Monday 21 January 2013

Tarbiah PAS : Dulu Lain, Sekarang Lain?



Ketegasan dalam isu akidah yang dibawa oleh Pas di awal era kepimpinan ulama, amat memberi kesan pada ahli. Ketaksuban pada parti dan pimpinan waktu itu, bukan lagi lakonan. Sehingga lahirnya mujahid – mujahid yang sanggup berkorban nyawa seperti dalam peristiwa Lubuk Merbau, tragedi Memali, isu perobohan Institut Berakah di Kuala Terengganu dan rampasan tapak muasasah di Kedah.

Semua ini berlaku kerana tebalnya sifat kasih sayang ahli terhadap parti dan pimpinan.

Ahli – ahli Pas sanggup lakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah Negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh Umno. Pendek kata, mereka sanggup mati kerana Pas. Hendak lihat Pas menang besar kerana mahu sama ada Ustaz Fadzil atau Hj. Hadi menjadi PM.

Mereka yakin jika mati berjuang dalam Pas, akan dapat syahid, Walau mati jatuh pokok ketika memasang bendera Pas sekali pun. Apa lagi bila difatwakan oleh sesetengah ulama Pas bahawa undi Pas itu boleh masuk syurga. Jika masih bertolak ansur dengan Umno, selagi itulah ruang ke syurga masih tertutup.

Inilah yang ahli Pas faham dan difahamkan semasa awal kepimpinan ulama. Dengan kefahaman inilah sebahagian besar ahli Pas yang terdiri daripada penjawat kerajaan sanggup meninggalkan jawatan. Jawatan itu dianggap sebagai penghalang perjuangan dalam parti. Masing – masing dengan ikhlas berkorban mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang syumul atau sempurna.

Seringkali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah Negara pada jam 12 tengah malam, maka undang – undang Islam akan terlaksana pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang – undang Lord Reid.

Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud itu terlaksana. Selagi hudud tidak terlaksana, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makanan tidak bergaram, minuman tak bergula.

Pemimpin Pas juga mengatakan bahawa Umno gagal melaksanakan hudud kerana takut kepada orang bukan Islam. Umno dikatakan bimbang hilang undi masyarakat bukan Islam. Pemimpin Pas juga tidak menerima alasan dari mantan PM Malaysia sejak Tunku Abd Rahman hingga Tun Dr. Mahathir, yang mereka sukar laksana hudud sebab Malaysia Negara majmuk.

Hujah PM ini ditolak dengan alasan bahawa ketika Kota Madinah di perintah oleh nabi dulu pun, masyarakatnya majmuk. Selain Islam ada Yahudi dan Kristian. Tetapi tidak melantik orang – orang kafir ini sebagai pemimpin kerajaan Islam.

Alasan PM ketika itu dianggap sebagai takut kepada manusia, bukannya takut pada Allah. Lalu akidah PM dan ahli Umno disebut sebagai tidak betul. Atas alasan ini, mengundi Umno adalah haram.

Juga dijanjikan bila Pas berkuasa pemimpin – pemimpin kerajaan Pas sama ada PM, MB, KM, Exco dan pegawai kanan kerajaan, akan hidup secara sederhana. Tidak ada kereta mewah, rumah mewah, perabot mewah kalau boleh biar duduk atas lantai sahaja.

Hingga ada yang kata kalau boleh mereka akan pergi ke pejabat dengan basikal, kononnya nak ikut Negara cina. Mereka akan jadikan diri sebagai hamba kepada rakyat bukannya menghambakan rakyat. Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz akan dijadikan model. Kezuhudan Ayatullah Khomenei akan dijadikan ikutan.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...