Friday 1 February 2013

ADUN PAS Didesak Lepaskan Jawatan


Ini lagi satu manusia jenis suka pusing-pusing kenyataan. Jika dah salah, mengaku aje lah. Jangan nak salahkan media kerana dakwa wartawan tak faham dan tersilap kutip kenyataan. Ini memang jenis manusia yang suka pusing-pusing fakta. Suka sangat la membuat orang pening kepala. Terbaru, ADUN PAS Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan kenyataan beliau menyebut perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. 
Kenyataan yang disiarkan di mole.my
Beliau menuduh wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS. Apa cerita ustaz weh! Dah tersilap cakap, nak salahkan orang lain

Kenyataan beliau sebelum di mole.my menyebut, “If the PKR candidate is a non-Muslim, it is best for voters to vote the Umno candidate to safeguard the interest of Islam,” (pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat meletakkan calon kalangan bukan muslim demi memeliharan Islam).

Ini apa dia? Teman bukanlah nak mempertahankan mole.my, cuma teman yakin wartawan yang mengutip kenyataan ini berasaskan apa yang beliau sebutkan. Kalau dah kantoi, jangan la nak tipu rakyat cara yang macam haram jadah. Hadi Awang confirm mnegamuk sakan, sebab tu la terpaksa pusing balik kenyataan. PAS dan PKR sama aje. Kaki putar belit yang paling hebat..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...