Saturday 26 January 2013

Apa yang PAS Merapu Nih! Mimpi Lagi Ke?


Teman tak nak kata apa. Kalau nak kata PAS ni merapu, boleh jugak la. Nak kata PAS tengah mimpi, adik beradik jugak la. Isu Kalimah Allah telah menjadi polemik sejak dibangkitkan oleh Guan Eng, rakan sekutu PAS. Siapa yang mula dulu, Guan Eng. Siapa yang tuntut penggunaan Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu, Guan Eng. Hah! Itu pun tak faham. 


Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai dan mengharap ia tidak diperbesarkan lagi kerana boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini. Mmana-mana pihak yang memperbesarkan isu itu dilihat hanya kerana ingin mengalih isu lain.


Apabila PAS menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai, teman jadi hairan bin ajaib. Keputusan majlis Syura dan keputusan Pakatan Rakyat berbeza. Selesai apa tu? Kome yang tak dapat na selesai antara rakan sekutu, dah mula nak cuba persalahkan orang lain. PAS yang takut dengan DAP, mula nak salahkan orang lain. PAS jadi  kuda tunggangan DAP, nak salahkan UMNO. Ada akaki ka?Piiirahhh!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...