Sunday 20 January 2013

Karpal Singh Arah Majlis Syura PAS Tukar Keputusan, Bukti PAS JAdi Kuda DAP


Teman pun heran, siapa yang tak faham sebenarnya. Apa nak dicerita pada orang lain jika dalam Pakatan Rakyat sendiri pun tak sebulu. Kalau nak menuduh orang lain, tengok diri sendiri dulu. Kata orang satu jari kita menuding pada orang lain, sepuluh jari pulak akan menuding kepada kita. Serupa jugak la apa yang terjadi kepada Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuduh Pak Lah tidak memahami peranan Majlis Syura PAS.


Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik, PAS mempertahankan keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah ALLAH Ahad lalu sambil menyangkal tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa badan tertinggi PAS itu bermain helah politik. Tuduhan Abdullah terhadap badan ulama itu tidak wajar dilakukan sebelum memahami peranannya dalam Pas.

Teman nak gelak aje. Bila Karpal Singh desak Hadi Awang supaya akur dengan keputusan sebelum ini membenarkan penggunaaan Kalimah Allah kepada agama Kristian, Tuan Ibrahim tak komen pun. Kecut telor ke apa? Tunduk kelu tak berkata. Berita Harian dipetik Karpal Singh mendesak PAS supaya tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memastikan keputusan Majlis Syura PAS seiring dengan pendirian pakatan pembangkang yang sudah dipersetujui bersama. 

Ini lah bukti PAS jadi tunggangan DAP semata-mata. Apa yang DAP kata, ikut melulu macam kena santau badak dengan DAP..Ptuiii!!!

1 comment:

  1. Salam. Saya amat kagum dgn penulisan tuan. Saya telah pautkan blog tuan ke blog saya. Saya juga memohon kiranya tuan dpt pautkan blog saya ke blog tuan. Tkasih.
    http://anginlautchinaselatan.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...