Friday, 25 January 2013

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Tersebar


Adeehhh!!!. Belum kahwin dah main peluk-peluk. Macam-macam la artis ni. Pandangan masyarakat akan bertambah serong. Persepsi peminat kepada artis akan menjadi lebih negtatif. Isu terbaru apabila gambar pra perkahwinan pelakon Liyana Jasmay tersebar dan mendapat kritikan peminat.


Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini. Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.

Liyana Jasmay memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan. Teman rasa budaya gambar pra perkahwinan ni pun salah satu budaya yang tak baik acuan barat. Yang kita ikut-ikut tu buat apa. Teman pun nak bidas jugak sikap jurugambar yang sengaja mengedarkan gambar-gambar tersebut tanpa kebenaran. Tapi si maknya tak payah la melatah sebab dalam filem dan drama pun dah jenuh Liyana Jasmay ni kena peluk. Si maknya tak kecoh pun. ish.ish..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...