apa sahaja yang ada di atas jalan. Tak kiralah ianya betul atau salah semuanya hendak dimuat bagi menjaga pemiliknya Umno,”

Sedap betul la Nik Aziz kutuk tak ingat dunia. Apa jenis manusia ni. Serupa jugak la bila Nik Aziz kutuk media arus perdana RTM dan TV3. Tapi apa jadi, merayu pulak untuk dapat slot yang media yang dikutuk dan dihina tu. Enta-entah esok lusa merayu pulak supaya diwawancara oleh media arus perdana. Kalau tak bagi, lagi dikutuk sebagai pengecut. Suka-suka mak bapak dia je!

Seperkara lagi la teman nak cakap pada Nik Aziz dan lalat-lalat yang mengurung taik-taik ni, Kaedah pertukaran tanah di antara pemilik asal dengan Ngeh Koo Ham memang la sah. Tiada siapa pun pertikaikan. Yang menjadi persoalan, mengapa kepada Ngeh Koo Ham? Sedangkan Ngeh Koo Ham adalah sekutu rapat dengan PAS yang mempunyai kepentingan secara terus dengan PAS. Fikir la sikit. Kalau dulu kes NFC yang dikaitkan dengan Shahrizat, lalat-lalat ini lah yang melalak dakwa berlaku penyelewengan sedangkan nama Shahrizat tiada pun dalam syarikat NFC. Itu macamana pulak? ish.ish..Kome ni, kalau kena muka sendiri, siap nak pusing-pusing bagi orang pening. Jangan ingat rakyat bodoh sangat.cissss..



-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...