Showing posts with label LBGT. Show all posts
Showing posts with label LBGT. Show all posts

Friday, 22 March 2013

U Ulang I Saman! I Saman! U Ulang! Apa Macam?



Adeeh! Macam mana nih! U Ulang, I Saman, I Saman, U Ulang! Ok tak! Baru la fair and square. Patut-patut la, Ingat dia sorang je boleh buat macam-macam. orang lain tak boleh! Semua video dah nak keluar! Warna lagi tu! Apa macam? Sandiwara jugak kah? heee

Menurut laporan Utusan,

Menurut Rahim, Datuk Shazryl Eskay memberitahu beliau bahawa dia telah diekori dan dihubungi oleh beberapa orang individu yang tidak kenali yang meminta beliau agar menandatangani satu surat pengakuan sumpah, bahawa video tersebut hanyalah satu konspirasi dari pihak tertentu.

“Cerita Datuk Eskay pada saya, beliau telah diekori dan dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali untuk tukar pengakuannya. Kata Datuk Eskay, individu tersebut cuma mahu dia menandatangi satu surat yang telah pun disiapkan untuk menukar dakwaannya tentang video seks tersebut.

“Ceritanya lagi pada saya, jika dia menandatangani surat pengakuan sumpah tersebut, dia boleh sebut berapa sahaja jumlah wang yang dia mahu sebagai imbuhan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya baik di dalam ataupun di luar negara,” jelas beliau dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan Risda Jalan Ampang di sini hari ini.

Sidang media tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan bersama dengan Datuk Shazryl Eskay namun di atas faktor-faktor keselamatan, beliau dinasihatkan untuk tidak hadir di dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, setakat ini hanya Datuk Eskay sahaja yang dihubungi oleh individu tersebut manakala beliau dan Datuk Shuib Lazim masih tidak mendapat tawaran sebegitu dari mana-mana pihak berhubung pendedahan video seks tersebut.

Seterusnya, beliau menegaskan bahawa cubaan pihak tertentu untuk memujuk dengan menawarkan imbuhan sejumlah wang yang besar itu adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana beliau, Datuk Shazryl Eksay dan juga Datuk Shuib Lazim tidak akan berganjak dari kenyataan mereka sebelum ini.

“Saya nak nasihatkan mereka jangan buang masa. Apa yang kami dedahkan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan kami bertiga dan ianya bukanlah untuk dijual beli. Kami hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Kami bukan seperti sesetengah orang yang boleh membuat u –turn dengan menjual harga diri mereka. Melihatkan dengan usaha intensif sesetengah pihak ini untuk memujuk Trio Dato T, khususnya Datuk Eskay, maka saya mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan modus operandi mereka,” tegasnya.

Beliau hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan, bahawa beliau, Datuk Eksay dan Datuk Shuib menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam video tersebut.

“Video tersebut sudah kita hantar kepada beberapa pakar untuk diperiksa baik di dalam mahu pun di luar negara untuk membuktikan video tersebut adalah tulen, bukannya diedit dan sebagainya. Jika sebelum ini Anwar berkata, U Ulang I saman, maka hari ini saya nak ulang sekali kenyataan kami sebelum ini, bahawa beliaulah individu di dalam video tersebut.

“Dan jika Anwar mahu menyaman kami dipersilakan dan sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk menegakkan kebenaran tentang siapa fitnah siapa dalam isu video seks ini di dalam mahkamah,”akhiri beliau. (UTUSAN)
-

Wednesday, 6 March 2013

Anwar Berfahaman Liberal?


Selain daripada Gerakan Pemikiran Liberal didapati mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah, mereka juga didapati menyeleweng dari aspek syariah.

Aliran pemikiran sesat ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, ianya sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. Tafsiran – tafsiran lama dikatakan tidak lagi sesuai dengan zaman moden kini.

Golongan aliran pemikiran ini juga secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru itu, bagi mereka sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah bagi mereka, mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.


Apa motif Ketua Pembangkang, Anwar ibrahim duduk bersama Musdah Mulia (kanan), tokoh Islam Liberal Indonesia yang menghalalkan homoseksual & lesbian yang diharamkan Al Quran dan Sunnah.

 Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alHadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

Golongan fahaman liberal ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum dan bukan bentuk sesuatu hukum.

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan semua umat Islam Malaysia untuk bersama – sama membenteras puak – puak sesat ini daripada berjaya menjadi pemimpin Negara selepas pilihanraya yang akan datang demi memelihara kesucian agama Islam yang diredhai Allah ini.


-

Tuesday, 26 February 2013

Anwar, Xenophon Bukan Sahaja Peminat Kaum Sejenis Tapi Penyokong Kuat LGBT



Anwar China Doll dan Xenophon adalah satu angkatan pengamal dan pendokong LBGT. Teman tertarik dengan satu artikel yang mungkin boleh dikongsi bersama dan renung-renungkan. Teman harap kome membaca dengan berlapang dada..

Ketua Umum PKR melenting apabila pihak Jabatan Imigresen menahan kawan baiknya dari Australia, Senator Nick Xenophon daripada memasuki Malaysia setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL baru-baru ini.

Ahli Dewan Senat Bebas itu kemudiannya dihantar pulang atas alasan cuba mencampuri urusan dalaman berhubung perjalanan proses pilihan raya di negara ini.

Ini bukanlah pertama kali Xenophon yang dipergunakan oleh Anwar Ibrahim cuba berlagak hero di Malaysia kononnya untuk menjadi pemantau bebas pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Bagaimana ahli politik politik itu menganggap dirinya bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak apabila beliau jelas menyokong Pakatan Rakyat dan kerap bersama program pemimpin-pemimpin pembangkang samada yang dianjurkan di negara ini atau di Australia.

Mengatakan statusnya adalah pemantau bebas adalah seperti bersuluh di siang hari.

Lagi pun, memang lumrah mana-mana negara di dunia ini samada negara itu anggota Komanwel atau tidak, setiap negara hendaklah menghormati dasar serta pentabdbiran negara lain dan tidak mencampuri urusan dalaman negara tersebut.

Ini adalah protokol diplomasi yang telah diamalkan sejak berzaman apatah lagi semua negara di seluruh dunia sudah mengiktiraf dan mengakui prinsip hubungan antarabangsa ini.

Apa yang dilakukan oleh Xenophon telah melanggar prinsip suci ini.

Contoh jelas ialah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan dan Anwar cuba mendesak kerajaan Australia supaya menjadi sebahagian daripada kumpulan pemantau bebas antarabangsa pada PRU13 nanti tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan itu bukan tugas negara tersebut.

Australia sedar bahawa seperti juga negara itu, Malaysia juga mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah dipertanggungjawab untuk mengurus serta melaksana proses pilihan raya di negara ini sejak Merdeka lagi.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Malah sebagai anggota Komanwel sebahagian besar daripada perundangan berkaitan pilihan raya di negara ini berdasarkan kepada undang-undang Inggeris, sebagaimana negara-negara bekas jajahan yang lain.

Ini termasuklah Australia yang juga berpandukan kepada undang-undang yang sama walaupun dalam peredaran masa setiap negara Komanwel telah membuat pindaan yang bersesuaian dengan keadaan sosio-politik negara masing-masing.

Jadi di manakah logik Anwar dan pihak pembangkang melontar SPR dengan bermacam-macam tuduhan liar yang tidak berasas dan lebih merupakan fitnah padahal undang-undang pilihan raya di Malaysia, Australia dan mana-mana negara Komanwel adalah hampir sama?

Tindakan Anwar yang pada mulamya mengeksplotasi Bersih untuk menumbangkan kerajaan tetapi gagal telah beralih pula dengan cuba membawa masuk pemantau asing.

Mengapa Xenophon seorang sahaja yang amat rapat dengan Anwar dan pembangkang di Malaysia sehingga sanggup menjadi jurucakap bagi pihak Pakatan Rakyat.

Cadangan Xenophon untuk dengan menteri kabinet dan mengadakan perbincangan dengan SPR hanyalah lakonan sahaja kerana tujuan beliau bukan untuk mendapat maklumat sebenar mengenai proses pilihan raya di negara tetapi untuk memutar belit fakta.

Seolah-olah penahanan beliau di KLIA sudah dirancang  terlebih dahulu dan disengajakan oleh beliau sendiri.

Xenophon kemudian boleh mempolitikkan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia terhadap dengan mengatakan kerajaan bertindak zalim, tidak demokratik, mahu menyembunyikan sesuatu dan sebagainya.

Ini adalah taktik Anwar yang mudah dihidu sejak dari dahulu bak kata peribahasa Inggeris seseorang boleh menipu seorang lain pada satu ketika tetapi tidak boleh menipu berpanjangan semua orang pada setiap masa.

Adakah persamaan Anwar dan Xenophon berkaitan isu LBGT merupakan ikatan yang kuat antara mereka berdua.

Jika Anwar menyokong LBGT dan mengata undang-undang berhubung perlakuan homoseksual di Malaysia sudah ketinggalan zaman, apa bezanya dengan Xenophon?

Bukankah Xenophon merupakan salah seorang anggota Senat Australia yang menyokong undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis?

Mungkin ini merupakan faktor penting yang dikongsi bersama oleh Anwar dan sahabatnya dari negara Kangaroo itu menyebabkan Xenophon rela menjadi balaci dan pencacai Ketua Pembangkang itu? 

Apapun Anwar kini sudah amat terdesak atau 'desperate' tahap gila kerana semakin dekat PRU13 semakin jelas sokongan rakyat terhadapnya semakin terhakis.

Langkah menggunakan pengaruh asing seperti Xenophon akan mempercepatkan lagi berkuburnya Anwar bersama Pakatan Rakyatnya.

Jering Daily
-

Monday, 25 February 2013

Filem Tanda Putera : Antara Fakta Sejarah Atau Isu Perkauman



Kenyataan Datuk Ambiga Srenavasan semalam yang mempertikai pra-tonton tayangan filem ‘Tanda Putera’ kepada peneroka Felda baru-baru ini, dengan membangkitkan kononnya ia bermotifkan perkauman dilihat sebagai amat melucukan. Dia yang dilaporkan berkata mengharapkan seorang negarawan sebagai pemimpin kerajaan dan bukannya seorang ahli politik tidak ubah seperti kata pepatah ‘meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri’.

Sebelum kita mengulas lebih jauh isu yang dibangkitkan berkaitan penayangan filem tersebut, ada baiknya kita melihat dahulu strategi dan gerakan pakatan pembangkang di negara ini. Sejurus selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu, pimpinan pakatan mula merasakan wujudnya kekuatan politik bilamana berjaya merampas beberapa kerusi parlimen dan berjaya menubuhkan 5 buah kerajaan negeri.

Bermula dari detik itu, pelbagai isu cuba dimainkan dan kebanyakkan menyentuh isu yang berbaur perkauman bagi menarik simpati rakyat secara keseluruhan. Tambahan pula analisis keputusan yang dikeluarkan selepas itu juga menunjukkan indikator peralihan majoriti undi kaum berbangsa Cina dan India kepada pakatan pembangkang.

Maka hampir saban hari, mereka cuba mengetengahkan pelbagai isu-isu sentimen perkauman bagi memastikan momentum undi antara kaum terus dapat dikekalkan kepada mereka. Sebagai contoh, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berucap di majlis-majlis makan malam anjuran masyarakat Tionghua, acap kali membangkitkan isu sentimen kononnya bangsa Cina adalah kumpulan etnik ‘kelas ke dua’ di negara ini.

Kononnya ‘dasar ekonomi baru’ kerajaan adalah merupakan salah satu pendekatan untuk terus menidas dan menganiaya kumpulan bangasa tersebut. Tidak cukup dengan itu, isu pemberian kad pengenalan kepada masyarakat India juga turut dipolitikkan kononnya sebagai satu usaha kerajaan untuk meminggirkan mereka.

Pendekatan ideologi ‘pluralisme’ atau kesamarataan dalam agama turut dimainkan sebagai satu usaha untuk menarik sokongan rakyat yang bukan beragama Islam. Selain Anwar, anak perempuannya Nurul Izzah turut memberikan sokongan terbuka terhadap ideologi tersebut yang diunggapkan di dalam sebuah forum yang diadakan di gereja tidak lama dahulu.

Dan terbaru isu pengunaan kalimah Allah yang sengaja didendangkan tatkala rakyat sedang menanti untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke-13. Mengapa isu ini sengaja dibangkitkan semula? Bukankah ia bertujuan untuk menarik minat sokongan rakyat khususnya penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak?

Isu yang berbaur sentimen perkauman yang dinyatakan tadi hanyalah merupakan sebilangan kecil sahaja. Dan sekiranya rakyat bijak menganalisa pasti akan berjumpa dengan puluhan malah ratusan lagi isu perkauman yang dimainkan oleh mereka bagi memastikan Anwar berjaya dimartabatkan sebagai perdana menteri.

Berbalik kepada isu tayangan filem tersebut, secara realitinya bertujuan untuk memastikan rakyat mengetahui fakta sejarah yang sebenar mengenai tragedi berdarah yang pernah mencalarkan imej negara suatu ketika dahulu.

Ini kerana, tokoh sejarahwan Indonesia Promodya Ananta Toe pernah berkata, masyarakat yang tidak tahu sejarah, tidak akan mampu untuk memahami masa kini apatah lagi masa hadapan. Semua kesalahan yang kita lakukan selama ini kerana kita tidak tahu mengenai sejarah.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan rakyat dan masyarakat agar memahami dan celik mengenai sejarah. Ia bagi memastikan agar kesalahan lampau yang membawa kehancuran kepada sesebuah bangsa dan peradapan negara tidak berulang kembali.

Kesimpulannya, kenyataan bekas presiden Majlis Peguam itu seharusnya berpijak kepada realiti yang sebenar, dan bukannya berselindung di bawah pertubuhan bukan kerajaan yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Sedangkan pada hakikatnya Ambiga adalah merupakan pemimpin yang berjuang atas nama pakatan pembangkang.

Suara Generasi Baru
-

BONGKAR!! Foto Pemimpin PKR Utara Biseksual Di Dedahkan!!!


Wah! Ini cerita baik! Bongkar jangan tak bongkar. Tunjukkan belang sebenar pemimpin Pakatan Rakyat yang berselindung dari topeng-topeng membela rakyat tapi sebenarnya hampas. Tak boleh pakai satu sen pun. Banyak sangat onar yang dibuat dalam diam sepertimana pemimpin-pemimpin besar deme sendiri. Bermula dengan China Doll hinggakan makan aiskrim dalam tandas. Busuk der!

Itulah pemimpin yang busuk lagi busuk sampai tak boleh nak bau yang mana harum dan mana busuk. Ptuii! Nak membela nasib rakyat la konon. Punya la kutuk Kerajaan BN itu dan ini tapi terpalit kat muka sendiri. Pendedahan Blogger Paper Waris menceritakan kisah seorang pemimpin PKR sebelah Utara yang Biseksual. Adeeh! LBGT la pulak macam Bos dia jugak.

Ikuti Selanjutnya DISINI
-

Saturday, 23 February 2013

HOT! Ambiga Kena Sontot Dengan Anwar Ibrahim


Adeehh! Ambiga tiba-tiba pulak bersuara ni. Sekor anjing belaan Anwar China Doll tiba-tiba menyalak pasal intergriti yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Baru-baru ini. Ambiga kata nak pastikan Perdana Menteri berpegang kepada ikrar intergriti tersebut.

Peliknya, pemimpin Pakatan Rakyat tak pun langsung tandatangan intergriti ni dia tak menyalak pulak! Memang dasar anjing belaan Pakatan Rakyat. Hanya menyalak jika disuruh oleh tuannya. Kome tengoklah jenis manusia yang kurang ajar pernah mencabar pihak berkuasa. Mentang-mentang la dia peguam bukan bermakna tiada siapa pun boleh sentuh. Dasar celaka tak sedar diri.
-

Tuesday, 19 February 2013

Deepak Seorang Pengamal Homoseksual?


Adakah pakatan haram sebenarnya parti homoseksual yang Anwar Bin Ibrahim tubuhkan sempena  kerakusan nafsu beliau tehadap jantan? Maka dengan itu, ramai mereka yang sealiran citarasa seks dengan Anwar Bin ibrahim begitu taksub dan senang mematuhi kehendak dan arahan beliau. Mari kita sama-sama fikirkan adakah Deepak Jaikishan juga merupakan seorang bercitarasa  homoseksual.
 
Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, , Razak Baginda, atas alasan beliau mandul.  Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Sebenarnya strategi pakatan haram bersama  Deepak untuk  mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri. Dasar penipu, Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987.

Persoalan yang amat ketara sekarang ini adalah Deepak sedang menyambung tugas yang gagal dilaksanakan oleh SUARAM iaitu menyusahkan DS Najib dan DS Rosmah. Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan, hilang arah dan tidak selesa. Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.
Namun, jika kita lihat kembali kepada Deepak, mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.

Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun. Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar, beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya, datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah. Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak, kedua-dua syarikat beliau, Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan, dari tahun 2000 hingga 2009, Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion.
Bagi industri permaidani pula, Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd.

Pada tahun 2000, unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri. Pada tahun 2003, Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia. Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.

 

Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang. Secara logik Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman', bukannya Baginda. Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.Ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. Raja Petra Kamaruddin, individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini, juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda. Bagaimanapun, Raja Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.

Mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang, mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita, mungkin Deepak adalah seorang homoseksual. Pakatan haram juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka. Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pakatan haram kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang. Sama seperti Deepak, Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama, dan juga masih bujang.

Secara logiknya, seorang manusia yang bercitarasa seks normal, apabila dewasa umurnya dan cukup hartanya untuk menanggung seorang wanita , maka beliau tidak akan berlengah-lengah lagi mencari suri hidupnya. Sekiranya dia tidak mampu untuk mencari sendiri maka bantuan ibubapa akan diminta untuk mendapatkan jodohnya.  Maka keanehan dalam kehidupan Deepak Jaikishan ini seolah-olah memberitahu kita bahawa beliau mengamalkan seks luar tabii.

-

Saturday, 16 February 2013

PANAS BONTOT: Ambiga dan Anwar Bersatu dalam LBGT


Teman sebenarnya dah meluat dengan golongan golongan dan pendokong Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender.  Apabila Ambiga beriya-iya untuk memperjuangkan perhimpunan Seksualiti Merdeka yang menghimpunkan LBGT ni, bertambah terbukalah tembelang pemimpin-pemimpin PR yang secara jelas menyokong usaha Ambiga itu.

Teman sebagai rakyat Malaysia begitu bimbang dengan gejala yang mempengaruhi anak bangsa hingga sanggup mengamalkan cara hidup songsang ini. Ini satu perbuatan tak bertamadun dan lebih mementingkan keseronokan melalui seks songsang yang dimurkai oleh Allah S.W.T.
-

Sunday, 10 February 2013

Ingatkah Lagi Laknat Ni?


Jangan terlupa! Ingatkah lagi laknat ini? Seorang pendokong yahudi dan Israel secara terang-terangan dan terbuka. Dia jugak penyokong dan pengamal LBGT. Lagi celaka, menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Tujuan utama nak jadi Perdana Menteri. Jangan terpedaya dengan janji-janji palsu Syaitan bertopeng manusia ini..Bukti-bukti dibawah..




-

Thursday, 17 January 2013

Inikah Yang Anda Mahu Berlaku di Malaysia, Nauzubillah


Ya Allah! Teman mengucap panjang. Nauzubillah. Simpang Malaikat 44. Teman tak tau nak kata apa dah! Speechless dan mengutuk sekeras sekeras sekeras sekeras sekeras sekeras-kerasnya perbuatan songsang ini. Bukan apa, teman risau akan terjadi pada anak bangsa kita khususnya kepada Umat Islam di Malaysia. Perkara songsang itu pun sudah pun berlaku tapi masih lagi tidak secara terbuka. Walaupun ada, tapi bukan melibatkan yang beragama Islam.

Ini kisah pasangan gay selebriti, Sir Elton John dan David Furnish, akhirnya mengesahkan yang mereka telah memperoleh anak lelaki yang kedua melalui ibu tumpang. Akhbar tabloid Britain The Sun melaporkan, dalam surat beranak anak lelaki mereka itu, David Furnish telah dinamakan sebagai ‘ibu’ manakala Elton John sebagai bapa. Apa ni? Ya Allah. Songsangnya hidup deme ni.

Apa yang menjadi kerisauan yang amat sangat, kebimbangan tentang penularan budaya songsang ini di Malaysia. Budaya-budaya ini menular melalui kaedah  asas kebebasan bersuara dan hak asasi manusia melalui NGO-NGO yang ditubuhkan macam cendawan tumbuh selepas hujan.  Penyerapan keahlian golongan ini ke dalam parti-parti politik pembangkang menjadi titik tolak asas perjuangan menuntut kebebasan bersuara dan kesamarataan. Malangnya masih ada umat Islam yang terpengaruh dengan agenda tersembunyi parti-parti politik ini dengan dibayangi slogan-slogan agenda perjuangan rakyat. Sedarlah wahai Umat Islam. jangan terpedaya tipu helah pembangkang jika anda tidak mahu budaya songsang ini berlaku di Malaysia.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...