Showing posts with label Bantuan Lesen 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bantuan Lesen 1 Malaysia. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Waspada Individu Minta Wang, Mengaku Ejen BL1M


Orang ramai dinasihat agar berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

"Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu," katanya kepada Bernama Isnin.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang kesemuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi Rabu ini.

Tengku Azman berkata sehingga 14 Feb lepas lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.

Beliau berkata Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.

Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat Umno Malaysia, Menara Dato' Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.

Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta 'Money Order' atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Pada 31 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350. - BERNAMA
-

Saturday, 2 February 2013

Gambar Sekitar Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh


Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh petang tadi telah mendapat sambutan hangat dari anak-anak muda. Program yang dijalankan di Jalan Sembilang Seberang Jaya itu tadi telah dipenuhi pengunjung sejak tengahari. Berbagai-bagai acara yang menarik perhatian pengunjung antaranya pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) hingga mencecah 1000 anak muda telah berdaftar. Kehadiran pengunjung hingga petang tadi sahaja telah melebih 2000 orang. Adalah satu petunjuk yang baik. Teman sisipkan beberapa gambar acara yang telah dijalankan petang tadi.

Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Abd Jalil turut hadir sama

Servis motorsikal percuma dari Wazi Boys

Kabbadi

Pendaftaran BR1M

Kaunter BR1M penuh sesak

Acara Silat Gayung

Antara pengunjung yang hadir


-

Monday, 28 January 2013

Ini Lagi Salah Satu Contoh Salah UMNO



Rakyat negeri ini yang berumur 17 hingga 40 tahun dan belum memiliki lesen motosikal kelas B2 disaran mendaftar dengan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dilaman web My E.G Services Berhad atau mendapatkan borang di pejabat Pemuda UMNO di kawasan Parlimen masing-masing.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, melalui BL1M mereka cuma perlu membayar sebanyak RM199 berbanding bayaran yang lebih tinggi jika melalui proses biasa dengan sekolah memandu.

Katanya, BL1M akan dilancar secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Januari ini dan proses pendaftaran akan ditutup pada 14 Februari depan.

"Melalui BL1M, semua pemohon bukan sahaja dikenakan bayaran yang rendah tetapi mereka akan dibantu oleh Pemuda UMNO di kawasan Parlimen masing-masing sehingga lulus.

"Buat masa kita masih dalam proses pendaftaran dan dua minggu selepas pelancaran barulah kita akan merengka program dengan kerjasama sekolah memandu untuk membantu semua pemohon ini mendapatkan lesen mereka," katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...