Sunday, 27 January 2013

Rafizi Jambu Yang Suka Kena Saman

Ini cerita sekor kaki fitnah dan putar belit alam. Jenis yang melindungi penjenayah dan kaki melanggar undang-undang. Teman pun tak faham jenis politik apa yang dibawa oleh Rafizi Jambu ni. Jenis suka menentang dan menafikan undang-undang. Rasanya Rafizi Jambu ni tak sesuai jadi warganegara Malaysia.

Baru-baru ini Rafizi Jambu ni telah disaman oleh Menteri Pertahan, Zahid Hamidi berkenaan Rafizi Jambu telah menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam. 

Teman sebenarnya melihat "The Other Side of The Story". Kes saman fitnah sebelum ini yang  dibawa Ketua Wanita Umno dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan skandal NFC belum lagi selesai. Rafizi Jambu juga menghadapi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

Banyak dah weh! Dengan nada menyindir, Rafizi Jambu akan menentang saman-saman ini. Hebat la mike nyer. Tapi teman nak ingatkan la, kes ini mungkin akan berlanjutan hingga tamat PRU 13. BN akan mengekalkan tampuk pemerintahan negara. Selepas kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, PKR akan berkubur buat selama-lamanya. Pakatan Rakyat akan terbubar. Adesss! Di masa itu, teman nak tengok Rafizi Jambu yang sombong dan bongkak ini melutut minta ampun sebab tiada siapa yang mahu mewakilinya dalam Mahkamah. Tiada dana, tiada kewangan sebab semuanya dah bungkus. Anwar China Doll pun dah tak pedulikan Rafizi Jambu ni lagi. Teman nak tunggu saat itu! Mesti mantop!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...