DAP masih lagi bermain-main dengan PAS dan PKR. Kemelut perlantikan Menteri Besar Perak pada 2008 menjadikan pengajaran berguna buat DAP. Kedudukan keistimewaan orang Melayu untuk menjadi Menteri Besar membuat DAP memikirkan strategi bagi menguasai kerusi tersebut jika mempunyai majoriti kerusi DUN dinegeri tertentu.
Nama Zairil Khir Johari @ Christopher Ronald Lim disebut-sebut akan menjadi ayam tambatan DAP di Selangor untuk menjadi Menteri Besar. Dijangkakan Kerusi DUN Bukit Gasing akan ditandingi menggantikan mendiang Edward Lee Poh Lin yang kosong sejak kematian penyandang tersebut.
DAP telah berkira-kira kemenangan kerusi DUN di Selangor akan menyebelahi PR dimana DAP akan menguasai majoriti DUN berbanding PKR dan PAS yang dijangka akan kehilangan beberapa kerusi DUN. Memang hebat sungguh perkiraan DAP. Dalam diam DAP menyusun strategi jahat bagi mengaburi rakan sekutu sendiri.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment