Teman rasa dah beratus-ratus desakan umat Islam supaya Guan Eng tarik balik tuntutan penggunaan Kalimah Allah di Bible Versi Bahasa Melayu. Sampai sekarang Guan Eng masih membisu. Desakan demi desakan. Guan Eng masih bisu. Takut nak cakap apa-apa. Yang jadi tukang cakap hanya kuda tunggangan DAP, PAS dan Anwar China Doll. Memang Guan Eng tak ada telor.
Tapi dalam diam, beberapa pihak Kristian telah mula mengedarkan bible di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang. Pihak yang menyebarkan Bible telah dikenalpasti dan mengaku terlibat. Mereak adalah dari sebuah organisasi antarabangsa bernama Gideon. Dua lelaki berumur 50 tahun dan 40 tahun serta seorang wanita berumur 50an mengaku mengedar Bible di Sekolah Menengah Jelutong. Lelaki 50 tahun itu mengaku adalah sebahagian dari pertubuhan peniaga dan profesional Kristian bernama Gideon. Walaupun bible tersebut bukan dalam Bahasa Melayu tetapi taktik yang dilakukan amatlah membimbangkan. Apa akan terjadi jika Bible tersebut dalam Bahasa Melayu dan Kalimah Allah digunakan?
Yang menjadi tanda tanya, adakah pengedaran ini mendapat restu Guan Eng? Pengedaran Bible secara terbuka ini dilihat bebas untuk mengedarkan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada orang Islam? Kerajaan Negeri Pulau Pinang berdiam diri, kenapa?
No comments:
Post a Comment