Thursday 24 January 2013

Video ‘Gangnam Style’ Raih RM24.3 Juta Untuk Youtube



Suara Generasi Baru : Google dalam satu kenyataan rasmi semalam menyebut yang video Gangnam Style di laman Youtube telah menjana pendapatan US$8 juta (RM24.3 juta) melalui pengiklanan.

Pendapatan besar daripada pengiklanan sejak Julai 2012 itu di’kongsi dengan pencipta fenomena Gangnam Style ini.

Video Gangnam Style oleh PSY seperti anda tahu berjaya mencipta fenomena di’seluruh dunia sehingga menjadi yang pertama mencecah tontonan melebihi 1 billion — mengalahkan pesaing, Justin Bieber.

Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...