Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

BREAKING NEWS: Penduduk Parlimen Bagan Bantah Guan Eng Buat Terowong


Lebih 100 nelayan pesisir pantai Bagan Ajam di sini, mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang meminggirkan mereka dalam cadangan pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

Ketua Unit Nelayan Bagan Ajam, Mazlan Abdul, 45, berkata, kerajaan negeri tidak memikirkan masalah golongan itu termasuk risiko hilang punca pendapatan sekiranya projek tersebut diteruskan.

"Bagaimana kami mahu mencari rezeki selepas ini kerana bot dan sampan kecil kami tidak dapat belayar jauh sekiranya projek itu dilaksanakan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan demonstrasi itu hari ini.

Mazlan berkata, projek itu juga berisiko menjejaskan lebih 1,000 nelayan di Ujong Batu dan Kuala Muda yang sering ke Bagan Ajam untuk menangkap ikan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Tajuddeen Ibrahim menyifatkan projek tersebut hanya membazirkan wang rakyat kerana manfaatnya yang tidak jelas.

Malah, katanya, projek itu juga bakal menyebabkan lebih 6,000 penduduk di kawasan pesisir pantai Bagan Ajam terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek tersebut.

"Jika untuk pembangunan, kami penduduk di sini beranggapan kawasan Bagan Ajam sudah cukup membangun.

"Saya beranggapan ini semua hanyalah usaha meraih perhatian pengundi kerana pilihan raya umum sudah semakin hampir," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Belia Nelayan Bagan Ajam, Ibrahim Shah Nasir, 33, berkata, projek terowong dasar laut tersebut akan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan sekali gus mengganggu rutin kehidupan penduduk di kawasan berkenaan.

"Jika masa yang diambil untuk menyiapkan projek ini terlalu lama, pastinya akan menyebabkan pembaziran dan adalah lebih baik kerajaan negeri menggunakan peruntukan itu untuk membina perumahan rakyat," katanya.
-

Monday, 1 April 2013

BONGKAR!Gambar Hubungan Intim Pemimpin dan Naib Pengerusi Wanita PKR Penang di bilik mandi tersebar??


Huh! Macam dah menjadi resam dan PKR, dari atas sampai kebawah tak habis-habis cerita tak senonoh. Jika BOS PKR kuat menyontot China Doll dan Cium Tiak Mahasiswa Jantan termasuk perlauan tidak senonoh pemimpin PKR Kedah di depan Laptop.  kali ini anak buahnya di Pulau Pinang. Kecoh tentang penyebaran gambar hubungan intim antara Ahli Majlis PKR dengan Naib Pengerusi Wanita PKR Pulau Pinang.

Jika benarlah surat dan gambar yang diperkatakan, maka memnang benarlah PKR adalah parti songsang dan terbukti penuh dengan skandal seks. Memang seks tidak boleh dipisahkan dari PKR. Tapi macam biasa la, U Ulang I Saman dan gelaran kepada UMNO sebagai porno akan menjadi senjata macai untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Namun tidak mejawab persoalan dan memberi apa-apa jawapan tentang pertuduhan tersebut. Harus diingat, yang mendedahkan skandal tak senonoh ini adalah dari dalaman PKR sendiri! Macai pun sama, kaki seks! ptuiii!!!
-

Sunday, 31 March 2013

TU DIA! Janji Guan Eng Macam Hampas!


Janji Guan Eng macam-macam! Nak mansuh itu ini, Nak hapuskan Tol. Janji palsu untuk raih undi semata-mata. Bila dah menang, terus diam membisu bagi pelbagai alasan yang tak munasabah. Akhirnya Kerajaan BN akan dipersalahkan.

Isu tol Sungai Nyior pun masih tak boleh nak selesai. Macam-macam janji macam hampas. Terbaru, Sekumpulan penduduk Bagan, di sini mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya lepas untuk menghapuskan tol Sungai Nyior, di sini.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua berkata, penduduk di kawasan berkenaan kecewa dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang gagal menunaikan janji itu.
Katanya janji yang diberikan ialah sekiranya memenangi pilihan raya umum, tol Sungai Nyior akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga hari ini Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan masih gagal memansuhkan tol.
"Pengguna masih tetap membayar 50 sen setiap kali melalui tol berkenaan.
Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) mahu mansuhkan tol lebuh raya utara selatan kalau tol 50 sen pun gagal dimansuhkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman berkenaan hari ini.
Kumpulan itu turut membawa pelbagai sepanduk dalam beberapa bahasa bagi menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji itu.
"Mereka hanya pandai berjanji itu dan ini tetapi gagal menunaikannya dan saya berharap rakyat Pulau Pinang dapat membuka mata dan lihat apa yang mereka telah lakukan sepanjang tempoh lima tahun mentadbir negeri ini,” katanya. - Bernama
-

PANAS! Guan Eng Dicabar! Kit Siang Lari Malam

Apa cerita nih! Teng Chang Yaw sedia berdepan dengan Guan Eng satu lawan satu di PRU13. Apa macam? Ada berani ke? Bapak dah lari kampung takut kalah terus minta bertanding di Gelang Patah Johor.

Teman ingat la, rasanya Guan Eng pun nak lari balik kampung la kot. Balik Melaka..adehh! Orang Melaka boleh terima Guan Eng balik ke? Jawab la cabaran Teng Chang Yaw tu????
-

WOW: Meriah Betul La! Macam Gini La

Meriah sungguh Jom Karnival Belia 2013 yang mula berlangsung hari ini. Program dimulakan dengan Senamrobik Perdana yang disertai lebih 1, 500 orang. Fuh! Memang ramai..

Ucapan En Zakaria bin Kasa, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri di JPM. Berbagai-bagai acara akan terus berlangsung sehingga petang nanti.

-

FUYOO! Jom Karnival Belia 2013 Pulau Pinang

Amboi! Ada karnival belia pulak weh! Jom Karnival Belia 2013 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang pada hari ini 31 Mac 2013. Banyak acara-acara yang menarik menanti pengunjung. Acara akan bermula seawal 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Program tersebut akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamaed Yackop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Jom kita ramai-ramai meriahkan Jom Karnival Belia 2013...
-

Saturday, 30 March 2013

BONGKAR! Guan Eng Rompak Duit Rakyat Didedah!



Mari kita buat matematik mudah! Bagaimana Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang. Kome teliti betul-betul..

Surcaj air bersamaan RM 0.24. Ini bermakna jumlah surcaj bermula Januari 2011 hingga Mac 2011 bersamaan RM2,120,174.00

Bilangan pengguna yang dikenakan surcaj bagi 3 bulan pertama 2011 seramai 132,122 orang. Ini bermakna 3 bulan pertama 2011 sebanyak RM2,120,174.00. Selebihnya purata Bulan April 2011 hingga Disember 2012 bersamaan 21 bulan (RM660,000 Sebulan). Dengan jumlah tersebut kos surcaj berjumlah RM13,860,000. 

Campur tolak bermakna Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengambil duit rakyat dalam diam sebanyak RM16 Juta bermula Janauri 2011 hingga Disember 2012.

Fikir-fikirkan la..
-

HOT! Ini semua Salah UMNO!


Soalan? Siapa perintah Pulau Pinang? DAP..Siapa yang luluskan Rumah Urut? DAP.. sendiri mau ingat la!!! Nak salahkan siapa? UMNO jugak ka? Tapi PAS ni berani buat kain rentang je. Kerusi DUN di Pulau Pinang milik PAS ada satu aje. DAP melambak! Sekali Guan batuk! terberak semua pemimpin PAS! Apa nak kat kata kan..Jom ubah!!!

-

Friday, 29 March 2013

BONGKAR! Penipuan Guan Eng Terbongkar!


Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
-

PANAS! Guan Eng Ditolak Mentah-Mentah Oleh Kaum Cina


Kaum Cina di Pulau Pinang sendiri bengang dengan Guan Eng, adakah ini petanda negeri tersebut akan kembali kepada Barisan Nasional selepas PRU13 nanti?

Semuanya gara-gara sikap Guan Eng yang bagaikan tokong, tidak mempedulikan pendapat orang lain. Bukan sekadar isu terowong bawah laut yang heboh diperkatakan kini, malahan pelbagai lagi isu lain yang semakin hari semakin menunjukkan sifat kuku besi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Jika sebelum ini Guan Eng sentiasa berbangga dan bermegah kononnya sokongan kaum Cina kepada DAP adalah sangat tinggi, kini beliau terpaksa berfikir dua kali untuk berbuat begitu lagi.

Walaupun para pecacai Pakatan Pembangkang begitu mengagungkan Guan Eng sehinggakan isu kalimah Allah yang pada awalnya dibangkitkan oleh beliau supaya dibenarkan penggunaannya di dalam Bibble turut mendapat sokongan mereka sungguhpun mereka itu sendiri beragama Islam.

Malahan, sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut, walaupun orang tersebut bukan penyokong kerajaan Barisan Nasional, pasti akan dituduh sebagai macai UMNO.

Mungkin istilah hukum karma sesuai digunakan untuk menggambarkan kedudukan Guan Eng kini. Jika satu ketika dikatakan kerajaan Barisan Nasional begitu yakin Pulau Pinang akan sentiasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kini perkara tersebut berbalik kepada DAP pula.

Tidak mustahil selepas PRU13 nanti Pulau Pinang akan kembali kepada Barisan Nasional. Apatah lagi kaum lain juga ramai yang marah dengan tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam pentadbirannya.

Bukan sahaja janji-janji tidak ditunaikan, bahkan sedikit demi sedikit golongan berpendapatan rendah diusir secara halus daripada Pulau Pinang dengan pembinaan rumah mampu milik yang berharga ratusan ribu ringgit yang sememangnya tidak mampu dimiliki oleh golongan ini.

Duit rakyat untuk kegunaan rakyat. Kos pembinaan terowong bawah laut dan tiga lebuhraya menggunakan duit rakyat yang meningkat melebihi daripada kos asal yang diumumkan sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai apatah lagi projek tersebut tidak memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pendapat.

Walaupun Guan Eng berbelit lidah mepertahankan diri mengatakan angka yang menjadi pertikaian orang ramai merupakan kesilapan taip, itu tidak mampu mengalihkan isu pembaziran duit rakyat dari terus diperkatakan.

Adakah ini petanda DAP bakal kehilangan Pulau Pinang selepas PRU13 nanti? Sama-sama kita nantikan…

Suara Generasi Baru
-

Tu Dia! Bukti Kaum Cina Tolak Guan Eng Di Pulau Pinang


Adeeh! Apasal apek! Lu talak puas hati sama itu Guan Eng ek! kesian Apek! apa boleh buat la Apek, Itu DAP sudah jadi parti anak beranak! apa mahu buat! Ini kali kasi tukar la Apek! Semangat ala Apek! 

Apek ni kempen tanpa ada sebarang imbuhan yang dia dapat! Semangatnya dengan motorsikal kapcainya kerap kelihatan di sekitar Parlimen Bagan. Kalau teman bertembung lagi dengan apek ni, nanti teman snap gambar banyak-banyak. Tak pun teman interview apek ni..kan..kan..

-

Sunday, 24 March 2013

PANAS! 20 Ribu Membanjiri Padang Kota Lama! #rempuh243 #jomsokongbn


Tu dia! Sekitar 20,000 orang membanjiri Padang Kota Lama Pulau Pinng untuk menyertai Himpunan Rakyat Bersatu. Turut hadir semua kepimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang. Orang ramai mula membanjiri Padang Kota Lama sejak jam 3 petang lagi dan acara kemuncaknya pada jam 5 petang. Beberapa ucapan daripada pemimpin-pemimpin BN Negeri Pulau Pinang termasuk Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang, Teng Cheng Haw dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
 
Orang-ramai memakai head band "Jom Sokong BN' sebagai tanda sokongan kepada Barisan Nasional. Program tersebut juga mendapat sokongan dari NGO-NGO yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.









-

UPDATED 4.00 PM: Himpunan Rakyat #rempuh243 #jomsokongbn

Orang ramai mula berpusu-pusu membanjiri Padang Kota Lama menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang. Sekitar gambaran di Padang Kota Lama Jam 4.00 petang. Acara kemuncak jam 5.00 petang hingga 7 petang.

-

Tu Dia! Guan Eng Jadi Serabut #rempuh243

Tu Dia! Orang ramai mula berkumpul seajak 3 petang tadi. Satu Program Himpunan Rakyat Bersatu akan bermula petang ini jam 5.00 petamg hingga 7 malam di Padang Kota Lama Pulau Pinang.

Beberapa gambar sekitar jam 3.00bpetang tadi yang sempat teman rakam.


-

HOT NEWS : Guan Eng Mengeletar Ketakutan Melihat Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang #rempuh243


Di saat pakatan pembangkang begitu yakin dan mendabik dada, kononnya pengundi Cina akan tetap menyokong mereka dalam pilihanraya umum -13, tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan laporan himpunan bantahan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. Dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri daripada belia Cina dan India telah berarak dari Jalan Macalister menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.

Ia ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan gagal menanggani pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Antara yang disuarakan ialah kegagalan DAP dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina kerana lebih tertumpu kepada kroni yang ada kepentingan dan rapat dengan ‘Dinasti Lim’.


Mereka juga mengatakan tidak lagi percaya kepada anak Lim Kit Siang itu yang dikatakan gagal mengotakan janji-janji yang pernah diucapkan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Malah mereka juga dikatakan turut membantah pembinaan terowong dasar laut yang ingin dibangunkan kerana merasakan ia merugikan duit rakyat dan bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk di bahagian pulau.

Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan pimpinannya yang ingin membangunkan terowong dasar laut bernilai 6.3 billion.


Tambah menarik, di masa yang sama turut berlangsungnya satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mendesak agar Setiausaha DAP itu menarik kembali kenyataannya berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat jumaat itu dikatakan berjaya menghimpunkan sekitar 300 orang yang turut dihadiri oleh ahli dan penyokong dari Pas.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah berarak sejauh 1 kilometer itu telah bermula dari Masjid Simpang Enam menuju ke Komtar. Kedua-kedua kumpulan tersebut akhirnya bergabung di dataran Komtar menjadi satu kumpulan yang membawa suara rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Salah seorang peserta yang ditemui berkata, perarakan ini adalah merupakan lanjutan dari himpunan yang diadakan sebelum ini dan sekiranya Guan Eng masih berdegil pihak penganjur akan terus mengadakan himpunan yang sama setiap dua minggu. Ia bagi mendesak dan memberi pengajaran kepada Guan Eng agar tidak celupar terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menurut sumber pula, pada sebelah pagi satu laporan polis telah dibuat oleh Guan Eng sendiri di IPK Timur Laut bagi mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur agar membatalkan himpunan dan perarakan tersebut.

Mungkin kerana takut dan panik, telah menyebabkan pimpinan DAP itu terlupa akan Akta Himpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tidak berapa lama dahulu. Bukankah ia merupakan salah satu tuntutan yang pernah diperjuangan oleh parti sekular itu?

Nampak sangat Guan Eng ini merupakan seorang ahli politik yang ‘double standard’, apabila pakatan pembangkang mengadakan himpunan, mereka akan mendesak agak pihak polis memberikan kebenaran atas nama kebebasan, demokrasi dan hak asasi yang dijami perlembagaan. Namun apabila himpunan tersebut ditujukan kepada mereka, dengan pantas laporan polis dibuat, agar tindakan diambil agar ia segera dibatalkan.

Malah atas ‘arahan’ pihak-pihak tertentu juga, semua pintu masuk ke dalam bangunan tersebut dikatakan telah ditutup. Tidak cukup dengan itu semua perkhidmatan lif dan eskalator turut dimatikan bagi mengelakkan peserta himpunan naik ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, mereka yang sebelum ini sering melaungkan slogan kebangkitan rakyat dengan meminta masyarakat turun ke jalanraya untuk menumbangkan kerajaan BN, sebenarnya takut dan gentar apabila berhadapan dengan sitausi yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila himpunan yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan di Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang yang berani bangkit mempertahankan hak mereka ia sekaligus dapat membuka hati dan minda masyarakat di negara ini yang sering tertipu dengan janji-janji Pakatan Pembangang.

Suara Generasi Baru



-

Saturday, 23 March 2013

PANAS! 500 NGO berhimpun bantah Guan Eng #rempuh243 #jomsokongbn


Seramai 500 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi membantah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadap pelbagai isu sejak lima tahun pemerintahannya di sini petang ini.

Mereka daripada kaum Cina, India dan Melayu itu daripada beberapa gabungan NGO seperti One Malaysia Brother, Malaysia Youth Right Movement, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Warisan Anak Merdeka.

Presiden Malaysia Youth Right Movement, Shee Yee Aun pada perhimpunan selama itu berkata, kehadiran mereka adalah untuk menghantar memorandum kepada Guan Eng berhubung pelbagai masalah rakyat yang perlu diselesaikan kerana banyak janji-janji dalam manifesto lalu masih gagal ditunaikan. - KOSMO!
-

Wednesday, 27 February 2013

Guan Eng Janji Tol Free Tapi Parking Kereta Kena Bayar Ma!


Apa cerita ni apek! Mau kasi semua free ka? Apek kasi itu tol free. Bagus la apek. Tapi apek, lu punya negeri, itu Pulau Pinang pun ada kasi bayar parking ma! Apasai tak mau kasi free..Itu banner kalu mau kasi gantung kena bayar jugak ma! Apasai lu tau mau kasi free ma! Negeri lu perintah pun tak boleh kasi free..macamana mau kasi itu tol free ma..!!!

Lu mau tipu kita olang ka! Hakkkk tuiii!!! Boloh punya olang..

-

Monday, 25 February 2013

Sokongan Rakyat P.Pinang Terhadap BN Meningkat


Waduh! Guan Eng Weh! Apa macam! Ini statement ada baik punya! Rakyat Pulau Pinang sudah balik kepangkuan jalan. Sudah mahu undi BN ma! Lu apa bikin.. Bikin rumah besar-besar, juta-juta punya halaga woo! Mahai la. Itu olang singapore jugak ada beli. Malaysia punya olang talak loii woo..

Sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berikutan kesedaran yang tinggi bahawa kerajaan DAP selama ini cuba mengelirukan mereka dengan mempromosi kebaikan diri sendiri.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sebuah negeri yang kecil seperti Pulau Pinang memerlukan perancangan teliti untuk memelihara kelestariannya di samping terus mengutamakan kebajikan rakyat.

"Pendapatan Pulau Pinang adalah kecil kerana tidak mempunyai balak dan kuari. Mereka terpaksa menjual tanah untuk menambah pendapatan tetapi tanah pula terhad dan ia diterjemahkan dengan harga rumah yang lebih tinggi.

"Oleh kerana itu kerajaan DAP Pulau Pinang kini terpaksa bergantung kepada premium tanah sebagai sumber pendapatan negeri menyebabkan pulau kini hanya untuk orang kaya dan menjadi pulau botak kerana terpaksa dipotong untuk projek pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan upacara sembahyang di kuil Kek Lok Si, Ayer Itam, di sini, Ahad, yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dr Chua berkata terdapat kira-kira 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM7,000 sebulan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana tidak banyak rumah di bawah harga RM400,000.

"Saya percaya jika Ketua Menteri Lim Guan Eng diberi lima tahun lagi untuk memerintah negeri ini, dia tidak mempunyai tanah lagi untuk dijual untuk menjadi sumber pendapatan negeri.

"Dengan memberi peluang kepada BN, Pulau Pinang akan kembali membangun kerana kita mempunyai pelan induk untuk membangunkan pelancongan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan mewujudkan pusat pemunggahan," katanya.

Dr Chua turut menasihati pengundi di Selangor agar menolak kerajaan pakatan pembangkang kerana mengamalkan politik yang memusnahkan diri apabila sanggup menggantung semua projek kerajaan persekutuan semata-mata untuk menunjuk kuasa.

Beliau berkata akibat daripada tindakan pakatan pembangkang itu, rakyat yang sebelum ini memberi mereka undi dengan harapan menikmati kehidupan lebih baik, sebaliknya hidup menderita.

"Apa yang diluluskan Kerajaan Pusat adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk syok (seronok) sendiri, bukan untuk Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) atau penyokong BN, ia untuk semua orang.

"Apa yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor adalah untuk menunjukkan kuasa. Siapa yang akan menderita? Rakyat akan menderita dan rakyat patut protes," katanya.

Sementara itu, beliau berkata MCA memberi sumbangan sebanyak RM200,000 kepada kuil Kek Lok Si yang merancang untuk membina sebuah hospital lima tingkat mengandungi 50 katil untuk orang kurang mampu.

"Saya berharap rancangan itu mendapat sambutan pelbagai pihak dan menghulurkan bantuan bagi menjayakan pembinaan hospital itu," katanya. - BERNAMA
-

XCLUSIVE: Niat Jahat Guan Eng Didedah



Lim Guan Eng menempelak Najib Razak sebagai tidak layak menjadi Perdana Menteri apabila menggunakan perkauman dan mempermainkan sentimen ekstremis agama dengan fitnah bahawa DAP menindas agama Islam. 

Tuduhan Najib ke atas DAP menindas agama Islam didakwa suatu tuduhan liar yang serius kerana Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Ujar Guan Eng lagi, DAP telah memasukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan di dalam perlembagaan parti itu. 

Najib juga dikecam kerana tidak dapat membuktikan bahawa DAP menindas agama Islam sebaliknya Guan Eng berbangga setelah menang dalam saman beliau ke atas Utusan Malaysia dalam isu beliau dikatakan anti-Islam. 

Bagi membuktikan kesungguhan DAP mempertahankan Islam, Guan Eng berkata semasa pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada sebuah surau atau masjid dirobohkan.

Selain itu DAP menambahkan peruntukan kepada hal ehwal Islam lebih besar berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini, memberikan tanah bernilai hampir RM80 juta untuk membina ibu pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang, mendirikan Tapak Perindustrian Halal, menambahkan elaun bulanan 80 peratus kepada tok siak dan bilal, mengiktiraf para huffaz serta memberikan peruntukan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat yang dikatakan tidak dibuat langsung sebelum ini. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa negeri itu merupakan negeri pertama yang mengharamkan judi bola dikala Najib dikatakan hendak meluluskan pemberian lesen judi bola berkenaan. 

Cincin Emas: Terima kasih Guan Eng kerana telah mendaulatkan Islam di Pulau Pinang. Usaha dakwah Guan Eng ini tak ubah seperti zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Guan Eng tak perlu berbangga dengan usaha beliau ini kerana Nik Aziz pasti tak setuju. Semua pemberian kepada rakyat oleh kerajaan umpama memberi makanan kepada haiwan. Sepatutnya Guan Eng bagi “ilmu” kepada rakyatnya dengan berceramah siang dan malam. 

Guan Eng usah bermain wayang Cina dengan orang Melayu-Islam Pulau Pinang. Peruntukan besar tersebut hanya kosmetik bagi menutup agenda utama DAP. 

Orang Islam Pulau Pinang tidak termakan dengan “rumput dan hampas” yang ditabur Guan Eng. Mempertahankan kalimah suci ALLAH lebih utama setelah Guan Eng mahu ia dikongsi dengan penganut agama lain. 

Hari demi hari Guan Eng dibelasah dengan isu kalimah ALLAH, kali ini beliau mahu orang Islam mengingati perjuangannya dalam mendaulatkan Islam di bawah pemerintahannya bagi mengaburi keceluparannya itu. 

Kamu silap Guan Eng. Kami tidak akan pernah lupa dan akan terus mengingatinya

Cincin Emas
-

Saturday, 23 February 2013

Nik Aziz Kata Guan Eng Lembu Sebab Bantuan RM100 Warga Tua di Pulau Pinang


Adeeh! Ini Apa pulak! Nik Ajis nak kata apa pulak ni! Lembu jugak ke? Guan Eng bagi RM100 kepada warga tua dalam skim Kerajaan DAP Pulau Pinang. Apa cer? Nik Ajis nak bagi fatwa baru pulak ke? Tak ke ni namanya rasuah jugak! Kat deme semuanya boleh, tapi bila kerajaan BN buat semuanya salah. Itulah namanya Yahudi tahap gaban. ptuii!!

Patutnya Nik Ajis ni bercakap biarlah tengok kiri kanan dulu. Ini tak, main hentam ikut suka je. Apa macam? Teman tunggu fatwa baru Nik Ajis ni. Tak pun dari macai-macai yang dapat bayaran beribu-ribu untuk buat fitnah tu! Ada bran?

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...