Tuesday 22 January 2013

Penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi atas kes kalimah Allah



Teman rasa terlalu banyak fitnah merata-rata yang menyebut Kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya agama Kristian. Teman nak petik sikit keputusan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi ke atas penggunaan Kalimah Allah supaya tiada kekeliruan pada kome yang dah termakan cerita palsu dan putar belit Pakatan Rakyat..
  
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS)
PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN
NO: R1-25-28-2009
Dalam perkara keputusan Responden-Responden bertarikh 7.1.2009 yang menyatakan bahawa Permit Penerbitan Pemohon untuk tempoh 1.1.2009 hingga 31.12.2009 adalah tertakluk kepada syarat bahawa Pemohon dilarang menggunakan istilah/perkataan “Allah” dalam “Herald –The Catholic Weekly” sehingga Mahkamah memutuskan perkara tersebut

Dan, Dalam perkara Permohonan untuk Perintah Certiorari di bawah Aturan 53 Kaedah 2(1) Kaedah-Kaedah Mahkarnah Tinggi 1980

Dan, Dalam perkara Permohonan untuk Deklarasi-Deklarasi di bawah Aturan 53, Kaedah 2(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980

Dan, Dalam perkara Roman Catholic Bishops (incorporation) Act 1957.
ANTARA
TITULAR ROMAN CATHOLIC ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR … PEMOHON
DAN
1. MENTERI DALAM NEGERI … RESPONDEN PERTAMA
2. KERAJAAN MALAYSIA  … RESPONDEN KEDUA

Permohonan penerbitan dalam Bahasa Melayu adalah dibenarkan, namun demikian, penggunaan kalimah “ALLAH” adalah dilarang sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

(ii) Di halaman hadapan penerbitan ini, tertera perkataan`TERHAD’ yang membawa maksud penerbitan ini adalah terhad untuk edaran di gereja dan kepada penganut Kristian sahaja (“the impugned decision”).


(i) “… Larangan yang dikenakan hanyalah berhubung penggunaan kalinah Allah di dalam penerbitan majalah tersebut yang bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya kekeliruan agama yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan di Negara ini” (paragraphs 25 (sic) (should read as 6, 23 and 46 of 1st Respondent’s Affidavit);

(ii) “Larangan yang dikenakan adalah kepada penggunaan kalimah “Allah” di dalam penerbitan majalah tersebut kerana kalimah “Allah” di dalam penerbitan majalah tersebut kerana kalimah “Allah” secara matannya adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu bagi penganut agama Islam sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Ikhlas” (paragraphs 28.2 and 40.1 of 1st Respondent’s Affidavit);

(iii) “… kelulusan permit penerbitan tersebut adalah tertakiuk kepada syarat dan garis panduan penerbitan khususnya perenggan 4.1.10 yang jelas memperuntukkan bahawa penerbitan agama seiain daripada agama Islam dilarang menggunakan istilah khusus agama Islam iaitu “Allah”, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah”(paragraph 33 of 1st Respondent’s Affidavit);

(iv) “… perlanggaran peruntukkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam (Negeri-Negeri) (paragraph 39 of 1st Respondent’s Affidavit);

(v)    “… terdapat perkataan alternatif lain yang Pemohon boleh gunakan kerana dari segi terjemahan, adalah jelas bahawa tiada sebarang kamus yang diiktiraf yang mendefinasikan perkataan “God” sebagai Allah dalam Bahasa Melayu (paragraph 40.2 of 1st Respondent’s Affidavit);

(vi) ‘”… keputusan tersebut adalah sah dan munasabah sebagaimana yang diperuntukkan oleh polisi kerajaan dan undang-undang terpakai termasuk peruntukan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam (Negeri-Negeri)” (paragraph   41 of 1st Respondent’s Affidavit);

(vii) “… dalam hal perkara penerbitan, Responden Pertama mempunyai bidangkuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mengenakan apa-apa syarat kepada permit penerbitan sebagaimana yang difikirkan perlu dan wajar dan sebagaimana arahan kerajaan” (paragraph 42 of 1st Respondent’s Affidavit);

(viii) “… kalimah Allah adalah nama khas bagi Tuhan Yang Maha Esa bagi penganut agama Islam dan ini jelas termaktub di dalam Al-Quran dan dimartabatkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.” (paragraph 45 of 1st Respondent’s Affidavit); and

(ix) “… di kalangan rakyat Malaysia, kalimah “Allah” secara matannya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa bagi penganut agama Islam.” (paragraph 46 of 1st Respondent’s Affidavit).

Transkrip penuh di Helen Ang


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...