Ekoran isu “listen, listen, listen” yang berlaku di Universiti Utara Malaysia pada kira-kira dua bulan lalu, Pakatan Haram dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan menipu dan melaga-lagakan kepimpinan Kerajaan BN dengan para mahasiswa universiti.
Pemimpin pembangkang mendakwa kononnya Kerajaan BN tidak mendengar suara mahasiswa dan mengenepikan pentadbiran universiti.
Semuanya gara-gara insiden “listen, listen, listen” yang melibatkan seorang mahasiswi Pro-M (pro pembangkang di UUM), Bhawani, dengan moderator Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen.
Persoalannya, benarkah Kerajaan BN tidak mengendah dan memberi penilaian kepada suara mahasiswa di negara ini? Apakah golongan mahasiswa di negara ini tidak penting di mata Kerajaan BN sebagaimana yang didakwa parti politik pembangkang?
Pada saya, sekiranya Kerajaan BN tidak memberi sebarang ruang kepada mahasiswa, untuk apa Perdana Menteri umumkan penubuhan Parlimen Belia Malaysia di mana para mahasiswa turut diberi ruang di situ?
Untuk apa pula Kerajaan BN perlu melayan mahasiswa dan mahasiswi yang mahu aktif dengan gerakan parti-parti politik di luar kampus dan mengkaji semula AUKU?
Untuk apa pula Perdana Menteri dan pemimpin Kerajaan BN mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil pelajar mahasiswa universiti saban tahun?
Dulu, pusat-pusat pengajian tinggi diletakkan di bawah kuasa Kementerian Pelajaran, tapi mengapa kini Kerajaan BN meletakkan pusat-pusat pengajian tinggi itu di bawah satu kementerian khas, Kementerian Pengajian Tinggi?
Bukankah semua itu menunjukkan keprithatinan dan Kerajaan BN sememangnya peduli serta mengambil berat suara mahasiswa di negara ini?
Cuma, segelintir mahasiswa saja yang tak tahu saluran dan suka menggunakan saluran yang salah untuk menyuarakan pandangan mereka dengan niat nak tunjuk “glamour” gambar mereka dimuatkan ke dada akhbar…
Lagipun, pembangkang harus meneriman hakikat bahawa majoriti mahasiswa sememangnya gembira dengan Kerajaan BN dan menyokong kerajaan sedia ada untuk terus diberikan mandat pada PRU ke-13 ini.
Buktinya, mahasiswa pro-pembangkang tewas teruk pada Pilihanraya Kampus baru-baru ini dan sekaligus menunjukkan mahasiswa sebenarnya menolak gerakan politik murahan serta pembohongan pemimpin Pakatan Haram.
Mahasiswa di negara ini tidak bodoh sebagaimana yang dianggap pihak pembangkang. Mereka punya akal untuk menilai sokongan yang wajar diberikan. Mereka mementingkan pendidikan dan menolak sebarang dakyah buruk yang memesongkan perhatian mereka dari pelajaran.
Pembangkang fikir mahasiswa suka dengan gerakan memaksa dan mempergunakan rakan-rakan kampus mereka untuk berdemo di jalanraya macam orang bodoh tidak berpelajaran? Mahasiswa lebih bertamadun berbanding Pakatan Haram.
Justeru itu, tak perlulah Pakatan Haram susah-susahkan diri menghasut dan melaga-lagakan golongan mahasiswa dengan Kerajaan BN. Mahasiswa punya akal untuk berfikir dengan bijak dan tidak sebodoh para penyokong mereka yang bisa diperbodohkan dengan mudah…
Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment