Wednesday 23 January 2013

Kecoh Minyak Dijumpai Di Kelantan, Kaya la deme..

Teman rasa lepas ni kaya raya la rakyat Kelantan kot. Kecoh Husam Musa kata temui minyak di darat Negeri Kelantan. Maklumlah, nak Pilihanraya, macam-macam la benda la modal dan isu Pilihanraya dicipta bagi menarik sokongan dan undi rakyat. Katakan lebih banyak dari rizab minyak di lautan.

Terbaru, Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Kalau betul untung la rakyat Kelantan. Agak-agak berapa syer rakyat Kelantan dapat setiap seorang?. Husam Musa boleh jawab kot. Ngeh dan Nga tengah mengintai-intai tu.Teman nak tau jugak Syarikat mana yang deme lantik.heeee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...