Showing posts with label Ayam dan Lembu. Show all posts
Showing posts with label Ayam dan Lembu. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

GEMPAR: Firaun Bagi Bantuan Di Puchong


Adeehh! Ini apa cerita der! Gambar atas ialah Ketua Pemuda PAS Puchong sedang bagi bantuan pada penduduk difahamkan sekitar Puchong. Yang ini Nik Ajis tak kata apa ke? Kalau sebelum ini penerima BR1M diumpama ayam dann lembu ditambah bodoh oleh Hadi Awang, macamana pulak yang ini? Yang bagi ni pun Firaun jugak sebab Firaun pun bagi bantuan pe!

Cakap tak serupa bikin. Sendiri buat tapi tak sedar..cesss...

-

Haiwankah Aku?



ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

Sumber
-

Wednesday, 27 February 2013

Meh Tengok Firaun Bagi Bantuan Pada Ayam dan Lembu


Teman saje nak tunjuk gambar yang PAS kutuk dan hina Kerajaan BN macam firaun bagi BR1M pada rakyat tuh! Rakyat yang ambil BR1M  dihina seperti ayam dan lembu, tambah lagi Bodoh dan segala bagai. Gambar-gambar ini nak tunjuk siapa yang Firaun dan ayam dan lembu.. Adeehh!!



-

Rakyat Disamakan Seperi Haiwan: Bila Nik Aziz Nak Minta Maaf?



Ketika saya di sekolah tadika dulu, cikgu saya pernah memberitahu bahawa amalan sedekah merupakan satu amalan yang mulia dan terpuji. Saya masih anak-anak ketika itu untuk memahami erti amalan tersebut.

Ketika di sekolah rendah pula, ustazah saya pula memberitahu bahawa amalan bersedekah merupakan sunnah Rasulullah SAW dan Baginda selalu menyeru agar umatnya menghulurkan sedekah walaupun dengan sekadar senyuman. Dapat pahala katanya.

Di sekolah menengah pula, ustaz pula menjelaskan bahawa tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Begitulah keberkatan rezeki yang dikongsi bersama sesama manusia. Yang ada rezeki lebih berkongsi rezekinya dengan yang kurang.

Dan di kuliyyah pula, seorang pensyarah dari Mesir merangkumkan bahawa sedekah itu adalah satu tuntutan dan konsep muamalah Islam. Begitulah serba sedikit pengetahuan saya mengenai amalan sedekah jariah.

Tapi, berlainan pula halnya dengan ajaran Mursyidul Am PAS. Padanya, jariah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan bernilai RM500 kepada rakyat baru-baru ini adalah satu amalan keji yang tidak ikhlas.

Kononnya, pemberian RM500 itu adalah untuk membeli undi.

PAS mendakwa jariah tersebut seolah-olah cuba menjadikan rakyat yang kurang berkemampuan seperti haiwan atau binatang. Kononnya sengaja menabur hampas untuk “ayam” makan, dan menghampar rumput untuk dimakan “lembu”.

Ibaratnya, rakyat yang kurang berkemampuan itu adalah seperti “ayam” dan “lembu”.

Persoalannya, apakah wajar Nik Aziz Nik Mat yang kononnya “Tok Guru” itu bersyak wasangka buruk terhadap keikhlasan Kerajaan Pusat? Nik Aziz pandai membaca niat orang lain? Dia ahli tilik? Sejak bila dia belajar ilmu nujum?

Rasulullah SAW pernah bersabda, menanam syak wasangka buruk itu menghilangkan pahala pada kita sebagaimana kayu yang dibakar api. Pahala yang ada akan hilang dan sia-sia saja. Nik Aziz tidak pernah belajar hadis tersebut?

Paling malang, bila rakyat yang kurang berkemampuan diibaratkan sebagai “haiwan”. Tidak ada perumpamaan lain yang lebih sopan, kah? Tergamak seorang “Tok Guru Spiritual” menyamakan manusia seperti haiwan? Ini akhlak mahmudah atau mazmumah?

Terlanjur kata, tidak salah untuk Nik Aziz meminta maaf. Islam sendiri menyarankan umatnya meminta maaf dan memaafkan. Bila Nik Aziz nak minta maaf atas keceluparan mulutnya? Atau ego pada Mursyidul Am itu begitu tebal untuk meminta maaf?

Meminta maaf akan membuat rakyat menyanjung Nik Aziz. Namun mempertahankan keceluparannya akan menyebabkan dia akan dilabel memiliki akhlak mazmumah. Yang mana satu pilihan Nik Aziz? Mahmudah atau mazmumah?

Suara Generasi Baru
-

Tuesday, 26 February 2013

HOT! Nik Aziz Baru Tau Guan Eng Golongan Firaun Jugak!


Adeeh! Nik Ajis nak kata apa pulak? Guan Eng bagi bantuan tunai sama macam binatang jugak! Kesian Guan Eng..Nik Aziz kutuk sekali sapu bersih..Guan Eng sama macam Firaun jugak la..heee
-

Meh Tengok! Kesian Binatang Ambil BR1M

Adeeh! Ini yang Nik Ajis cakap penerima BR1M macam ayam dan lembu. Ditambah bodoh oleh Hadi Awang. Teman pulak tambah muka tak malu Apa macam? Ada baik ka!!kahkahkah..

Ini jenis manusia tak kenang budi. Sokong Bersih dan pakai baju Bersih masa ambil BR1M tapi bantuan Kerajaan BN sapu jugak! So teman nak gelar puak macam babi!  Tambah lagi babi bodoh! sedap jugak!kehkeh

-

Nik Aziz dan HAdi Awang Kutuk Ahli PAS Macam Ayam dan Lembu Bodoh

Alahai! Lepas gelar ayam dan lembu, gelar pulak bodoh. Kemudian ikan bodoh, ini pulak kata Firaun pun bagi BR1M. Ada akai ka? Apa yang betul der! Maksudnya mana-mana rakyat yang terima bantuan dari Kerajaan BN umpama ayam dan lembu. Siapa yang terima bantuan Kerajaan BN jadi bodoh, lepas jadi ikan bodoh. Last sekali Firaun pun bagi BR1M. adeehh!

Apa pulak perasaan rakyat yang terima bantuan Kerajaan BN dan ada pulak dari kalangan ahli-ahli PAS. Teman nak tanya jugak, apa la perasaan ahli-ahli PAS bila Nik Ajis dan Hadi Awang  gelar ahli-ahli PAS macam ayam dan lembu. Jadi bodoh le pulak! kahkahkah...
-

Monday, 25 February 2013

PANAS! Hadi Awang Kata Penerima BR1M Ikan Bodoh Pulak


Adeehh! Kenapa sampai mcam gini. Sebelum Nik Ajis kata penerima BR1M sebagai ayam dan lembu. Lepas tu Hadi Awang pulak kata Bodoh. Terbaru Hadi Awang kata pulak penerima BR1M ikan bodoh. Macam-macam la kalau dah tak ada modal nak bercakap.

teman rasa semua cukup gelaran yang pemimpin PAs bagi. Ada ayam, ada lembu, ada bodoh, ni pulak ikan bodoh. Lepas ni tak tau la apa lagi gelaran-gelaran deme nak bagi. PAS mengumpamakan manusia dengan binatang. Satu perumpamaan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Suka-suka mak bapak deme gelar orang lain macam binatang. Deme tu tak apa pulak. Kuitip duit Tin Milo setia kali ceramah. Itu nak panggil apa? PAS sanggup menguris hati dan menghina rakyat semata mata untuk politik sempit demi cita-cita menawan Putrajaya. Cessss!!


-

Ini Rupanya Akhlak Sebenar Nik Aziz



Dalam dunia ini, siapakah di kalangan manusia yang seronok, gembira dan bangga jika dirinya disifatkan sebagai “ayam” dan “lembu”? Siapakah yang rela diri mereka untuk diibaratkan sebagai haiwan yang punya otak tapi tak punya akal?

Saya yakin, tidak ada seorang pun manusia yang suka jika diri mereka disamakan dengan “binatang”, melainkan mereke-mereka yang disahkan mengalami sakit jiwa dan gila. Itu pun belum tentu orang gila itu suka digelar sebagai haiwan, silap-silap dia kejar dengan parang!

Namun itulah yang terpaksa ditelan oleh jutaan rakyat Malaysia tidak mengira agama atau bangsa yang menerima bantuan BR1M baru-baru ini.

Apakah kerana mereka kurang berkemampuan dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 maka melayakkan mereka disifatkan sebagai “ayam” dan “lembu”?

Kalaulah kenyataan yang menyifatkan mereka sebagai “haiwan” itu datangnya dari seorang yang berkali-kali tidak lulus SRP seperti Mahfuz Omar, mungkin kita dapat memaafkannya kerana ia terbit dari mulut seorang yang agak rendah mutu akhlaknya.

Namun apabila fatwa menyamakan penerima BR1M itu sebagai haiwan itu “difatwakan” oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, saya yakin ramai yang terperanjat dengan akhlak “terpuji” yang dipamerkan oleh “Tok Guru” itu.

Mentang-mentanglah dia berjawatan Menteri Besar, bergaji besar, berkereta besar, berumah besar dan bercita-cita besar mahu menjajah Putrajaya, maka itu mewajarkan Nik Aziz menyifatkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai “haiwan”?

Media melaporkan bahawa bukan setakat ahli politik dan para Mufti yang marah pada Nik Aziz atas perumpamaannya itu, malah rakyat yang tidak layak menerima BR1M pun marah padanya di atas kenyataan yang tidak wajar itu. Apatah lagi penerima BR1M, lagilah mereka marah!

Malah tanpa rasa bersalah, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya itu meskipun didesak rakyat yang rasa terhina dengan penghinaan yang dilemparkan oleh “nabi PAS” itu.

Persoalannya, apakah ini akhlak seorang “Tok Guru” yang didewa-dewakan oleh para penganut “agama PAS” sebagai seorang yang terpuji moralnya?

Entahlah. Mungkin inilah jadinya bila “ulama akhir zaman” teringin sangat mengejar kuasa yang bersifat duniawi dan bertukar menjadi “ulama politik”, kan? Nauzubillahi min zalik…

Suara Generasi Baru
-

Sunday, 24 February 2013

Nik Aziz Tanggung Malu Kerana Mulut Badan Binasa


Nik Ajis oh Nik Ajis..Kenapa la bingung sangat. Sampai tempelak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana mengkritik kenyataan Nik Ajis kata penerima BR1M sebagai ayam dan lembu.

Adakah Nik Ajis ni maksum hingga tak boleh dikritik langsung. Sebagai orang biasa teman sendiri pun akan bercakap perkara yang sama seperti Tan Sri Harussani katakan. Sememangnya tidak wajar menggelar manusia lain dengan andaian binatang dan segala bagai yang menghina. Tambahan pula Hadi Awang pula menambah sebagai Bodoh kepada penerima BR1M. Lagi la tak patut.

Dah terbukti pemimpin PAS tak boleh menerima kritikan langsung. Jika ada sesiapa mengkritik pemimpin PAS, maka akan dilabelkan sebagai UMNO atau pun ulama UMNO. Tapi apa pulak kepada yang memihak kepada PAS, maka harus jugak digelar Ulama PAS. Tak gitu!
-

Bukti Nik Aziz Kata Penerima BR1M Sebagai Ayam dan Lembu



Dah terang lagi bersuluh. Itulah sikap pemimpin PAS yang menghina apa sahaja Kerajaan BN buat untuk rakyat. Dibuat pun salah tak dibuta pun salah. Yang betul deme aje. Sampai rakyat yang menerima bantuan dari Kerajaan BN diumpama sebagai ayam dan lembu. Cesss!!!

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, tetap dengan pendiriannya menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setaraf haiwan.

Malah Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan UMNO, dengan menyifatkan kaedah pemberian bantuan berkenaan juga sudah meletakkan rakyat Kelantan setaraf dengan haiwan.

"UMNO sekarang guna duit melalui BR1M 1 dan BR1M 2 (untuk mendapat sokongan). Ini seperti kita hendak panggil ayam, panggil itik; hei itik, mari aku nak beri ceramah ugama, mana itik hendak mari. Tapi kena beri hampas nyor, beri padi, baru dia mari, mesti beri benda.

"Begitu juga pada lembu dan kerbau, haiwan ini tidak mari kecuali beri rumput, beri hampas nyor kepada dia, baru mari. Kalau kita panggil orang, beri benda juga, tidak beri ilmu bererti kita meletakkan manusia ini setaraf haiwan," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK), di sini, semalam.

Nik Aziz Rabu lalu sekembali dari menunaikan umrah, menyamakan usaha murni Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat miskin melalui pemberian BR1M itu, seperti ayam dan lembu, akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan itu dengan makanan.

Beliau turut menyifatkan pemberian wang berkenaan adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenarnya ialah memberikan ilmu kepada manusia.

Ditanya sama ada penerima BR1M itu bersalah kerana menerima duit bantuan itu, beliau menegaskan, mereka yang diberikan wang berkenaan, perlu mengambilnya, namun apabila hendak memangkah parti dalam pilihan raya umum nanti, harus memangkah PAS.

"Saya kata, bila diberi duit, harus terima; beri kain pakai; beri gula kacau; beri lembu ambil, tapi beri kertas undi pangkah PAS. Duit itu hak mereka kerana ia duit kerajaan bukan UMNO. Sepatutnya saya boleh beri duit itu. Sebagai ketua kerajaan Kelantan, BR1M kena beri pada saya, saya akan beri kepada rakyat," katanya.

Sama ada beliau merasakan penerima bantuan berkenaan dijadikan seperti ayam dan itik, Nik Aziz berkata, sebenarnya UMNO yang meletakkan rakyat Kelantan ini macam setaraf haiwan itu.

"Ayam beri barang, kambing biri-biri beri barang, rakyat Kelantan juga diberi barang. Itu salah UMNO meletakkan manusia dan haiwan serupa, sama-sama diberi barang. Sepatutnya manusia diberikan ilmu," katanya.

Katanya, beliau tidak kisah apa yang hendak dikatakan akhbar dalam isu ini, namun menyifatkan wartawan itu berdosa sekiranya mengubah ucapannya.
-

Saturday, 23 February 2013

Nik Aziz Kata Guan Eng Lembu Sebab Bantuan RM100 Warga Tua di Pulau Pinang


Adeeh! Ini Apa pulak! Nik Ajis nak kata apa pulak ni! Lembu jugak ke? Guan Eng bagi RM100 kepada warga tua dalam skim Kerajaan DAP Pulau Pinang. Apa cer? Nik Ajis nak bagi fatwa baru pulak ke? Tak ke ni namanya rasuah jugak! Kat deme semuanya boleh, tapi bila kerajaan BN buat semuanya salah. Itulah namanya Yahudi tahap gaban. ptuii!!

Patutnya Nik Ajis ni bercakap biarlah tengok kiri kanan dulu. Ini tak, main hentam ikut suka je. Apa macam? Teman tunggu fatwa baru Nik Ajis ni. Tak pun dari macai-macai yang dapat bayaran beribu-ribu untuk buat fitnah tu! Ada bran?

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...