Monday 14 January 2013

ADUN DAP Pulau Pinang Keluar Parti?



Ini cerita panas dari Pulau Pinang. ADUN Pulau Tikus menurunkan logo DAP Pusat Khidmat kerana digantung sela 6 bulan akibat kegagalan menghadirkan diri dalam Mesyuarat DUN. Macam-macam la DAP ni main tarik tali..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.

Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.

"Saya menghormati keputusan parti tetapi akan merayu terhadap penggantungan ini.

"Saya harap semua penyokong saya bertenang," katanya kepada sidang akhbar di sini Isnin.

Pada persidangan DUN yang lalu, Koay terlepas untuk turut sama dalam undi belah bahagi untuk meluluskan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012 khusu berkaitan rang undang-undang antilompat parti.

Tindakan beliau hampir menyebabkan Pakatan Rakyat hilang undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan negeri. (mStar Online)

1 comment:

  1. Salam tuan

    Mohon pautkan link kami

    sibuti-selamanya.blogspot.com

    Terima kasih tuan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...