Showing posts with label Ustaz Fathul Bari Mat Jahya. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Fathul Bari Mat Jahya. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Ulama masih boleh nasihat tanpa berpolitik



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata ulama boleh terus menasihati pemerintah tanpa menyertai pilihan raya dan parti politik.

Fathul Bari berkata, sekiranya ada keperluan di antara keburukan dan kebaikan dan melihat kebaikan yang banyak, maka terpulang kepada ulama tersebut untuk menyeimbangkan suasana politik hari ini.

“Ramai yang cuba mempertahankan agama, tetapi kita terlupa orang yang menyertai pilihan raya umum kadang kala ada asas agama tetapi tiada pengetahuan mengenai pentadbiran negara, ekonomi dan sebagainya.

“Kita perlu seimbangkan keadaan tersebut. Hubungan struktur pentadbiran, ekonomi dan sebagainya memerlukan maklumat kerana ia membantu menyeimbangkan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. (Sinar)
-

Monday, 28 January 2013

Penjelasan Ustaz Fathul Bari Isu Kahwin Lari di Thailand.


Ini ialah video penjelasan Ustaz Fathul Mat Jahaya mengenai isu khawin lari di Thailand. Isu ini telah digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti UFB dengan menggunakan blogger-blogger cai yang makan duit haram Pakatan Rakyat. Cuba amati dan lapangkan dada..

Fathul Bahri bernikah untuk mengislamkan seorang gadis beragama kristian Maria Jor Erlano. Adakah itu salah? Bukan seperti ustaz-ustaz PAS yang tak berhenti-henti nak memfitnah orang dan curi bini orang serta beromen dalam keretapi. Apa cer? Pernikahan kedua Fathul Bahri juga mendapat sokongan bini pertamanya, malah beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, tak kaunseling bini orang jam 3 pagi. Fikirlah sendiri.
-

Tuesday, 15 January 2013

PAS Lacurkan Islam, DAP Kristiankan Islam. Kome Mahu?


Isu Kalimah Allah telah menjadi polemik yang besar. Sejak berbangkitnya isu ini atas desakan Guan Eng menuntut penggunaan Kalimah Allah untuk Bible versi Bahasa Melayu, berbagai-bagai komen balas positif dan negatif yang timbul. Pada awalnya PAS telah menerima dan bersetuju untuk penggunaan Kalimah Allah digunapakai oleh agama Kristian, tapi kemudian ditarik balik oleh Majlis Syura PAS yang masih jadi tanda tanya.

Teman terpanggil untuk memetik sedutan kenyataan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya mengenai isu Kalimah Allah yang dituntut oleh Guan Eng dan DAP. Ujar UFB di Sinar Harian, DAP yang memperjuangkan demokrasi, seharusnya melihat majoriti umat Islam dan menghormati sensitiviti sebelum mendesak kerajaan membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.


DAP juga perlu merujuk kembali berkaitan hal ehwal agama yang dikuasai Raja-raja Melayu terutama Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakannya yang membentangkan cadangan dan pendapat itu sama ada kepada Majlis Raja-raja atau Yang di-Pertuan Agong seolah-olah tidak menghormati dan membelakangkan ketua agama.

“Mereka tidak hormat institusi raja dan meletakkan keputusan dan melakukan gesaan serta desakan ke atas umat Islam dalam negara ini,”

Kebimbangan UFB mengenai pengaruh pluralisme akan meresap dalam masyarakat seterusnya konsep kesamarataan akan menjadi amalan songsang hingga ke isu-isu kesamarataan agama. Jika berlaku, anggapan semua agama adalah sama akan menjadi budaya sesat dan menyongsangkan khususnya bagi umat Islam..Fikir-fikirkan lah..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...