Teman nak ulas sikit tentang isu kematian seorang penjenayah yang didakwa dipukul Polis ketika ditahan. Berdondon-dondon akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat termasuk Haramkah Daily yang cuba memberi gambaran Polis didakwa terlalu jahat dan kejam. Maka, timbullah hero-hero dari pemimpin Pakatan Rakyat mendesak Polis membuat siasatan segera dan telus. Teman pun tak faham lah deme ni. Semuanya nak salahkan Polis.
Cara dan modus operandi jahat akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat membayangkan pihak Polis sebagai penjenayah. Pada hal penjenayah sebenar cuba dilindungi dan dibela. Apa salahnya biarkan pihak Polis menjalankan siasatan mendalam. Malah ada saksi yang telah melihat mangsa telah terjatuh di Taman Lagenda Suria dan seterusnya tidak sedar selepas itu. Setakat ini tiada saksi yang tampil melihat pihak Polis memukul mangsa seperti yang didakwa. Jahatnya agenda Pakatan Rakyat cuba mempengaruhi rakyat dengan memberi gambaran dan persepsi yang tidak baik kepada pihak Polis. Agenda mencipta persepsi jahat kepada pihak Polis telah lama dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Sejak dulu lagi supaya rakyat memberontak menentang pihak berkuasa dan keselamatan negara. Jenis yang tidak pernah berterima kasih dengan orang lain. Inilah sikap deme yang asyik menyalahkan orang lain. Diri sendiri pun tak betul!ptuiii!!!
No comments:
Post a Comment