Saturday, 2 February 2013

Bukti Kerakusan PAS Kelantan di Hutan Simpan Kekal Lojing



Ini apa pulak! Nik Ajis tak tengok ke? atau buat-buat tak nampak. Kawasan tanah tinggi Lojing di Kelantan diteroka dengan rakus. Berhampiran dengan Hutan Simpan Kekal Lojing dan Sg Berok. Siapa yang beri kebenaran ni? Salah UMNO jugak ke? Adeehh!!

Jika sebelum ini kawasan tanah tinggi Lojing di Kelantan ditutupi dengan hutan yang menghijau, namun ia kini bertukar menjadi kawasan kebun sayar dengan keluasan beribu-ribu hektar.

Malah pembukaan tanah baru bagi tujuan berkenaan dilihat makin berterusan di kawasan tanah tinggi berkenaan yang terletak di sebelah sempadan Cameron Highlands, Pahang.

Secara semula jadi kawasan berkenaan merupakan hutan berbukit dengan ketinggian antara 1,000 dan 2.300 meter.

Berdasarkan papan tanda lokasi, beberapa ladang-ladang dan kawasan yang dibersihkan kelihatan berada dalam sempadan hutan simpan kekal, seperti Hutan Simpan Kekal (HSK) Lojing dan HSK Sg Berok.

Tinjauan The Star menunjukkan kawasan berkenaan dilitupi bumbung plastik berwarna putih sejauh pandangan mata di beberapa bahagian.

Juga terdapat kawasan kebun sayur dibuka di bahagian cerun curam dan boleh mengakibatkan tanah runtuh jika hujan lebat.

Di beberapa lokasi, pembersihan tanah menggunakan jentera berat sedang dilakukan namun tiada sebarang bukti yang menunjukkan langkah pembersihan hutan mapan dilakukan seperti pemasangan perangkap keladak.

Menurut pakar pemuliharaan, Balu Perumal, terdapat sedikit kawalan ke atas ladang sayur-sayuran itu yang ditubuhkan oleh petani dari Cameron Highlands.

Ketua Persatuan Pemuliharaan Pencinta Alam Malaysia itu berkata, Lojing adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah Gua Musang, yang terletak lebih 80 kilometer jauhnya.

Bagaimanapun faktor jarak yang jauh menyebabkan "kekurangan pemantauan" dari pihak berkuasa.

"Ini bermakna banyak aktiviti pembersihan tanah di Lojing dilakukan tanpa permit dan aplikasi yang betul.

"Kebanyakan ladang-ladang di Lojing juga dianggap menyalahi undang-undang kerana mereka tidak mempunyai permit pembangunan yang betul," katanya kepada The Star.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...