Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Page Hina Islam, Melampau!!!


Dalam rakyat Malaysia sibuk-sibuk tertumpu kepada Insiden Berdarah di Lahad Datu, tiba-tiba wujud pulak Page Hina Islam ini. Memang celaka lah laknat yang buat page ni. Inikah yang kita mahu? Agama Islam dipermain-mainkan. Sudahlah PAS menjual Kalimah Allah kepada DAP, maka mudah lagi Islam itu dihina dan dicerca sewenang-wenangnya. Fikir-fikirkan lah..

-

Thursday, 28 February 2013

Anwar Dakwa Hadi Menipu



Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. 

-

Hadi Orang Pertama Setuju Kalimah Allah Digunakan Kafir



Allah ada berfirman antaranya bermaksud 'Jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita'. Begitulah lebih kurang maksudnya. Kalau tersalah minta ampun minta maaf sebab penulis tak bermaksud hendak mempermain-mainkan firman Allah.

Dari seorang yang mengaku seorang ulama besar dalam Pas dengan rela hati menandatangani pernyataan bersama pemimpin pembangkang agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. Dialah dalang kepada perpecahan umat Islam di Malaysia sebenarnya. Ingin menjadi hero Islam tapi penakut bila berdepan dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Antara petikan Utusan Malaysia:

Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.


-

Wednesday, 27 February 2013

Pas Gagal Pertahan Dan Daulatkan Islam dalam Manifesto Pembangkang



Penulis tidak berhasrat untuk mengulas lanjut mengenai manifesto pakatan pembangkang yang di lancarkan semalam, kerana telah mendapat ulasan, padangan yang meluas. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang hanya memandang sinis akan perkara-perkara yang digariskan di dalam manifesto terbabit. Namun secara keseluruhan ia hanyalah merupakan ‘gula-gula politik’ atau janji manis yang cuba diberikan sebagai satu usaha untuk mempengaruhi rakyat agar memilih pakatan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dan tidak lupa juga kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 28 Ogos yang lalu yang mengatakan ‘manifesto (pakatan 2008) bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan. Begitulah mudahnya alasan yang diberikan oleh mereka bagi mengelakkan dari terus dipertanggungjawab terhadap pembohongan yang pernah diberikan kepada rakyat.

Sedangkan menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi. Oleh yang demikian sekiranya ia bukanlah sebuah janji, maka rakyat seharusnya tidak lagi tertipu dengan permainan politik pembangkang demi mengejar kuasa.

Yang lebih mengelikan hati, ialah bila mana pakatan pembangkang mengedarkan ribuan poster mengenai manifesto tersebut yang secara jelas cuba mengangkat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz sebagai pemimpin utama. Sedangkan sebelum ini, mereka begitu ghairah untuk hanya mempromosikan Anwar sebagai calon pemimpin yang akan diangkatkan sebagai perdana menteri sekiranya diberikan tampuk kuasa di Putrajaya.

Atau ini sebagai petanda, Anwar telah mula sedar pelbagai isu yang melanda beliau selama ini telah membuatkan rakyat khususnya masyarakat Islam dan Melayu dan menolak dirinya sebagai pemimpin utama di dalam pakatan pembangkang. Mungkin atas sebab itu jugalah mereka enggan mengumumkan calon perdana menteri yang bakal dilantik sekiranya pembangkang diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Isu pluralisme atau kesamarataan dalam agama sahaja, sudah cukup membuatkan rakyat khususnya masyarakat Islam untuk menolak Anwar. Di tambah pula dengan kebenaran yang diberikannya berhubung pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Kristian akhirnya membuatkan rakyat mula sedar akan perangai Anwar yang sebenarnya.

Walaupun isu urutan gambar di dalam poster tersebut adalah merupakan isu kecil, namun pada pendapat penulis ia membawa signifikasi yang lebih besar. Ini kerana dari segi protokol ia mengambarkan kepada hireaki seseorang itu di dalam parti atau sesebuah organisasi.

Walaupun ia sesuatu yang pelik, namun mengenali Anwar ia bukanlah satu yang mustahil. Mungkin juga benar, Anwar tidak pernah mengharapkan agar dirinya ditabal sebagai perdana menteri dan ia hanyalah khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin juga, apa yang diharapkan oleh Anwar adalah lebih jauh daripada itu. Jangan terkejut sekiranya sejurus sahaja pakatan berjaya menguasai kerajaan persekutuan, satu perlembagaan baru dibentuk untuk melantik Anwar sebagai Presiden di sebuah negara republik Malaysia.

Berbalik kepada isu manifesto yang dibentangkan itu, menurut sumber terdapat rungutan dari sebilangan besar penyokong dan pengikut Pas di akar umbi. Ini kerana secara keseluruhan ia langsung tidak menyentuh mengenai pembangunan atau perancangan untuk memartabatkan Islam.

Sedangkan di dalam beberapa siri pilihanraya umum yang diadakan sebelum ini, Pas ketika membentangkan manifesto mereka pasti akan meletakkan kedaulatan Islam sebagai objektif utama. Benarlah seperti yang didakwa sejurus selepas mengambil keputusan untuk bersama DAP dan PKR, Pas akhirnya terpaksa akur dan tunduk dengan gesaan agar tidak lagi meletakkan Islam sebagai perjuangan utama.

Ini kerana, apa yang penting pada ketika ini adalah memastikan pakatan pembangkang berjaya untuk merampas kuasa untuk melangkah ke Putrajaya. Walaupun ia secara tidak langsung mengkhianati perjuangan Islam yang selama ini dipertahankan.

Suara Generasi Baru
-

Monday, 25 February 2013

XCLUSIVE: Niat Jahat Guan Eng Didedah



Lim Guan Eng menempelak Najib Razak sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri apabila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam. 

Tuduhan Najib ke atas DAP menindas agama Islam didakwa suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Ujar Guan Eng lagi, DAP telah memasukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan di dalam perlembagaan parti itu. 

Najib juga dikecam kerana tidak dapat membuktikan bahawa DAP menindas agama Islam sebaliknya Guan Eng berbangga setelah menang dalam saman beliau ke atas Utusan Malaysia dalam isu beliau dikatakan anti-Islam. 

Bagi membuktikan kesungguhan DAP mempertahankan Islam, Guan Eng berkata semasa pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan.

Selain itu DAP menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam lebih besar berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibu pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz serta memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang dikatakan tidak dibuat langsung sebelum ini. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa negeri itu merupakan negeri pertama yang mengharamkan judi bola dikala Najib dikatakan hendak meluluskan pemberian lesen judi bola berkenaan. 

Cincin Emas: Terima kasih Guan Eng kerana telah mendaulatkan Islam di Pulau Pinang. Usaha dakwah Guan Eng ini tak ubah seperti zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Guan Eng tak perlu berbangga dengan usaha beliau ini kerana Nik Aziz pasti tak setuju. Semua pemberian kepada rakyat oleh kerajaan umpama memberi makanan kepada haiwan. Sepatutnya Guan Eng bagi “ilmu” kepada rakyatnya dengan berceramah siang dan malam. 

Guan Eng usah bermain wayang Cina dengan orang Melayu-Islam Pulau Pinang. Peruntukan besar tersebut hanya kosmetik bagi menutup agenda utama DAP. 

Orang Islam Pulau Pinang tidak termakan dengan “rumput dan hampas” yang ditabur Guan Eng. Mempertahankan kalimah suci ALLAH lebih utama setelah Guan Eng mahu ia dikongsi dengan penganut agama lain. 

Hari demi hari Guan Eng dibelasah dengan isu kalimah ALLAH, kali ini beliau mahu orang Islam mengingati perjuangannya dalam mendaulatkan Islam di bawah pemerintahannya bagi mengaburi keceluparannya itu. 

Kamu silap Guan Eng. Kami tidak akan pernah lupa dan akan terus mengingatinya

Cincin Emas
-

Friday, 22 February 2013

Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan



Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.

Tetapi, Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR. Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu. Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya. Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR. Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.

Suara Generasi Baru
-

PAS vs DAP: PAS Fikir DAP Peduli Dengan Amaran Mereka?



Makin parah nampaknya pergaduhan di antara PAS dan DAP berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” yang mendapat liputan meluas di kalangan media. Sama ada media arus perdana mahupun pro-pembangkang, isu berkenaan sering menjadi topik utama setiap hari.

Terbaru, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menempelak dan memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya belajar menutup mulut berhubung isu tersebut.

Katanya, Karpal perlu belajar untuk mendiamkan diri dan jangan bercakap banyak seperti kebiasaannya.

Malah lebih pedas lagi, Nik Amar membidas Pengerusi DAP itu sebagai “gatal mulut” apabila ahli politik veteran parti “chauvinis ultra kiasu” itu mendesak PAS untuk mengenepikan keputusan Majlis Syura yang membantah keputusan mesyuarat Pakatan Haram pada 8 Januari lalu.

Persoalannya, apakah Nik Amar fikir Karpal akan mendengar dan taat pada amaran serta sindiran yang diajukan padanya?

Sejarah membuktikan bahawa Karpal tidak pernah tunduk pada mana-mana kehendak pihak yang membantah dasar DAP yang jelas mahu menidakkan hak eksklusif Islam serta keistimewaan yang dimiliki menerusi perlembagaan negara.

Sebelum PAS bersahabat dengan “syaitan” yang bergelar DAP, Karpal dan pemimpin DAP pernah memberi kata dua pada PAS untuk “melangkah mayat” mereka sebelum mengubah negara ini menjadi negara Islam.

PAS ketika itu hanya mampu “terkulat-kulat” dan tidak dapat membalas amaran Karpal itu…

Ketika pemimpin DAP membentak Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu berjawatan Exco Agama Islam di dalam Kerajaan Negeri Selangor bertindak merampas arak di Shah Alam, PAS sekali lagi dilihat “hilang taring”.

Memang memalukan apabila PAS menurut kehendak Ronnie Liu (DAP) dan mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memulangkan berbotol arak yang dirampas.

Malah paling memalukan apabila PAS gagal mempertahankan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sebaliknya terpaksa menurut kemahuan DAP yang jelas menentang dasar itu di dalam Pakatan Haram.

Pokok pangkalnya, para pemimpin PAS di era Hadi Awang sememangnya tidak boleh di harap dan sememangnya memalukan parti itu. Justeru itu tidak hairanlah jika ramai para penyokong PAS yang bertindak keluar parti dan ramai pula yang malu nak mengaku diri mereka sebagai Ahli PAS, kan?

Suara Generasi Baru
-

Thursday, 21 February 2013

Fuziah Salleh : PKR Setuju Kalimah Allah Dalam Bible!



Bodoh biul punya Fuziah. Mike ni reti ke tentang Islam ni? Kalau tak faham jangan bercakap apa pun. Nanti nampak kebodohan dan kejahilan diri sendiri. Tapi rasa Fuziah ni memang bodoh pun lagi tambah biul. Sama seperti BOS nya..Jual agama demi cita-cita menawan Putrajaya. Ptuiii!!!

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu. 
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya. 

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.

-

Monday, 18 February 2013

Bukti Hadi Awang Makin Terdesak Didedah



Setelah sekian lama, cuba sedaya upaya untuk mempertahkan Anwar Ibrahim dan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhir terpaksa akur dengan kehendak dan tuntutan akar umbi para pengikut parti itu. Hadi ketika memberikan ucapan di Kampung Banggol Peradong semalam berkata Pas berkemungkinan tidak akan meneruskan kerjasama bersama DAP dan PKR sekiranya ia merugikan Islam dan Melayu.

Walaupun ada segelintir pengikut Pas merasakan kenyataan itu adalah merupakan bukti ketegasan Pas dalam mempertahankan Islam dan polemik kalimah Allah, namun bila dilihat secara keseluruhan ia hanyalah merupakan satu kenyataan terdesak dan strategi ‘serampang dua mata’.

Ini kerana, Hadi ketika menyampaikan ucapan yang memakan masa hampir sejam di hadapan kira-kira 8 ribu orang itu, beliau langsung tidak membangkitkan mengenai isu kalimah Allah. Walhal isu tersebut adalah merupakan pencetus kepada kemarahan ahli dan penyokong parti tersebut yang mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti itu.

Di masa yang sama, Hadi yang diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut,  ketika sidang akhbar sejurus selepas program yang diadakan itu, mengatakan ketika ini tidak wujud sebarang isu yang merugikan Islam dan Melayu sehingga membolehkan Pas keluar dari pakatan pembangkang. Beliau turut mengatakan kerjasama politik yang diambil oleh Pas untuk bersama DAP dan PKR masih lagi dilihat memperjuang dan memperkasakan Islam dan Melayu.

Lagi DISINI
-

Karpal Singh Hina Majlis Syura PAS, Malu der!


Teman nak tengok sejauhmana cai-cai PR nak meroyan kali ini. Karpal Singh dah tunjuk belang tuh! Keras betul kepala Karpal Singh ni sampai Majlis Syura PAS pun diperlecehnya. Malu la PAS. Tak ada kuasa langsung.



Karpal Singh dalam kenyataan di Sinar Harian, "Majoriti 2/3 (DAP dan PKR) tetap dengan pendirian yang sama. Walaupun, Pas menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu ALLAH tidak boleh digunakan. Majlis Syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR,”

Adeeh! Pedihnya! Cakap Majlis Syura tak laku der! Karpal lagi berkuasa dari PAS dalam Pakatan Rakyat. Macamana tu? Cakap nak bela Islam, tapi bila kena kejut dengan Karpal Singh terus terberak kapur..kahkahkah!!!
-

Sunday, 17 February 2013

GEMPAR: PAS Keluar Pakatan Rakyat?


Teman hairan la. Boleh percaya ke? Adeeh! Teman pening la. Macamana pulak Hadi Awang kata kerjasama PAS dengan DAP dan PKR tak merugikan Islam. Ada untung ke?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Entahlah! Kome fikir la betul ke tak apa yang Hadi Awang cakap ni. Seingat teman la, PAS sendiri yang lacurkan Kalimah Allah kepada DAP. Habis tu, tak ke meeugikan Islam? Bukar sekadar rugi, hilang maruah kehormatan islam. Apa cer? Rakyat tak boleh nak percaya dah PAS. Asyik nak menipu je..heee
-

Friday, 15 February 2013

GEMPAR! Haron Din Keluar PAS?


Ini berita yang baru gua terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Gua dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

Sumber
-

Sunday, 10 February 2013

Ingatkah Lagi Laknat Ni?


Jangan terlupa! Ingatkah lagi laknat ini? Seorang pendokong yahudi dan Israel secara terang-terangan dan terbuka. Dia jugak penyokong dan pengamal LBGT. Lagi celaka, menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. Tujuan utama nak jadi Perdana Menteri. Jangan terpedaya dengan janji-janji palsu Syaitan bertopeng manusia ini..Bukti-bukti dibawah..




-

Thursday, 7 February 2013

Kalimah Allah : Nik Aziz Berang, Hadi Awang Salah Umno



Semakin hari, polemik pengunaan kalimah Allah di dalam Bible semakin membuka hati dan minda masyarakat Malaysia khususnya warga Islam dan Melayu. Hampir saban hari, masyarakat di hidangkan dengan pelbagai kenyataan yang saling bercanggah di kalangan pemimpin pakatan pembangkang bagi mengelakkan isu yang mereka bangkitkan ini menjadi peluru yang ‘makan tuan’.

Itu belum lagi dikira dengan pelbagai bantahan di kalangan penyokong Pas sendiri, sama ada yang dizahirkan secara terbuka mahupun secara berselindung. Terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengalihkan isu sebenar dengan menyalahkan Umno dengan isu ini.

Minggu lalu, ketika berucap di salah satu program Pas Hadi mengatakan isu ini adalah merupakan kerja Umno bagi menghadapi pilihanraya umum dan bertujuan untuk memancing undi.

Hadi Awang mungkin terlupa, isu pengunaan kalimah Allah untuk kitab Bible ini telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan hari Natal yang lalu. Malah rata-rata pemerhati politik, pensyarah universiti malah pimpinan pakatan pembangkang di kawasan turut mengakui kenyataan Guan Eng sebelum ini bertujuan untuk menarik sokongan pengundi Kristian khususnya di Sabah dan Sarawak.

Malah Hadi sendiri semasa membuat kenyataan selepas mesyuarat Majlis Presiden pakatan tempoh hari juga telah memberikan persetujuan untuk membenarkan pengunaan kalimah tersebut oleh mereka yang bukan beragama Islam. Namun setelah mendapat bantahan hebat dari Majlis Syura Pas, Hadi Awang dan Nik Aziz terpaksa akur dan menarik kembali keputusan yang dibuat sebelum ini.

Yang lebih menarik, setelah mendapat bantahan dari Majlis Syura Pas, Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas telah melakukan kunjung hormat ke Pulau Pinang bagi menjernihkan suasana. Beliau turut diraikan oleh pimpinan DAP yang turut dihadiri oleh Karpal Singh sempena sambutan hari kelahiran beliau.

Perjumpaan tersebut mendapat liputan meluas oleh media dan portal pembangkang seolah-olah untuk memberikan gambaran kepada masyarakat, bahawa kemelut yang melanda antara DAP – Pas sebelum ini telah selesai.

Namun tidak lama selepas itu, Karpal Singh sekali lagi memberikan tamparan hebat berhubung kenyataan Nik Aziz yang mengatakan isu tersebut telah selesai. Menurut Karpal isu tersebut langsung tidak dibangkitkan di dalam perjumpaan tersebut.

Berang dengan ‘tamparan hebat’ Karpal itu, Menteri Besar Kelantan ketika diminta memberikan reaksi mengatakan ‘itu dia punya pasal’ dan mengatakan Karpal tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas.

Oleh yang demikian, secara keseluruhan kenyataan Hadi Awang yang menyalahkan Umno adalah merupakan satu tindakan ‘hand break’ untuk cuba mengalihkan perhatian masyarakat. Ini kerana yang membangkitkan isu ini adalah Guan Eng (DAP), yang bersetuju dengan pengunaan tersebut ialah Anwar (PKR), Hadi Awang dan Nik Aziz (Pas) manakala yang membantah ialah kepimpinan Majlis Syura dan penyokong Pas di kawasan.

Itu belum lagi dikira, pembohongan Nik Aziz yang mengatakan polemik mengenainya telah selesai yang akhirnya membuatkan Karpal Singh ‘panas telinga’ kerana ia langsung tidak dibincangkan sama sekali sebelum ini.

Lebih melucukan bilamana semalam, Hadi mengatakan dia tidak akan membawa keputusan Majlis Syura kepada Majlis Presiden dengan mengatakan kerana pakatan pembangkang belum lagi memerintah negara. Hadi turut mengatakan sepatutnya isu ini dibincangkan oleh kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan bukannya menyeret pimpinan pakatan.

Persoalannya isu ini dibangkitkan oleh pihak pakatan dan bukannya kerajaan Barisan Nasional malah kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membenarkan pengunaan kalimah tersebut oleh mereka yang bukan beragama Islam. Dalam erti kata lain, kerajaan tidak pernah cuba untuk mengadaikan dan melacurkan kesucian agama Islam semata-mata untuk meraih undi an sokongan rakyat seperti pakatan pembangkang.

Kesimpulannya, bila mana strategi yang diguna pakai oleh pakatan memakan diri, seperti kelazimannya mereka dengan pantas akan menyalahkan Umno. Apapun rakyat bukan bodoh untuk menilai permainan pimpinan atasan pembangkang semata-mata untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Suara Generasi Baru
-

Monday, 4 February 2013

Isu Kalimah Allah Selesai! Adeeh! Tipu Der!!


Adeehh! Apa cerita deme ni. Dalam parti PAS sendiri pun berbalah dengan polemik Kalimah Allah, macamana boleh kata selesai. Main pusing-pusing kenyataan. Majlis Syura tetap dengan pendirian. Maknanya Majlis Syura cakap sorang-sorang la. Pendirian PAS lain der! Kome tengok kat bawah ni.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kata, PAS tidak akan melayan sebarang desakan dari mana-mana pihak berhubung isu penggunaan kalimah Allah memandangkan ianya telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini. Tengok kenyataan Presiden PAS Hadi Awang, Anwar China Doll, Azmin Jamban, Karpal Singh..Ada beza tak!

Presiden PAS, Hadi Awang cakap setuju!!,

Karpa Singh cakap tak selesai lagi..,

Anwar China Doll kata setuju..

Azmin Ali kata setuju..
Apa cerita? Kapal Singh kata Majlis Syura adalah satu badan kecil yang tak ada suara dalam PAS. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lebih berkuasa. Ada komen der!!!..heee
-

Sunday, 3 February 2013

PANAS! PAS Kelantan Maki Guan Eng



Hah! Nik Ajis dan Had Awang jadi serabut. Ahli-ahli PAs sendiri bantah dengan tuntutan penggunaaan Kalimah Allah di Bible Versi bahasa Melayu sepertimana yang dituntut oleh Guan Eng. 

Sekumpulan 30 anggota dan penyokong PAS mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di Kota Bharu membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci Allah. Deme ni tak puashati dengan  dengan kepimpinan PAS yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu. Ujar deme ni, pemimpin PAS takut dengan pemimpin DAP hingga Kalimah Allah dipermainkan oleh DAP. DAP kudakan pemimpin Islam! Itu deme kata la. Bukan teman. 

Baru kome tau, pemimpin PAS ni dah jadi tunggangan DAP. Ikut telunjuk DAP. Hingga Kalimah Allah pun deme nak jual. Sokong lagi, dapat la sebijik!.heeee..
-

Majlis Syura PAS Tutup Mulut Takut Dengan Karpal Singh


Ini lah PAS yang dipuja-puja penyokong totok. Asyik berdolak dalik. Dah jelas Presiden PAS HAdi Awang telah bersetuju penggunaaan Kalimah Allah digunakan dalam Bible Versi Bahasa Melayu seperti yang diputuskan bersama Pakatan  Rakyat. Sebaliknya keputusan Majlis Syura PAS bertentangan dengan keputusan Presiden PAS sendiri. Lagi orang pening.

Terbaru, Majlis Syura Ulama Pas sudah 'menutup buku' terhadap isu larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu. Beliau menegaskan keputusan yang dibuat itu juga tidak bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini. Adeeh! Mana satu betul ni weh. Hadi Awang kata lain la. hadi Awang kata setuju. Majlis Syura kata tak setuju. Mudahnya je. macamana pulak boleh kata keputusan tidak bercanggah?

Mana boleh tutup buku lagi weh! Mudahnya kome bagi jawapan. Karpal Singh dah hentak-hentak kaki suruh bagi jawapan. Kalau berani lawan la Karpa Singh tu!Tak pun langkah mayat dia dulu le..heee..
-

Saturday, 2 February 2013

Karpal Singh Lawan PAS !



Apa sudah jadi? PAS kata isu Kalimah Allah telah selesai. DAP kata belum lagi. Adeehh! Mana satu betul ni weh!


Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.


Adeess! Mesti PAS kecut bila Karpal Singh dah bersuara. Gegar satu PAS..Kita tengok pendirian PAS pulak lepas ni. Berputar satu alam..kahkah...PAS mana ada berani...senyap la kot..
-

Anwar Ibrahim Kena Tendang Keluar Dari Permatang Pauh



Hah! Teman dah lama dengar cerita Anwar China Doll ni dah tak diterima oleh pengundi Parlimen Permatang Pauh. Pengundi pun dah meluat tengok muka yang dah tak ada seri ni. Jadi tidak hairan la ada gerakan dalam PKR Permatang Pauh dan Pulau Pinang untuk menjatuhkan Anwar China Doll ini. Teman difaham pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh dah meluat tengok perangai Anwar China Doll terutamanya sokongan beliau kepada isu Kalimah Allah. ada yang sanggup bertentang mata dengan Anwar China Doll untuk berhujah tentang isu ini. Apa cer? Orang kampung dah marah! Adeehh!!!

Sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang dikatakan sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konconya kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu.

Kumpulan itu kini dalam proses mengumpul ahli sebelum mengadakan perbincangan terperinci sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan.

Gerakan itu didedahkan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang turut diminta menyertai gerakan itu baru-baru ini oleh ahli PKR kampung Anwar di Cherok Tok Kun, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya.

Mungkin keluar parti

“Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya kepada BH.
-

Wednesday, 30 January 2013

Isu Kalimah Allah Bukti Segelintir Ulama PAS Hanya Pada Serbannya


Isu kalimah Allah yang sedang panas kini sekurangnya dapat membuka mata hati kita untuk mengetahui bahawa bukan semua ulama dalam PAS layak untuk digelarkan sebagai ulama. Ulama adalah pewaris nabi, maka sesuai dengan gelaran pewaris itu, sifat dan akhlak mulia nabi seharusnya diikuti oleh para ulama.

Ulama adalah merupakan sumber untuk umat Islam menetap dan mengetahui sesuatu hukum dan jika golongan ini tiada, semua permasalahan yang memerlukan penyelesaian hukum adalah sukar untuk dicapai. Ulama juga merupakan pemimpin yang menegakkan Islam dan menyanggah sesautu perkara yang bertentangan dengan agama.

Tapi segelintir ulama yang ada pada masa kini terutamanya dalam PAS, mereka ini adalah merupakan ulama yang jahat. Rasulullah dalam hadisnya berkata bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal haram, mengetahui hak dan batil, memahami al-Quran serta al-Hadis tetapi sanggup mencampur-adukkan perkara hak dengan batil.

Inilah dikatakan ulama yang menyeleweng. Rasulullah pernah ditanya seorang sahabat, “Apakah amal perbuatan yang paling utama? Baginda menjawab: Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan. Sahabat berkenaan bertanya lagi: Manusia yang bagaimana yang paling buruk? Baginda menjawab: Ulama yang selalu membuat kerosakan.” (Hadis riwayat Jamaah)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rosaknya agama disebabkan tiga perkara iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad.” (Hadis riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).

Alangkah panasnya penyokong-penyokong PAS apabila sebarang kata-kata ‘ulama’ mereka disanggah oleh sesiapa. Malah penulis sendiri pernah dimaki hanya kerana menolak kepimpinan ulama tersohor PAS, Nik Aziz. Mereka kata Nik Aziz ini ulama dan seharusnya dihormati oleh umat Islam.

Fatwa-fatwa sampah yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ini, jika disanggah pun mereka akan marah. Sedangkan fatwa sampah itu kini telah tercalit pula pada mereka seperti fatwa bekerjasama dengan MCA adalah kafir. Kini mereka pula bekerja sama dengan DAP yang secara terang-terangan menyokong fahaman liberlisme dan selalu mengeluarkan kenyataan yang mempermainkan agama Islam.

Ulama kah itu?

Mempergunakan kubur mangsa tragedi berdarah Memali dengan meletakkan minyak pewangi dengan tujuan untuk menarik penyokong. Ulama kah itu?

Mengkafirkan orang-orang Islam yang lain (ahli UMNO) sedangkan kafirnya seseorang hanya urusan Allah sahaja. Ulama kah itu?

Dahulu kata mahu wujudkan negara Islam, hinggakan semua penyokong mereka percaya dan sanggup melakukan apa sahaja, tapi kini katanya pula negara Islam tiada dalam Al-Quran. Ulama kah itu?

Dahulu kata mahu laksana hukum hudud, hinggakan semua penyokong mereka percaya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan kerajaan yang didakwa mereka mempertahankan undang-undang penjajah. Tapi kini katanya hudud hanyalah 0.0001%, hanya juzuk kecil dalam perundangan Islam. Undang-undang penjajah ini pula mereka mahu mempertahankan dengan bekerjasama bersama Pakatan Rakyat. Ulama kah itu?

Baru-baru ini kata pihak sana boleh gunakan kalimah Allah, tapi kini buat kenyataan pusingan U pula. Baguslah! Alhamdulillah. Namun sebagai ulama, takkan lah perkara ini tidak boleh fikir awal-awal. Terus keluar kenyataan setuju untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja. Ulama kah itu?

Banyak lagi lah. Buat sakit hati fikir lebih-lebih perkara-perkara bangang yang dilakukan oleh ulama PAS ini.

Tinggi mana pun penyokong PAS mengangkat Nik Aziz sebagai ulama, bagi penulis Nik Aziz ini adalah tergolong dalam golongan ulama seperti yang disebutkan oleh Rasulullah.

Penyokong PAS anggap hanya seorang sahaja ulama dalam Malaysia ini. Hanya Nik Aziz! Hanya dia yang boleh keluarkan sebarang fatwa. Fatwa dari ulama lain semuanya tidak sah dan haram.

Walauapapun masih terdapat golongan ulama yang tulin dalam barisan kepimpinan PAS yang mana mereka ini yang seharusnya kita hormati bukan seperti ulama terompah ini.

Yang penting, kita harus menilai seseorang ulama itu pada ilmunya, pada adabnya, pada perlakuannya dan bukan pada serban dan jubahnya.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...