Thursday 24 January 2013

Konsep Wasatiyyah Perlu Diteruskan



Konsep 'wasatiyyah' atau kesederhanaan yang diajar Nabi Muhammad S.A.W. perlu diteruskan bagi memastikan misi membina negara maju dan berdaya saing mampu dicapai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perutusan sempena Maulidur Rasul yang disambut esok, Najib berkata Rasullah S.A.W. adalah 'qudwah' atau contoh ikutan yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidup baginda dan konsep itu telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

"Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.

"Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai," katanya dalam blog peribadi beliau 1malaysia.com.my di sini, Rabu.

Perdana Menteri berkata kemampuan Malaysia merapatkan hubungan antara barat dan Islam, seperti yang diutarakan bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN Dr Surin Pitsuwan, adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan kerajaan dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini.

Katanya amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia itu menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau termasuklah kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina yang membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam bahkan negara Barat.

"Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke negara Palestin bagimenunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalammenghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan menawarkan bantuan untuk menjadiorang tengah dalam menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

"Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yangpenting. Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yangberwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa," katanya.

Mengakhiri perutusan beliau, Najib menyeru umat Islam di Malaysia supayamemperbanyak selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W. sebagai tanda kasih dansayang kepada baginda.

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat.

"Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah (kebaikan) di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya-Allah," katanya. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...