Di dalam keghairahan Anwar Ibrahim mencari publisiti untuk mempopularkan dirinya, masyarakat umum tiba-tiba dikejutkan dengan berita penarikan saman yang dikemukakan kepada Khairy Jamaluddin. Ekoran itu, maka para penyokong pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan kes tersebut telah memberikan kemenangan kepada Anwar.
Tidak kurang juga yang mengatakan Khairy yang menarik balik saman tersebut kerana telah tahu akan kalah dalam berdepan dengan Ketua Umum PKR itu. Sedangkan secara faktanya saman tersebut telah difailkan oleh Anwar sebanyak RM100 juta terhadap Khairy pada September 2007.
Di dalam samannya itu, Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Oleh yang demikian secara logiknya Khairy perlu membela diri terhadap dakwaan yang dikemukan Anwar dan bukan sebaliknya. Dan disebabkan saman tersebut bukan dikemukan oleh Khairy maka beliau tidak mempunyai hak untuk balik saman tersebut.
Apa yang menarik mengenai isu ini ialah, motif Anwar menarik kembali saman tersebut adalah disebabkan kerana takut dengan senarai saksi pembelaan yang bakal dikemukakan oleh Ketua Pemuda Umno itu
Antara yang disebut-sebut ialah mantan orang-orang kepercayaan Anwar seperti Senator Ezam Mohd Noor, Datuk S. Nallakaruppan dan ramai lagi. Dengan penampilan mereka-mereka ini sudah pasti ia sedikit sebanyak bakal mencemarkan lagi maruah Anwar. Sebagai Ketua Pembangkang Malaysia, sudah pasti publisiti seperti itu perlu dielakkan.
Namun yang menjadikan isu ini lebih menarik ialah, percaturan Anwar untuk menarik balik saman tersebut dilihat telah memakan dirinya. Para pencacai upahan pakatan pembangkang bukan sahaja gagal mempertahankan isu ini malah telah membuatkan rakyat secara keseluruhan mula mempersoalkan mengenai dirinya.
Panas dengan perkembangan tersebut, Anwar terpaksa mencipta sandiwara baru dengan ‘berperang’ dengan Khairy di laman media sosial twitter. Anwar saling berbalas mesej bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pengikutnya.
Dia mengatakan saman tersebut tidak diteruskan kerana Khairy telah menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Anwar juga cuba mengalihkan pandangan masyarakat dengan menyalahkan Utusan.
Ekoran perkembangan tersebut, ‘anak emasnya’ Azmin Ali terpaksa membuat kenyataan. Azmin antara lainnya mengatakan sedang menimbangkan untuk memulakan prosiding baru terhadap Khairy atas dakwaan menghina mahkamah.
Kesimpulannya drama saman Anwar akan sentiasa berterusan sehingga pilihanraya umum namun ia akan dibatalkan disaat akhir sekiranya ia bakal merosakkan imejnya. Apapun bersamalah kita saksikan kes saman Anwar terhadap Datuk Nalakaruppan, apakah bakal diteruskan atau turut ditarik balik.
Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment