Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai seseorang tu menyimpan rahsia, akhirnya terbuka juga. Teman perhatikan beberapa kali Kerajaan PKR Negeri Selangor cuba melindungi kegiatan-kegiatan haram termasuk perjudian dan pelacuran. Terlalu banyak kegiatan haram ni dilakukan secara terbuka. Yang diberi lesen, apatah lagi. Bercambah macam cendawan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
Ini pula pendedahan oleh Ketua Polis Selangor di Kosmo, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap 188 permohonan pihaknya supaya menyita premis mesin judi haram di negeri ini sejak Januari sehingga November lepas. Menurut Tun Hisan, pihaknya kesal dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh PBT termasuk mendakwa ‘tidak mempunyai kuasa’ untuk menyita premis judi haram tersebut.
Bukti dah nyata, Kerajaan PKR Negeri Selangor sememangnya tidak mahu mengambil tindakan menyita premis-premis haram ni. Kuasa untuk menyita adalah kuasa PBT dan apa alasan lagi. Sah dan terbukti Kerajaan PKR Selangor melindungi tokan-tokan kegiatan haram ini. Mana nak sorok lagi! Jangan salahkan pihak polis pulak! Pandai la kome nak konar..cisss
No comments:
Post a Comment