Sunday 27 January 2013

Ustaz Nasha Ditendang Keluar Atas Arahan Anwar dan Guan Eng


Akhirnya, Majlis Syura menendang keluar bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura. Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu. Keputusan itu dibuat kerana Ustaz Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

Adeehh! Peraturan berjemaah! Apa tu? Peraturan apa ni? Macam-macam la alasan deme nak tendang Ustaz Nasha ni. Tapi kenapa tak dipecat dari anggota parti PAS. Tak berani ke apa? PAS memang panas badan bila Ustaz Nasha sering kelihatan dan bersama Perdana Menteri, DS Najib Razak terutamanya ketika bersama Perdana Menteri menunaikan Haji dan terbaru kunjungan ke Gaza. Apa lagi, DAP dan PKR punya desak suruh tendang Ustaz Nasha ni. Tak senang duduk Anwar China Doll dan Guan Eng tengok Ustaz Nasha berbaik-baik dengan DS Najib. Mana tak bara! Kerana takutkan Anwar China Doll dan Guan Eng, maka cari alasan mengarut untuk menendang Ustaz Nasha keluar, maka diciptalah peraturan berjemaah yang tak masuk akal tu! Jadi la! Nak puashati tokeh je.kan.kan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...