Saturday 26 January 2013

Ini Lagi Salah UMNO, Semuanya Perjuangan Anwar



Teman nak tau jugak, apa yang Anwar China Doll dah buat! Apa jasa Anwar China Doll. Berbuih-buih mulut Anwar menyebar fitnah, berjanji bermacam-macam benda tapi habuk pun tarak. Sampai puak-puak Solidariti Anak-Anak Monyet (SAMM) terpengaruh dengan agenda Anwar China Doll. Nak perjuangkan hak pelajar IPT. Tapi habuk pun tarak jugak. Bercakap berdegar-degar macam hampeh jadi monyet terkinja-kinja. 

Ini satu lagi dasar Kerajaan UMNO/BN laksanakan. Tak payah nak bising-bising demo, terus aje buat. Cesssss...

Sebanyak 100 kuota tambahan disediakan di setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di seluruh negara kepada pelajar yang layak namun tercicir, atas faktor sosioekonomi pelajar terbabit.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya mendapati ramai pelajar yang menepati syarat kelayakan memasuki IPTA dan politeknik, namun terkandas kerana tidak mampu bersaing dengan pelajar cemerlang berasaskan prinsip meritokrasi.

Beliau berkata golongan ini adalah pelajar yang lulus syarat am dan program tertentu di unversiti dan adalah dalam kategori miskin bandar, miskin luar bandar, minoriti, kaum asli dan ibu bapanya daripada golongan orang kurang upaya (OKU).

"Kita ada 32 politeknik dan 20 buah IPTA di seluruh negara, jadi setiap satu akan menyediakan kuota tersebut, ia akan mula dilaksanakan tahun ini bagi semua jurusan pengajian bagi program diploma dan ijazah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi 2013 kesembilan serta penyampaian cek olok-olok bagi baucar buku 1Malaysia (BB1M) di sini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan memperluaskan lagi akses pendidikan tinggi selepas mengambil kira golongan pelajar yang layak namun tidak bernasib baik.

"Buat masa ini, kita akan mulakan dengan jumlah 100 kemasukan supaya tidak menjejaskan kuota yang telah disediakan kepada pelajar cemerlang berasaskan meritokrasi," katanya.

Beliau berkata pada tahun ini, sejumlah 160,000 tempat disediakan untuk kemasukan ke IPTA serta Institut Latihan dan Kemahiran, dan ia tidak termasuk 130,000 peluang kemasukan ke IPTS.

"Kemasukan pelajar baharu bagi kalendar akademik IPTA sesi 2013 dan 2014 akan bermula pada 1 dan 2 September bagi pelajar STPM dan setaraf bagi program ijazah pertama, 2 Jun bagi pelajar lepasan SPM dan setaraf bagi program diploma dan 26 Mei bagi program asasi," katanya.

Sejumlah RM325 juta BBIM diagih kepada pelajar IPTA, IPTS dan politeknik mulai Sabtu. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...