Monday 28 January 2013

7 Soalan Untuk PAS, Sila Jawab



Kesan dari amanat Hj. Hadi yang tersebar luas ke seluruh negara, berlakulah isu-isu seperti yang disebut sebelum ini. Bertambah serius ianya berlaku di Terengganu. Pada Jun hingga Julai 1982, solat sunat terawih diadakan secara dua imam. Satu kumpulan solat terawih oleh pengikut Pas dan satu lagi oleh pengikut Umno dalam masjid yang sama. Isu ini berlaku di khariah Kg Gong Pasir, Besut, Terengganu.

Selain itu berlaku pula isu solat Jumaat bergilir di 39 mukim di Terengganu. Selepas pengikut Umno tunaikan Jumaat, orang Pas pula akan tunaikan solat Jumaat. Keadaan begini berlanjutan sehingga tahun 1999 apabila Pas menawan Terengganu. Itu pun hanya masjid-masjid yang berjaya di kuasai oleh orang Pas. Hingga ke hari ini dikatakan masih terdapat 11 buah masjid mengamalkan solat dua puak ini. Di masjid yang tidak dikuasai oleh orang Pas, mereka mendirikan masjid lain yang tidak jauh dari masjid asal.

Yakin dengan rezeki di tangan Allah dan perjuangan Pas itu benar kerana Islam, ramai ahli Pas yang langsung tidak takut untuk berhenti kerja. Kata-kata Ustaz Hj Hadi penambah semangat untuk terjun sepenuh masa membantu Pas, demi Islam yang hendak ditegakkan. Antara ceramah yang penuh semangat disampaikan oleh Ustaz Hj Hadi,

‘Islam kita adalah penyerahan sepenuhnya tanpa kait dengan syarat. Jika nak miskin miskinlah, nak kaya kayalah. Nak mati, matilah, nak senang senanglah, nak susah susahlah, semuanya Islam. Bukan macam arab badwi dulu, kalau Rasulullah boleh bagi keluar air dari tengah padang pasir baru nak kepada Islam’

Bagi  bekas ahli atau masih ahli yang pernah melalui tarbiah Pas, mendengar ceramah Pas, mengaji dengan ulama Pas satu masa dulu sangat memahami, bahawa pemerintah BN/Umno inilah yang dimaksudkan taghut dalam konteks negara Malaysia. Sebabnya Umno berkawan dengan orang bukan Islam, Umno mengamalkan judi, Umno membina kilang arak, pantai negeri Umno penuh dengan maksiat, aurat dan pergaulan bebas, wanita Umno tidak menutup aurat, Umno tidak melaksanakan hudud dan Umno masih setia dengan perlembagaan Lord Reid.

Ahli-ahli Pas juga dibekalkan dengan risalah berkaitan akidah yang hampir ada di setiap rumah. Antara perkara-perkara yang digariskan yang boleh membatalkan syahadah adalah,

Bertawakal atau bergantung kepada selain Allah

Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan mengikut kehendak atau ketentuan Allah

Mentaati selain dari Allah tanpa keredhaanNya

Menjalankan hukum selain daripada hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan semua masalah

Menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharam apa yang dihalalNya

Mengangkat orang kafir atau munafik sebagai pemimpin dan tidak menyintai orang-orang Islam dan orang-orang mukmin

Rasa takut dan lemah dalam menegakkan tauhid dan rasa senang dan terbuka dalam menyatakan syirik

Tidak mengkafirkan orang yang kafir

Itulah antara dakwaan yang digunakan oleh ulama atau pimpinan Pas lebih 30 tahun lalu dalam isu mengkafirkan orang Umno. Sekarang, ramai pula yang sedang bertanya,

Halalkah judi dan arak di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan Pas.

Siapa yang orang Pas bagi undi sehingga mereka berkuasa di Pulau Pinang. Adakah DAP itu muslim?

Pas boleh berkawan dengan DAP sedangkan dulunya mengkafirkan Umno kerana berkawan dengan MCA dan MIC

Pas juga takut hilang undi orang Cina dan India hingga tidak berani haram judi dan arak di Kedah. Takkah menampakkan Pas makin lemah dan menghalalkan apa yang haram.

Jumhur ulama sepakat patung yang penuh sifat itu haram, bagaimana ulama Pas boleh tutup mulut dan pejam mata isu patung helang di Langkawi. Takkah ini juga termasuk dalam menghalalkan yang haram.

Kalau suara wanita itu dianggap aurat hingga Kelantan haramkan peserta tilawatul al-Quran bagi wanitanya, bagaimana pula muslimat Pas boleh menyanyikan lagu-lagu tertentu semasa rayu undi di pusat pembuangan undi, termasuk juga dalam himpunan sokong Anwar di depan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012

Kalau BN/Umno guna perlembagaan Lord Reid dikatakan taghut, bagaimana pula kerajaan Pas Kedah yang masih mengekalkan cara pemerintahan BN/Umno dulu, tidakkah kerajaan Pas Kedah juga taghut? …dan banyak lagi persoalan yang pimpinan Pas perlu jawab.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...