Monday, 28 January 2013

Ini Lagi Salah Satu Contoh Salah UMNO



Rakyat negeri ini yang berumur 17 hingga 40 tahun dan belum memiliki lesen motosikal kelas B2 disaran mendaftar dengan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dilaman web My E.G Services Berhad atau mendapatkan borang di pejabat Pemuda UMNO di kawasan Parlimen masing-masing.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, melalui BL1M mereka cuma perlu membayar sebanyak RM199 berbanding bayaran yang lebih tinggi jika melalui proses biasa dengan sekolah memandu.

Katanya, BL1M akan dilancar secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Januari ini dan proses pendaftaran akan ditutup pada 14 Februari depan.

"Melalui BL1M, semua pemohon bukan sahaja dikenakan bayaran yang rendah tetapi mereka akan dibantu oleh Pemuda UMNO di kawasan Parlimen masing-masing sehingga lulus.

"Buat masa kita masih dalam proses pendaftaran dan dua minggu selepas pelancaran barulah kita akan merengka program dengan kerjasama sekolah memandu untuk membantu semua pemohon ini mendapatkan lesen mereka," katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...