Teman nak petik pengakuan budak hingus Bawani agen PSM dan DAP ini. Petikan pengakuan Bawani ni teman ambil dari wawancara Meloyakini dengan Bawani. Ini lah budak hingus yang jadi alat untuk memesongkan pemikiran anak-anak muda di Universiti. Kome baca petikan dibawah dan nilai sendiri.
Meloyakini : Selepas graduasi dan mahu terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, Bawani bekerja sepenuh masa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantu tugas setiausaha agung yang kini disandang oleh S Arutchelvan, tambahnya.
Menurutnya, sewaktu bekerja di PSM, beliau memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana dalam bidang Klinikal Psikologi di UKM pada Disember 2008, bagaimanapun gagal dalam temuramah yang diadakan.
"Saya sentiasa menyokong PSM. Saya rasa perti politik yang memperjuangkan fahaman ideologi saya adalam PSM," katanya yang bercita-cita menjadi peguam hak asasi.
Bawani berkata beliau menjadikan pemimpin gerila Bolivia Che Guevara sebagai idolanya kerana mengagumi perjuangan tokoh itu yang berjuang bersama rakyat sewaktu masih muda.
"Semua orang tahu beliau berasal dari Cuba yang berfahaman sosialis, yang mementingkan kesamarataan. Tidak ada kaya atau miskin. Semua sama rata... Itu prinsip yang sama minat iaitu perjuangan ideologi kesamarataan iaitu sosialis," katanya yang mula mengenali idola dan perjuangan Che sejak 2005.
Katanya, beliau turut menonton filem yang berkaitan tokoh pejuang gerila itu seperti 'The Motocycle Diaries' (2004) arahan Walter Salles dan 'Che' (2008) arahan Steven Soderbergh.
No comments:
Post a Comment