Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Najwa Latif : Adakah SPM 4A Mencukupi?

Teman sekali lagi ingin mengusik kisah artis Malaysia. Saje-saje. Tergerak hati nak mengomen sikit tentang Najwa Latif. Menurut sumber, penyanyi Najwa Latif mengakui gembira apabila menerima keputusan 4A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan pada Khamis.

Beliau mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan tersebut berasa lega kerana ia melebihi daripada sasaran awalnya. Najwa mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

Satu perkara je teman nak komen sikit demi masa depan anak bangsa. Adakah keputusan 4A sudah memadai untuk bersaing dengan keputusan pelajar-pelajar lain. Pelajar-pelajar lain berebut-rebut dan mengejar keputusan yang lebih cemerlang seperti 7A hingga 10A dan segala bagai. Seperkara lagi harus diingat, kecemerlangan dalam pelajaran itu penting berbanding dengan industri muzik Malaysia yang tenggelam timbul bagai tiada arah yang pasti.

Teman ingin melayari sejarah ringkas industri muzik Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun kebelakangan. Bermula dengan era P Ramlee, 60-an, 80-an dan milineium di mana paras rupa memainkan peranan penting untuk maju di persada muzik tanahair. Sejak bermula era 80-an di mana rock kapak menggegarkan dunia muzik tanahair hinggalah timbul beberapa genre muzik kontemporari sampai tak larat nak disebut, namun paras rupa memain peranan cukup penting untuk melariskan album. Contoh dah terlalu banyak dan harus diakui..Berapa ramai artis yang benar-benar berjaya seperti Siti Nurhaliza dan Sheila Majid? Perkara yang harus difikirkan..

Secara moralnya, pelajaran itu cukup penting, namun minat juga tidak boleh dihalang. Biar lah seimbang demi masa depan. Cemerlang dalam pelajaran seiring dengan apa jua minat yang diceburi. Sekadar memberi pandangan ikhlas..
-

Monday, 11 February 2013

Psy Gangnam Style VS Shila Amzah di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang


Memang Gangnam Style! Perghh! Hebat sungguh! Psy Gangnam Style dengan Shila Amzah berkongsi pentas membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang. Dua-dua artis ni mantap. Shila Amzah memulakan persembahan dengan sebuah lagu mandarin yang teman sendiri tak faham tapi memang hebat lah! Setaraf dengan Psy. Lagu terakhir Shila Amzah yang teman rasa sedih sikit, sebab lagu sedih! Adeess! Lagu "Patah Hati". macam ada makna jer..

Teman kongsi gambar-gambar yang sempat teman snap tadi untuk tatapan peminat-peminat Shila Amzah dan Psy! Tapi bersesak-sesak tak ada ruang langsung nak tangkap gambar. Ini yang terbaik yang teman dapat. Psy nyanyi 1 lagu jer tapi 2 kali..adeehh!  Tapi hebat dan puashati. Teman nak kongsi jugak gambar-gambar ni. Lantak la! pencacai-pencacai nak spin, lantak la. Deme ni memang jenis tak puas hati apa sahaja Kerajaan BN buat! Teman nampak tadi banyak blogger-blogger PR menyibuk kat situ tadi. Lantak deme la..









-

Sunday, 10 February 2013

Shila Amzah Akan Bergandingan Psy Gangnam Style Esok


Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

    Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.
      Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.
        Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan. Sinar
        -

        Saturday, 2 February 2013

        Selamat Berbahagia Liyana Jasmay-Fathuddin!



        Hari ini, tanggal 2 Februari 2013 mengukir satu sejarah baru dalam hidup Liyana Binti Jasmay atau lebih dikenali dengan Liyana Jasmay, 24 apabila dia sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 usai majlis pernikahan mereka berdua, sebentar tadi.

        Bertempat di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, majlis penyatuan dua hati ini telah disempurnakan oleh bapanya, Dato' Hj Jasmay Md Shah yang menikahkan sendiri anak perempuan bongsunya itu dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan.

        Dengan 2 kali lafaz, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin pada tepat jam 10.26 pagi dengan mas kahwin dalam bentuk gelang emas bernilai RM 5500 dan wang hantaran berjumlah RM 28, 388 dalam bentuk cek.

        Majlis pada pagi ini turut diindahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan selebriti serta media sempena hari bahagia penyanyi lagu Cinta Bersatu ini.

        Kedua-dua ahli keluarga pengantin iaitu Dato' Hj Jasmay Md Shah dan Datin Hjh Habsah Simpon berserta Hj Mazlan Zakaria antara ahli keluarga terdekat yang hadir mewakili pasangan pengantin baru itu.

        Pada majlis pernikahan ini, Liyana telah menerima 5 dulang hantaran manakala pihak lelaki pula menerima balasan 7 dulang hantaran.

        Liyana tampil dalam busana indah berona putih dan pink ilham daripada pereka tersohor Jovian Mandagie. Tatarias diri pula telah disempurnakan oleh jurusolek kegemarannya, Tiar Zainal.

        Majlis pernikahan ini diacarakan oleh Farish Aziz telah dimulakan dengan istiadat perbincangan diantara kedua-dua wakil pengantin mengikut cara tradisi lama lengkap berpantun sebelum kedua pengantin dibawa masuk ke dalam dewan.

        Sumber
        -

        Thursday, 31 January 2013

        Adeeh! Apasal Beli PopCorn AEON Rawang Jual Rambut


        Apa nih! Apa cerita panggung wayang ayik nak kantoi je. Teman pun tak faham la. Isu tentang penyediaan makanan yang tak bersih. Beli Popcorn dapat rambut le pulak. Adeehh!! Kalau tak bersih, ramai pulak sakit perut kena keracunan makanan. Teman harap pihak yang bertanggungjawab perlu peka dengan kebersihan. Harap gah dengan nama tapi kebersihan macam hampas.

        Siapa tak marah. Teman pun marah kalau jadi macam gitu. Saman je.jangan bagi can. Nak untung aje, tapi tak jaga customer. Cessss...

        assalammualaikum dan salam sejahtera.



        pada 15hb Jan 2013 yang lalu kira kira jam 9:00mlm, tajuk cerita PARENTAL GUIDANCE aku dan kawan aku pergi menonton wayang di TGV cawangan AEON Anggun Rawang. sebelum masuk panggung aku beratur beli popcorn royal. aku tengok awek yang jaga kaunter tu pakai topi tapi rambut dia panjang keluar. so aku pikir lantak ko lah janji jaga kebersihan. ceritapun dah start, punyalah kusyuk tengok wayang sambil makan popcorn tetiba semasa aku kunyah popcorn tu aku rasa sesuatu dalam mulut aku, aku terus ke tandas dan keluarkan popcorn yang ada dalam mulut aku tu dan letak atas tisu. alangkah terkejutnya aku ada sehelai rambut kat popcorn tu.


        pastu aku terus pegi ke kaunter jumpa manager cawangan tu, aku tunjukkan rambut tu kat dia. boleh lak dia cakap "OH ADA RAMBUT YA" itu jer, mintak maaf pun tidak. apa punya manager.. malam tu gak pas tengok wayang aku terus buka laman web TGV dan buat komplen. pastu pihak TGV ada call aku keesokanya dan dia kata dia orang akan buat siasatan, setelah siasatan selesa dia orang send email kat aku dan bagi tahu bahawa segala kerja mereka adalah mengikut prosuder yang ditetapkan, itu jer. aku pun pelik tengok TGV. setakat ni dah 2 kali aku hampir tertelan rambut dalam popcorn yang aku beli kat TGV.


        jawapan yang pihak TGV bagi sebijik macam SIAL dan langsung tidak mahu bertanggungjawap. apa punya syarikat macam ni. apa terjadi jika yang empunya rambut tu ada penyakit berjangkit seperti HIV ker TB ker atau apa sahaja penyakit. pihak TGV hanya bagi jawapan "KAMI TELAH MENGIKUT PROSUDER YANG DITETAPKAN" kalau lah betul dia orang ikut prosuder yang betul dah pasti tak akan berlaku dan berulag hal sebegini. kepala BABI sungguh TGV ni.


        aku rasa amat kecewa dengan TGV, bagi jawapan sebijik macam haram jadah. duit pengguna dia nak, tapi tak berani nak bertanggungjawap. bila aku mintak dia bertanggungjawap atas apa yang berlaku, jawapan yang sama gak TGV bagi, hanya kata kami telah mengikut prosuder yang ditetapkan. apa punya sial TGV ni. langsung tak nak bertanggungjawap.


        kalau dia buat tak tahu gak aku nak bawa hal ni ke mahkamah, bukti masih ditangan aku, kalau buat DNA sah staff dia punya rambut maka aku nak saman TGV RM10juta sebab cuai. 


        jawapan TGV bagi langsung tak masuk akal. nampak sangat TGV penipu dan hanya nakkan duit pengguna jer. memang SIAL sungguh TGV ni. aku nak tuntut agar dia bayar ganti rugi kat aku.jangan jadi macam YAHUDI yang mencekek darah orang palestin. so TGV ni pun sama macam YAHUDI cekek darah pengguna. nak tunggu aku mati akibat penyakit dari rambut tu baru dia orang terhegeh hegeh nak cari aku, babi sungguh TGV. tak der akal langsung dan langsung tak tahu nak bertanggungjawap.

        Baca lagi DISINI
        -

        Tahniah Ning Baizura Dapat Anak Lelaki



        Tahniah Ning Baizura. Mike dah dapat nak pun. Bagus la tu. Penyanyi Ning Baizura selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara.

        Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, bayi seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

        "Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik. Ning sudah pun dibenarkan keluar dari hospital pagi ini (Khamis)," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

        Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning, 37, melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.

        Bagaimanapun katanya, Ning hanya akan berkongsi gambar anaknya itu dengan peminat dalam masa dua minggu lagi.

        Turut berada di sisi Ning semasa beliau bersalin ialah ahli keluarganya dan juga suami.

        Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37, berkahwin pada 31 Januari 2008. (mStar Online)
        -

        Wednesday, 30 January 2013

        Apabila Papa Rock Berkata-kata


        Bila seorang otai rock atau lebih popular dipanggil Papa Rock  menganggap ilmunya dalam bidang muzik masih lagi cetek, teman tak tau nak cakap apa. Punya merendah dirinya papa Rock Ramli Sarip yang telah berkecimpung dalam dunia muzik sejak 46 tahun sejak bergelar artis. Adeehh! Lama tuh! Teman pun tak beranak lagi weh!!! Teman teruja dengan rasa rendah diri papa rock ni!


        Ramli Sarip dengan rendah diri berkata, dia merasai kelemahan dirinya itu apabila mendapati banyak lagi ilmu yang belum diterokainya apabila membaca buku-buku berkaitan bidang berkenaan.

        "Saya seorang yang suka membaca mengenai perkembangan muzik di negara-negara Eropah terutamanya buku yang berunsur falsafah dan biografi artis yang menceritakan jatuh bangun mereka dalam mengejar impian sebagai penyanyi.

        Inilah contoh yang harus diikuti artis-artis Malaysia. ini tak! Baru sehari dua jadi artis,  melalak macam pandai sangat. Orang lama dalam industri hiburan pun kata ilmunya masih cetek, inikan pulak sehari dua. Fikir-fikirkan la..
        -

        Tasha Shilla Kurang Senang Ada Pihak Cetuskan Provokasi



        Pelakon Tasha Shilla berasa hairan dengan sikap segelintir pihak yang terus mencetuskan pelbagai isu bagi membangkitkan kemarahannya termasuklah melakukan provokasi.

        Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, walaupun dia tidak pernah melayan atau melenting dengan isu-isu yang timbul sepanjang tahun lalu, senario itu masih berlanjutan sehingga kini.

        “Saya sendiri berasa hairan kenapa orang terus berusaha melakukan provokasi menerusi pelbagai isu semata-mata untuk melihat saya melenting?

        “Namun, saya seorang yang positif dan fokus pada objektif menceburi bidang ini jadi tidak perlu saya melayan kontroversi itu semua,” katanya kepada mStar Online.

        Tasha berkata, selepas berdiam diri beberapa bulan kerana kesibukan kerja, dia sekali lagi diuji dengan isu kononnya tidak mendapat penajaan undian sehingga tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 tahun ini.

        Pada tahun lalu, Tasha memenangi Artis Baru Wanita Popular anugerah itu yang turut dikaitkan kononnya dia menerima tajaan bagi mengundinya sehingga berjaya meraih kemenangan tersebut.

        Katanya, segelintir pihak terus mengasaknya dengan pelbagai persoalan walaupun dia menganggap soal dicalonkan atau tidak pada anugerah itu kali ini adalah ketentuan Tuhan.

        “Dapat atau tidak (pencalonan) ia adalah soal rezeki yang ditentukan Tuhan. Malah, tiada apa yang hendak diperbesarkan pun.

        “Dari dulu lagi, saya dihentam macam-macam tapi saya senang ambil pendekatan untuk tidak melatah dan hadapi dengan tenang,” katanya.

        Mengenai kerjaya, aktres ini berkata, dia masih sibuk menyudahkan komitmen drama berjudul Rindu Bertemu Abu Dhabi untuk siaran TV3.

        “Komitmen untuk drama 28 episod ini bermula Disember lalu hingga Februari depan untuk tempoh 3 bulan.

        “Saya selesa apabila sibuk berlakon, apa jua kontroversi yang timbul boleh saya alihkan pada kerja.

        “Biarlah orang nak timbulkan provokasi, saya senang berdiam diri dan fokus pada kerja sahaja,” katanya. (mStar Online)
        -

        Tuesday, 29 January 2013

        Twitter Nazmi Faiz telah dihack? Apa Barang der!


        Teman malas nak campur urusan peribadi selebriti bolasepak negara ni. Macam-macam la deme ni. Terkenal bukan kerana kehebatan bermain bolasepak tapi terkenal dengan gossip dan skandal dengan perempuan. Popular kerana kes mahkamah dan penceraian yang tak selesai-selesai. Hebatnya bolasepak Malaysia.

        Cerita terbaru skandal mengenai dakwaan Nazmi Faiz yang bekas kekasihnya yang dikenali dengan nama Tengku Fiella menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan. Teman tak payah la cerita siapa deme ni sebab dah melambak-lambak blog dan media hiburan lain dah mencanang siapa selebriti sukan yang "terhebat" ini. Apa yang teman nak komen, isu-isu penafian dan tuduhan macam mulut tempayan nak pecah. Main hentam ikut suka. lama sosial jadi medan membuka aib masing-masing. Itu sudah bagus. Buat la selalu. Lain  kali apa yang ada dalam kain,pun cerita kat laman sosial masing-masing. Biar semua orang tahu apa ada dalam kain sendiri. Adeesss!!

        Soal percaya atau tidak tentang skandal deme ni, terpulang kepada penilaian masing-masing. Teman secara peribadi susah nak cakap der! Kata kan tak, macam  je, Katakan ya, kira ya la jugak. Almaklumlah..(tak nak komen panjang, nanti kena saman der!). She said, "Only people that were close to me know me better", Yes.. rite. Kira ok la tu. Siapa yang kenal rapat dengan mike yang tau mike tu siapa. Ok fine. "For those outhere", you should know better than me, You know what I'm saying! ..peace...
        -

        Azza (Elite) Dapat Hidayah Bertudung



        Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

        Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

        "Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

        "Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

        "Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

        Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

        Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

        "Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

        "Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

        Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

        Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.

        "Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

        "Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.

        "Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya.

        Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. (mStar Online)


        -

        Monday, 28 January 2013

        Irwansyah dan Isteri Mungkin Bebas Dadah



        JAKARTA: Penyanyi dan pelakon Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar mungkin bernasib baik apabila ujian urin yang dilakukan ke atas mereka didapati bebas daripada sebarang pengambilan dadah.

        Perkara itu disahkan oleh ibu kepada Zaskia iaitu Fanny Bauty yang telah diberitahu oleh pihak Badan Narkotik Nasional (BNN) kepadanya berhubung perkara itu.

        "Alhamdulillahlah... pihak BNN telah mengumumkan hasil urin tidak ada nama anak-anak saya. Kerana saya yakin anak dan menantu saya tidak mengambil dadah," katanya seperti dipetik portal inilah.com.

        Dalam kejadian pada malam Ahad, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.

        Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.

        Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.

        Sementara itu Fanny berkata, kedatangan anak dan menantunya ke kediaman Raffi adalah atas urusan pekerjaan tetapi sayang sekali ketika kehadiran mereka, kediaman itu diserbu pihak berkuasa. – inilah.com
        -

        Yuna Tolak Tepi Soal Cinta


        Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tidak meletakkan soal percintaan sebagai keutamaan kerana ingin memberikan tumpuan kepada pembikinan album terbarunya di Amerika Syarikat (AS).

        Yuna, 26, berkata, pada tahap ini kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak labelnya, The Verve untuk menghasilkan muzik yang terbaik menjadi perhatiannya dan bukannya kepada soal cinta.

        "Bukannya saya sudah serik selepas pengalaman lalu tetapi tumpuan perlu diberikan kepada kerja dan pembikinan album terbaru saya kerana ini adalah peluang terbesar untuk membina kerjaya di Amerika malah di seluruh dunia," ujarnya kepada mStar Online.

        Yuna menggulas dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Julian Schratter seorang jurugambar yang sentiasa mengikut penyanyi itu ketika membuat persembahan.

        Malah gosip tersebut semakin kuat apabila dia sering kali dilihat memuat naik gambar bersama lelaki Inggeris itu di laman Instagram.


        Dalam pada itu, Yuna menegaskan hubungannya dengan Julian hanya sekadar teman rapat namun tidak menolak sekiranya mempunyai jodoh dengan Julian.

        Malah kata Yuna, dia tidak pernah meletakkan bangsa sebagai satu ukuran dalam perhubungan dan mengakui selesa berkawan dengan Julian.

        "Bagi saya semua manusia itu adalah sama tanpa mengira bangsa dan agama tambahan pula Islam itu sendiri sebuah agama yang indah dan mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja.

        "Saya tidak mahu menghadkan pergaulan saya hanya semata-mata kita berlainan agama dan berbeza budaya," jelasnya.

        Sementara itu, Yuna berkata, ibu bapanya juga bersikap terbuka dalam menentukan siapakan lelaki yang menjadi pilihannya kelak.

        "Ibu bapa saya bukan seorang yang suka menilai orang lain dan perkara itu telah diajar kepada saya. Mereka juga terbuka dengan siapa pilihan saya nanti," katanya. mStar Online

        -

        Irwansyah Dan Isteri Ditangkap Sedang Pesta Dadah



        Adeehh! Apa cerita artis ni. Kalau tak berkait dengan dadah, bukan artis la namanya. Buruk sangat la bila ada cerita-cerita tak elok teman dengar. Ini pulak kisah artis Indonesia, Irwansyah dan isteri ditangkap sedang berpesta dadah. Apa la kome buat nih!

        JAKARTA: Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.

        Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

        Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

        Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

        Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

        Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad,sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffidaripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. BERNAMA
        -

        Sunday, 27 January 2013

        Fesyen Selebriti Paling Stailista 2012

        Ini cerita artis dan fesyen. Satu undian Fesyen Selebriti Paling Stailista 2012 yang dibuat oleh murai.com.my mendapat sambutan yang menggalakan dari peminat-peminat. Pelakon Eja masih mengungguli carta teratas, Saksikan fesyen-fesyen selebriti pilihan terbaik peminat.
        Tangga Kedua : Yuna
        Tangga Keempat : The Fabulous Cat

        Tangga ke Empat : Natasha Hudson

        Tangga Kelima : Amy Search

        -

        Kisah Artis Seperti Kacang Lupakan Kulit


        Teman pun biasa dengar cerita artis macam ni. Cuma tak diheboh-hebohkan sangat pun. Kisah artis seperti kacang lupakan kulit. Dah makan buang pulak! Adeehh!! nasib kulit kacang la. Kalau kulit kacang boleh dimakan, apa pulak nak bubuh perumpamaan lain.Uhuk! Ikuti kisah seorang artis yang tak bernama ini yang sayis ini..heeee

        Bagai kacang lupakan kulit. Itulah perumpamaan paling hampir menggambarkan perkhabaran yang baru CAK terima daripada seorang kenalan. Perkara sama pernah dilalui CAK beberapa tahun dulu dan kerana itu CAK faham apa yang dirasakan si mangsa.

        Kejadian ini berlaku kepada seorang artis. Siapa orangnya, tak bolehlah CAK dedahkan. Bukan apa nanti insan yang melukakan hati si mangsa menggelupur pula dan sememangnya si mangsa tak sampai hati biar kawannya itu malu. Jadi biarlah identiti mangsa dan sahabatnya itu dirahsiakan. Untuk mudahkan cerita, izinkan CAK namakan si mangsa sebagai A dan sahabat yang bagai kacang lupakan kulit itu B. Apapun, cerita ini CAK dengar dari sebelah pihak dan kalau B mahu tampil beri penjelasan, CAK alu-alukan. Mana tahu versinya berbeza pula. Sebelum ini, B selalu mengeluh kesusahan hidup yang dilaluinya. Tawaran berlakon dan menyanyi tak seberapa sedangkan dia perlu duit yang banyak untuk tampung hidup. Kalau solo lain cerita, ini ada anak yang perlu disuap. Pendek cerita, dia buntu mana mahu cari pendapatan tambahan bagi memastikan serba-serbi mencukupi. Si A simpati apabila mendengar keluhan B. Dengan niat mahu membantu, dia mengajak B mengikut jejak langkahnya berniaga. Langsung dia tidak lokek ilmu, dibantu rakannya itu hingga ada pendapatan tambahan. Bila mula merasa duit banyak di tangan dan kebetulan pula tawaran menyanyi serta muncul di TV tiba-tiba meriah, B jauhkan diri daripada A. Senyap sunyi, langsung tak dengar khabar berita. Terfikir juga A apa yang dia sudah buat sampai B tiba-tiba lupakannya. Setiap kali fikirkan perkara itu, hatinya sedih apatah lagi B kawan baiknya. Selama ini dia tidak pernah berkira malah atas dasar persahabatan, dia sanggup mengajar B cara-cara berniaga. Tub-tub bila dah senang sikit, terus lupakan dia. Sabar jelah.

        Sumber
        -

        Video Kucing Tengah tut.tut..Hangat di Internet

        Teman tak nak komen apa-apa. Teman nak gelak guling-guling. Sakit peruk tengok telatah kucing ni. Macam-macam la dunia sekarang. Ini teman dapat dari blog Katak Comel. Seekor kucing berdiri tegak sambil menggosok-gosok kaki depannya di perut menjadi topik trending yang hangat di China. Kucing itu kelihatan seolah-olah sedang melakukan onani. adeeeh!! Biar betul! Cerita macam ni pun jadi trending ek!heee..

        Kome tengok la video kucing gatal tu DISINI
        -

        Dua Beradik Dikurung Nenek Jahat Berubah Rupa Dalam Bentuk 3D


        Kisah dongeng dua beradik yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam hutan, Hansel dan Gretel, yang menemui sebuah rumah diperbuat daripada biskut, kek dan gula-gula memang amat popular. 

        Cerita dongeng kanak-kanak dari Jerman itu juga bertebaran luas di seluruh dunia serta diceritakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sehingga ke hari ini. Ia turut dirakam dalam pelbagai bentuk media, namun paling popular mungkin opera pada 1893 dan kemudian menemui penonton dalam bentuk animasi pada 1950-an. 
        Kini, kesinambungan kisah dua beradik itu diteruskan dengan perjalanan mereka dalam memburu ahli sihir jahat pula. 

        Hansel and Gretel: Witch Hunters memaparkan permulaan cerita yang menarik, di mana penonton dibawa menyaksikan semula bagaimana dua beradik terbabit dikurung seorang nenek tua dalam sebuah rumah. Hansel diberi makan agar menjadi gemuk dan dapat dijadikan hidangan wanita terbabit manakala Gretel pula diseksa sebagai orang suruhan. 

        Tidak tahan dengan layanan diberikan, Gretel memberanikan diri melawan ahli sihir berkenaan. Dalam usahanya itu, dia tidak menyangka kuasa sihir wanita tua terbabit tidak dapat menembusi dirinya. 

        Dengan kekebalan yang dimiliki, Gretel dan Hansel melawan kuasa jahat ahli sihir terbabit, lalu membakarnya hidup-hidup. Sejak itu Hansel, lakonan Jeremy Renner, dan Gretel (Gemma Arterton) menjadi pemburu ahli sihir. 

        Selepas beberapa tahun dan kini bergelar pemburu yang cekap, mereka diminta oleh Datuk Bandar Augsburg bagi menyelesaikan misteri kehilangan kanak-kanak perempuan di bandar itu. 

        Kehilangan mereka menjadi misteri sehinggalah kedua-duanya bertemu ahli sihir paling berkuasa bernama Muriel (Famke Janssen) yang menculik 12 kanak-kanak untuk dijadikan korban Blood Moon, acara yang menghimpunkan ahli-ahli sihir. 

        Bukan hanya kanak-kanak terbabit, bagi melengkapkan ramuan untuk menguatkan kuasanya, Muriel turut menjadikan Gretel mangsa kerana ingin memiliki jantungnya yang turut mempunyai keajaiban. 

        Hansel and Gretel versi 2013 ini sememangnya amat menarik, bukan saja dek kerja kamera yang menakjubkan, malah lebih menghiburkan apabila filem ini dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi (3D). 

        Selain itu, dua tunjang utamanya, Renner dan Arterton berupaya memberikan lakonan meyakinkan untuk menjadikan judul ini tidak rugi ditonton. Sememangnya, dua bintang berkenaan bukan calang-calang pelakon. 

        Renner kini menjadi buruan produser filem, terutama dalam genre aksi, hasil keberkesanan lakonannya dalam beberapa filem terdahulu, termasuk The Hurt Locker, The Town, The Avengers, Mission: Impossible – Ghost Protocol dan The Bourne Legacy. Malah, dia yang pernah dicalonkan dalam kategori pelakon pembantu pada Anugerah Golden Globe diletakkan oleh The Hollywood Reporter sebagai bintang muda yang tidak lama lagi akan memasuki senarai A dalam industri perfileman yang besar itu. 

        Teknik solekan dalam filem ini juga cukup meyakinkan. Lihat saja bagaimana wajah ahli sihir berubah dalam pelbagai bentuk. Paling tidak, teknik solekan berkenaan menghidupkan lagi watak jahat Muriel. 

        Begitupun, judul ini tidak dapat lari daripada aspek yang boleh dipertikaikan penonton. Mungkin agak keterlaluan apabila kuasa sihir digambarkan bertempur dengan senjata api. Namun, kelemahan itu sekurang-kurang ditutup dengan jalan cerita serta persembahan pelakonnya yang baik. 

        Selain itu, penonton juga pastinya leka dengan rekaan kostum, arahan seni serta set yang digunakan bagi filem ini.

        Sumber
        -

        Anding Jadi Jurulatih Peribadi Untuk kepuasan Diri


        Pelakon dan pengacara, Anding Indrawani Zaini menjelaskan keputusannya untuk menjadi jurulatih peribadi bukan kerana telah bosan dengan dunia seni yang diceburinya hampir sembilan tahun lalu.

        Anding, 30, berkata, dia melakukan kerja tersebut kerana memang meminati bidang tersebut selain dapat membantu orang lain menjaga kesihatan dengan lebih berkesan.

        "Sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah pusat kecergasan sebagai jurulatih namun selepas beberapa tahun saya berhenti dan melakukan latihan peribadi kepada pelanggan yang berminat.

        "Selain dapat membantu orang menjaga kesihatan dan membina badan pada masa sama saya juga turut melakukan senaman yang telah menjadi rutin saya," jelasnya kepada mStar Online.

        Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Anding berkata, dia kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada bidang pengacaraan yang dilihat lebih memberikan kepuasan.

        Anding berkata, dia semakin selesa bergelar pengacara dan tawaran yang datang kepadanya juga cukup banyak.

        "Saya sekarang banyak merantau kerana program yang saya terlibat berbentuk travelog dan selain memberikan kepuasan pengalaman yang dikutip ketika merantau juga banyak mengubah presepsi saya mengenai kehidupan untuk menjadi insan lebih baik," jelasnya.

        Tambah Anding, dia juga tidak pernah melupakan dunia lakonan dan nyanyian namun terpaksa menghadkan aktiviti itu kerana terlalu sibuk dengan bidang pengacaraan dan tugasnya sebagai jurulatih peribadi.

        Sementara itu, Anding memberitahu dia terharu apabila dipilih oleh pengarah, Saw Teong Hin sebagai watak utama dalam teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 26 Mei depan.

        Anding berkata, walaupun menyedari tanggungjawab itu besar namun yakin dapat melunaskan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

        "Chow Kit Road! Chow Kit Road! adalah teater kelima saya dan ia berbeza daripada yang lain kerana ia mengangkat 20 lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan untuk memastikan semua karya Allahyarham dibawa dengan baik adalah satu cabaran," ujarnya.

        Selain Anding, teater muzikal itu turut menampilkan Nadia Aqilah, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shantini Venugopal dan Junji Delfino. (mStar Online)
        -

        Cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah Bertaut Dalam XoXo



        Bekas pasangan kekasih iaitu pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia yang akan menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin.

        Remy dan Tiz yang masing-masing memegang watak sebagai Haziq dan Aleesha digandingkan dalam drama percintaan yang penuh konflik dengan jalan penceritaan menarik.

        Selain mereka berdua, XoXo turut menampilkan pelakon seperti Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.

        Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

        Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.


        Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!

        Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.

        Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.

        Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.

        Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.

        Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.

        Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.

        Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9. (mStar Online)

        -

        Saturday, 26 January 2013

        Nadia Aqilah Belum Kecewa Dengan Lakonan


        Pelakon Nadia Aqilah masih belum kecewa dengan dunia lakonan selepas filem pertamanya iaitu Zaiton Ceritaku gagal mendapat kutipan memberangsangkan di pawagam tahun lalu.

        Nadia berkata, walaupun sedih dengan penerimaan penonton terhadap filem arahan Esma Daniel itu namun dia menganggap ia sebagai satu percubaan yang mematangkannya sebagai pelakon.

        "Sedih itu memang ada kerana ia adalah antara perkara terbesar yang saya lakukan sejak terlibat dalam dunia lakonan dan semua pihak yang terlibat telah melakukan terbaik untuk filem tersebut.

        "Bagaimanapun banyak perkara menerusi projek itu telah mematangkan saya sebagai seorang pelakon," jelasnya kepada mStar Online.

        Tambah Nadia, dia bersyukur apabila lakonannya di dalam filem berkenaan mendapat ulasan yang baik dan terbuka untuk bekerja dengan mana-mana pengarah filem selepas ini.

        Dalam pada itu, Nadia berkata, sehingga hari ini dia masih lagi menghadiri uji bakat sama ada untuk filem, drama atau teater bagi mencari watak dan peranan sesuai dengannya.

        "Apabila menghadiri uji bakat saya tidak tahu apa yang akan menanti dan saya suka perasaan itu dan pada masa sama ia dapat melatih saya untuk melakonkan sesuatu watak secara spontan," jelasnya.

        Sementara itu, Nadia juga memberitahu dia masih menyimpan hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian namun terpaksa ditangguhkan kerana sibuk dengan lakonan.

        Bagaimanapun kata Nadia, dia akan memastikan karier nyanyiannya akan dapat dikembangkan selepas mendapat respon baik menerusi filem Zaiton Ceritaku yang memerlukannya menyanyi.

        Dalam perkembangan lain, Nadia berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Kisah Cinta selain sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Istana Budaya pada 10 hingga 26 Mei depan.

        Sumber
        -

        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...