Showing posts with label Manifesto. Show all posts
Showing posts with label Manifesto. Show all posts

Saturday, 23 March 2013

Tu Dia! Apa Nak Lagi! Adil La tu!! #rempuh243 #jomsokongbn


Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.

"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.

"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini, Jumaat.

Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.

"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.

Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.

"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. "Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya. -BERNAMA
-

Tuesday, 19 March 2013

HOT NEWS : Lagi Manifesto Bukan Janji


Janji untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal di Selangor pada pilihan raya lalu belum ditunaikan, pakatan pembangkang malam ini menabur janji baharu kepada golongan tersebut.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya.
Malahan beliau turut berjanji untuk memberikan saham kepada setiap pengguna air di negeri Selangor jika kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang dapat mengambil alih pengurusan air daripada Syabas dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selain Rodziah, ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu gagal mendapat sambutan apabila tidak sampai 1,000 yang hadir dan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar pembangkang. - UTUSAN
-

Sunday, 17 March 2013

PANAS! Guan Eng Mesti Panas Hati!


Wah! Manifesto BN Pulau Pinang dah siap! Hanya menunggu masa siren berbunyi. Menurut laporan Bernama, Manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 telah siap dan hanya menunggu masa untuk diumumkan kepada rakyat negeri ini, kata Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow.

Beliau berkata BN Negeri akan mengumumkan manifesto itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN Pusat menyampaikan manifesto BN.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kandungan dalam manifesto tersebut.

Nanti kita tunggu Guan Eng nak komen apa..Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat. Haha..Hanya kecoh pasal projek buat terowong..Yang lain, habuk pun tarak...Syarikat RM2 pun boleh dapat projek berbillion-billion di Pulau Pinang wooo!! adeeh! Senangnya..
-

Friday, 15 March 2013

Manisfesto Yang Boleh Melingkupkan Negara.


Kenyataan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad ketika diajukan soalan mengenai pandangannya terhadap Manisfesto yang diwar-warkan pihak Pakatan Pembangkang untuk kempen pilihanraya ke-13 ini, beliau menjawab, “negara akan muflis”.

Sambil tersenyum, beliau berkata “pembangkang kata manifesteso ini bukan janji”..

Menambah lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa nasib Malaysia sekiranya manifesteso itu berjaya di laksanakan, kita akan menjadi seperti negara Greece yang berbelanja besar sehingga berhutang melebihi pendapatan, akhirnya negara kesatuan Eropah itu, jatuh muflis!

Ujar Tun Mahathir lagi, sepertimana yang terkandung di dalam buku jingga mereka mencadangkan penurunan beberapa cukai dan berbelanja lebih, ini menjejaskan perolehan negara. “Negara dapat hasil sedikit, tapi yang keluar banyak”…

Penelitian seorang yang berpengalaman dalam soal urus tadbir negara serta telah berjaya menyelamatkan krisis kewangan yang melanda Malaysia ketika dahulu, bagaimana mahu kita bidas pandangan daripada orang seperti Tun Mahathir ini?

Bukan sahaja telah berjasa kepada negara, beliau juga antara individu yang paling diyakini kerana sering kali diundang oleh negara-negara luar, untuk membantu negara mereka meningkatkan taraf ekonomi.

Sebab itu, agenda yang dibawa oleh pembangkang ini melalui manifesto mereka, wajar kita tolak kerana dilihat sekadar mahu memancing pengundi pada PRU-13. Adakah ini “gula-gula”?

Manifesto bukan janji kata mereka, tapi apa yang pasti jika di laksana, muflis lah jadinya. Maka tidak hairanlah Tun memberi tafsiran bahawa ini adalah “kerja orang bodoh…” sebab “tak pernah lagi orang buat”.

PEMBANGKANG GAGAL LAGI.

-

Thursday, 14 March 2013

BREAKING NEWS : Hutang Negara Mencecah RM239.80 Billion,! Muflis Weh!


Teman terkejut jugak bila Pakatan Rakyat tengok nilai kos Janji Pakatan Rakyat nih berjumlah RM239.80 Billion. Adeeh! Biar betik! Boleh muflis negara macam nih! Mohon Sebarkan...

Jom kita pakat2 tengok mcm mana Pakatan Rakyat akan jadikan Malaysia muflis jika mereka memerintah negara. Anda lihat sendiri jumlah dana yg terpaksa ditanggung oleh Kerajaan jika mereka memerintah..Bayangkan negara memerlukan dana sebanyak RM239.8 billion untuk hapuskan tol, hapus PTPTN, hapus cukai etc..so Kerajaan nk ambil duit mana sedangkan semua sumber pendapatan utama Kerajaan telah dihapuskan? 

Takkan nak harap duit Petronas saja kot? Kalau nak tau, duit Petronas tu lah yang Kerajaan gunakan untuk bayar gaji & bonus kakitangan awam selama ni..so kalau semua nak korek duit Petronas, bukit pun botak licin..dah tu Malaysia bukannya negara pengeluar minyak terbesar dunia pun, dalam OPEC pun tak tersenarai..Indonesia yang byk minyak tu pun dah terkeluar dari negara2 OPEC sejak tahun 2008, apatah lagi Malaysia tak tersenarai langsung..Cai-cai apa mcm??? Ada otak tak?? hahahaHahahahakss
-

Tuesday, 12 March 2013

PANAS! Bukti Rafizi Ramli BODOH Dibongkar!!!

Teman tak hairan jenis manusia yang suka memutar belit fakta khususnya manusia-manusia keparat dalam Pakatan Rakyat termasuk Anwar dan Rafizi Jambu. Terbaru Rafizi Jambu menafikan Pakatan Rakyat akan mengecilkan saiz ektor awam negara. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini membidas tuduhan perdana menteri yang mendakwa salah satu fokus manifesto Pakatan Rakyat (PR) mahu mengecilkan saiz tenaga kerja sektor awam, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai "politik murahan.". Adeeh! Muka penipu ni suka spin dan putar belit fakta sebenar. Sudah menjadi tugas Rafizi Jambu ni untuk menipu rakyat danmemutar belitkan fakta. Nama pun "Pengarah Strategi". Hanya mencari strategi untuk memenangi isu walaupun apa cara pun waima terpaksa menipu dan memutarbelitkan fakta sebenar dengan hujah-hujah palsu dan direka-reka. Mudah je kerja dia ni..


Teman nak suruh Rafizi Jambu ni singkap balik apa yang Tony Puaka ni cakap dalam akhbar SinChew Daily yang menyebut " Jika Pakatan Rakyat memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun ikut peringkat". Ini apa? Ingat ke tak?

Lagi satu artikel yang teman kutip dari Blog Anwar Ibrahim dan JalanTelawi menyebut "satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini.....". Habis tu, ini apa? BODOH!!! Ingat mudah aje ke mike nak menipu rakyat! ptuiii!!

-

Saturday, 2 March 2013

Manifesto BN Akan Diumum Selepas Parlimen Dibubarkan



Barisan Nasional (BN) kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan.

"Selepas tarikh Parlimen dibubarkan masih ada tempoh masa supaya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat untuk rakyat memberi penilaian tentang apa yang kita sediakan dalam manifesto itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)Kelantan di Tunjong di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, berkata rakyat boleh membuat perbandingan antara Barisan Nasional dan pembangkang yang mana satu manifesto lebih menarik dan praktikal yang mampu dilaksanakan dan boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

"Di samping manifesto peringkat nasional, di peringkat negeri pun sedang dimuktamadkan oleh ketua Barisan Nasional negeri untuk mereka menambah perkara tertentu seperti di Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang siapkan yang menjurus kepada kepentingan untuk rakyat Kelantan," katanya.

Ditanya sama ada manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini realistik dan Islamik, Muhyiddin berkata rakyat boleh menilai dan antara yang diperjuangkan PAS ialah untuk menegakkan hukum hudud dan manifesto tersebut tidak disebut.

"Kami sudah buat penilaian dan kami anggap ia tidak realistik, membawa negara kepada muflis dalam tempoh ke hadapan kalau mereka berkuasa. Mereka tidak menjelaskan satu persatu, sebut secara umum, mungkin dia akan layan kelompok tertentu, dia cakap nak hapuskan PTPTN, akan hapuskan tol dan lain-lain.

"Apakah implikasi kepada kerajaan pusat yang disebut dalam manifesto itu...mana sumber kewangan, dia kata ada penjimatan kalau dapat kurangkan korupsi, kalau dapat kurangkan perbelanjaan tertentu, kami dalam kerajaan sudah 55 tahun menangani masalah itu tetapi ada had dan batas, kerana mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman maka mereka membentangkan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan, mungkin kerana mereka kata manifesto bukan janji seperti di Selangor," katanya.

Muhyiddin berkata tawaran dalam manifesto tersebut nampak macam percuma kepada rakyat tetapi kos kepada kerajaan untuk menanggungnya dan akhirnya kerajaan tidak boleh lagi menanggung beban tersebut.

"Dia kata tak payah bayar tol tetapi kerajaan yang sudah ada kontrak dengan syarikat konsesi perlu bayar pampasan, duit dari mana nak cari," katanya yang turut mempersoal tawaran pembangkang untuk menurunkan harga minyak yang kini diberi subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata pakar ekonomi juga menyatakan tawaran pembangkang itu tidak boleh dilaksanakan dan jika dilaksanakan akan membawa negara menjadi muflis.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya Umno sama seperti komunis, Muhyiddin berkata "tak betul, itu fatwa songsang, memang lumrah dibuat oleh pembangkang khususnya PAS melabel ini sudah menjadi amalan biasa, tidak ada keistimewaannya, tidak berpandu kepada hukum, tidak berpandu kepada syariat Islam, tidak berpandu kepada hadis, dia sebut sahaja begitu".

Beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tohmahan yang dilontarkan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional. BERNAMA
-

Friday, 1 March 2013

Manifesto Bukan Janji


Sehari dua ini terpampang didada akhbar dan juga media sosial tentang manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto yang dikeluarkan pada hari mereka mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC, Shah Alam Isnin yang lalu. Nampaknya belum sejuk lagi cerita tentang manifesto yang mereka pertontonkan kepada orang ramai dengan janji-janji yang belum pasti menjadi kenyataan.

Hasil dari ketelitian beberapa individu termasuk rakyat yang sering menjadi pemerhati dan mengambil berat tentang politik semasa, beberapa manifesto yang disenaraikan mempunyai janji yang sama seperti dahulu yang mana belum tertunai,beberapa manifesto juga tidak logik akal fikiran untuk mereka laksanakan, malah ada satu manifesto bergambar gereja pada muka hadapan.

Gambar menceritakan segalanya. Gambar yang menjadi bualan hangat pada hari ini ialah gereja. Sudah pasti rakyat tertanya-tanya dan keliru, kenapa gereja disenaraikan? Beberapa komen telah didapati, ada yang mengatakan Pegawai strategik, Rafizi Ramli dengan sengaja meletakkan gambar gereja untuk menarik perhatian pengundi Cina untuk menyokong DAP. Ada juga yang mengatakan bahawa PAS hanya perlu dengar kata DAP dan PKR kerana manifesto kali ini PKR yang buat demi kebaikan rakyat.

Apa juga komen dari pembaca, kita dapati bahawa tiada pun hukum hudud dimasukkan dalam manifesto tersebut. Sudah pasti pengikut PAS juga hairan dan tertanya-tanya dimana perjuangan PAS selama ini? Hukum yang sering diperdebatkan di media-media. Pengikut PAS terkedu dan kesepian apabila manifesto ini keluar. Malah ada yang kecewa kerana belum PRU lagi, mereka sudah hilang semangat kerana apa yang mereka perjuangkan selama ini tiada dalam manifesto. Lebih menyedihkan, gambar gereja menjadi keutamaan.

Pasti kita dapat simpulkan bahawa apa tujuan gambar gereja tersebut dalam manifesto Pakatan Rakyat bukan? Dalam masa pemerintahan kerajaan sekarang, pembinaan gereja diminimumkan dan ada hadnya. Masjid-masjid dibina dengan banyaknya dan kerajaan mengutamakan rumah ibadat orang Islam. Tidakkah mereka sedari lagi bahawa DAP yang ingin berkuasa memegang Malaysia, ingin menjadikan negara ini seperti Singapura? Kononnya apabila Pakatan Rakyat menang, lebih banyak gereja akan dibina. Kerana itulah pemimpin Keadilan menerima tawaran DAP untuk membantu mereka mendapatkan kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. PAS terpaksa mengikut sahaja apa kata mereka.

Sesungguhnya manifesto Pakatan Rakyat adalah janji kosong. Apa yang berlaku selama empat tahun di empat buah negeri yang mereka pegang? Tiada kemajuan yang banyak malah manifesto yang lalu tidak tertunai. Dalam setiap ceramah pakatan, mereka sering mengatakan itu dan ini dan berjanji bermaca-macam kepada rakyat. Seharusnya mereka mempunyai integriti untuk menjalankan ceramah tersebut.

Mereka juga sering menyalahkan kerajaan tentang kebebasan media. Sekiranya tidak bebas, bagaimana Harakah, Suara Keadilan, Roketkini dan Siasah mengkritik dasar-dasar kerajaan sesuka hati? Mereka juga tidak disekat dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka mengenai dasar-dasar kerajaan tanpa rasa takut apa-apa kekangan. Sebenarnya kebebasa media telah lama diamalkan di Malaysia, tetapi pembangkang hanya menyentuh mengenai perkara ini untuk disesuaikan dengan perjuangan mereka.

Mereka memasukkan hak kebebasan media hanya sebagai satu cara untuk merayu pengundi muda walaupun pembangkang itu sendiri tidak percaya dalam kebebasan media. Rakyat sudah tahu tentang mainan politik mereka. Kita seharusnya boleh berfikir secara rasional tentang apa yang pembangkang sedang lakukan. Mereka juga tidak pernah malu untuk merosakkan nama negara demi kepentingan politik pemimpin mereka. Jangan gadaikan negara yang kita sayangi demi seorang yang berkepentingan sendiri.

Suara Generasi Baru
-

Thursday, 28 February 2013

Manifesto Rakyat Yang Ditakuti? Piirahh!


Manifesto Pakatan Rakyat bak kata orang tua-tua, pagar membawa rebah. Jika rakyat termakan janji-janji palsu Pakatan Rakyat maka rakyat yang akan rugi. Macai-macai PR tengah sibuk mempromosikan manifesto penipu tersebut demi sesuap nasi bagi mengaburi mata rakyat.

Teman yakin rakyat tidak mudah tertipu dengan dakyah-dakyah macai-macai ni. Banyak lagi janji-janji PR pada PRU 2008 tak tertunai. Mana mungkin untuk melaksanakan janji yang baru. Bak kata Khalid Ibrahim, Manigesto Bukanlah Satu Janji. Jadi Pakatan Rakyat hanya mahu undi dan manifesto hanyalah umpan untuk mendapat sokongan rakyat semata-mata..
-

Khalid Ibrahim Hutang RM125 Juta, Bila Nak Bayar?


Hah! Apal lagi. Manifesto 2008 Pakatan Rakyat pada Rakyat Negeri Selangor pada golongan warga emas. Sekarang meningkat sebanyak RM125 juta! banyak tu woo! Tambah pulak manifesto baru. Yang lama pun tak selesai tambah lagi yang baru. Jangan nak tipu le weh!

 Itu belum lagi ibu tunggal yang tuntut. Entah berapa juta lagi la gamaknya. Boleh bankrap la kot Khalis gagap ni..Jangan lagi tertipu dengan Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat..Cakap tak serupa bikin. Cuma nak undi aje..nak tunai janji macam hampas..heee

-

Manifesto Pakatan Rakyat Jadikan Kristian Agama Rasmi


Bila perhatikan balik logo manifesto Pakatan Rakyat uyang dilancarkan baru-baru ini, sungguh mengejutkan teman. Sebelum ini didedahkan logo Manifesto PR itu menyerupai lantai golongan Freemason. Tapi ini lebih jelas dan nyata lambang salib terletak antara yang lain. Apakah agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian?

Teman tertanya-tanya, dimanakah peranan PAS yang begitu kecoh melaungkan negara Islam tapi senyap bila berhadapan dengan DAP dan PKR. Suara-suara pemimpin PAS bagai bisu dan tak bermulut bagai ditutup. Dimanakah terletak hudud PAS? Jelas sekali, PAS hanya bermain politik untuk mendapatkan undi tapi sebenarnya tidak berniat ikhlas untuk melaksanakan undang-undang Islam. Islam dengan mudah dipermainkan...
-

Wednesday, 27 February 2013

Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu



Dah terang lagi bersuluh. Agenda Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sudah terbukti. Kenyataan Rafizi Lembu untuk menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Pakatan Rakyat Menawan Putrajaya membukti agenda tersebut.
Jika tiada DEB ini, mampukah orang Melayu bersaing dengan bukan Melayu? Cuba fikir-fikirkan..
Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, ini akan menjadikan negara yang beralih daripada dasar-dasar ekonomi yang berasaskan kaum kepada dasar-dasar yang berasaskan keperluan.
“Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan,” katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa bahagian di bawah DEB yang membawa kepada penyalahgunaan dan rasuah sahaja akan dihapuskan.
Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. (mStar Online)
-

Anwar Ibrahim: Ini Janji Saya #ManifestoBukanJanji


Boleh caya ke? Macam-mcam janji dah dibuat oleh Pakatan Rakyat. Tapi habuk pun tarak. Lepas tambah pulak lagi manifesto baru. Manifesto 2008 pun masih lagi tak buat, macammana nak laksanakan yang baru. Cuba fikir-fikirkan #ManifestoBukanJanji..Kome baca kat bawah dan renung-renungkan lah..


-

DEDAH: Manifesto DAP 2008 Yang Tak Tertunai #ManifestoBukanJanji



Adeeh! Apek weh! Mana janjimu.. Janji-janji DAP pada 2008 nak bagi setiap keluarga yang menerima gaji kurang RM6,000 sebulan diberi bonus RM6,000 setahun. Wow! Ini sudah tahun 2013 ma! Lagi talak bagi, Lagi mau tambah janji ka? Cakap tak serupa bikin..ptuii!!!

-

Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Bukan Janji



Seramai 1,001 warga emas memfailkan saman menuntut caruman takaful RM2.5 juta yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lima tahun lalu.

Saman difailkan oleh peguam.

Kamarudin Ahmad menerusi Tetuan Kamarudin & Partners di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.40 pagi tadi.

Akhirudin Abd Rashid, 63, menamakan Kerajaan Selangor sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku defendan kedua.

Beliau mewakili penduduk warga emas kawasan Shah Alam, Ampang, Gombak, Tanjung Karang, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Kamarudin ketika ditemui berkata, saman ini difailkan atas kegagalan Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka untuk memberi caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang kepada warga emas.

"Tindakan Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka itu telah menghampakan harapan semua warga emas yang hampir lima tahun menunggu janji yang diberikan oleh mereka," katanya. SINAR
-

Guan Eng Janji Tol Free Tapi Parking Kereta Kena Bayar Ma!


Apa cerita ni apek! Mau kasi semua free ka? Apek kasi itu tol free. Bagus la apek. Tapi apek, lu punya negeri, itu Pulau Pinang pun ada kasi bayar parking ma! Apasai tak mau kasi free..Itu banner kalu mau kasi gantung kena bayar jugak ma! Apasai lu tau mau kasi free ma! Negeri lu perintah pun tak boleh kasi free..macamana mau kasi itu tol free ma..!!!

Lu mau tipu kita olang ka! Hakkkk tuiii!!! Boloh punya olang..

-

Manifesto Pakatan Rakyat Ada Unsur Dajjal?


Teman dapat gambar ni dari fb. Sesuatu yang mengejutkan. Tidak hairan lah jika apa yang pernah di war-warkan sebelum bahawa Pakatan Rakyat telah diresapi dengan Yahudi dan Israel. Salah satu logo yang tertera di dalam manifesto Pakatan Rakyat adalah sama dengan lantai yang selalu digunakan golongan Freemason. 

Tema rasa ini bukanlah kebetulan. Malahan logo PKR sendiri pun juga melambangkan Freemason dan Yahudi. Tidak mungkin secara kebetulan. Fikir-fikirkan lah..


-

Janji Pembangkang Beri Pendidikan Percuma Janji Kosong



Pemuda MCA menempelak manifesto pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dari prasekolah sehingga menara gading, serta menyifatkannya sebagai janji kosong demi memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jika pembangkang benar-benar serius dalam melaksana pendidikan percuma, perkara itu boleh dilaksana sejak 2008 di negeri mereka seperti di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

"Universiti ini berada di negeri yang dikuasai mereka. Jadi apa guna untuk mereka beritahu rakyat (pendidikan percuma) jika mereka sebenarnya tidak boleh laksanakan? Hanya cakap sahaja," kata Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina Pemuda MCA di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow dan Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Mah Hang Soon.

Wee turut mempersoal tindakan pembangkang menghina pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang kurang berkemampuan memandangkan ia satu daripada cara kerajaan membantu golongan itu.

"Pembangkang sebenarnya bercakap begitu kerana mereka tidak boleh melakukan apa yang dilakukan kerajaan dalam membantu rakyat," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Sehubungan itu, Wee berharap rakyat dapat menilai sikap 'tin kosong' pemimpin pembangkang dan membuat pilihan tepat pada PRU akan datang. Beliau juga berkata jentera Pemuda MCA kini berada dalam keadaan siap siaga untuk berperang habis-habisan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara.

Sementara itu, Liow dalam ucapannya, berkata MCA sedia bekerja keras pada PRU-13, bukan sahaja untuk kaum Cina tetapi untuk semua rakyat Malaysia seiring gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata BN sentiasa bersatu hati, dan masa depan negara lebih cerah, ekonomi juga akan terus berkembang di bawah pemerintahan BN.

"Ini berbeza dengan pembangkang yang tidak bersatu hati. Mereka ini (PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP) kata sehati sejiwa, tetapi sebenarnya mereka ini tiga kepala yang tidak sehaluan," katanya. BERNAMA
-

Kenyataan Yang Buat Anwar Ibrahim Meroyan



KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telahpun  membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini. Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. 

Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. 

Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. 

Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. 

Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. 

Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. 

Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka. 

Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar. 

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. 

Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. 

Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. 

Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. 

Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. 

Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. 

Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut.  Ba

Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang  dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. 

Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.    

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. 

Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. 

Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013  
-

Tuesday, 26 February 2013

BOCOR: Rundingan Sulit Pakatan Rakyat Didedah?


Konvesyen Pakatan Rakyat sudah membentang Manifesto Bukan Janji bagi menambah lagi janji-janji yang tak tertunai pada PRU 2008. Persoalan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya masih lagi menjadi tandatanya seperti ulasan teman sebelum ini.

Kenyataan Anwar China Doll terus menjadi persoalan demi persoalan. Adakah perlu dirahsiakan siapakah calon Perdana Menteri?. Walaupun sebelum ini Anwar China Doll dicanang-canangkan sebagai Perdana Menteri. Apa dah jadi?

Dari sumber yang teman dapat, Anwar China Doll sengaja merahsiakan untuk menjaga hubungan baik antara pemimpin Pakatan Rakyat dan akar umbi khususnya ahli-ahli PAS. Difahamkan rundingan sulit yang dibuat antara pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan dan mengadakan satu "mutual angreement" untuk mencalon Hadi Awang sebagai Perdana Menteri seandainya PAS memenangi majoriti kerusi Parlimen berbanding PKR dan DAP. Ini bermakna, Jika DAP mempunyai majoriti, maka Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri. Secara mudah, Malaysia akan menerima Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama.

"Mutual angreement ini dikatakan juga melibatkan pengagihan jawatan Menteri Besar/Ketua Menteri negeri-negeri yang dalam perkiraan Pakatan Rakyat akan kuasai seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,  Selangor, Kelantan, Terengganu dan Sabah. 

Sumber tersebut tidak menyebut kedudukan Anwar China Doll. Bagaimana pula kepada Anwar China Doll? Apa yang tinggal? Dijangka Pakatan Rakyat akan mewujudkan satu jawatan khas umpama Presiden bagi Anwar China Doll yang mempunyai kuasa mengawal pentadbiran kerajaan.

Sumber menambah, semua dokumen-dokumen perundangan bagi memberi laluan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar kepada  bukan melayu telah disiapkan.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...