Tuesday, 29 January 2013

Sultan Johor Selar Manusia Berlidah Biawak

Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Siapa terasa macam biawak lidah bercabang mengelupur la macam kena panggang..heee

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas tindakan sesetengah pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai.

Titah baginda tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal dan sangat melampau.

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum,"

Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan,"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...